Assalamualaikum.
Selamat pagi dan salam jumaat semua. Pagi ni, sue nak muhasabah diri sendiri.
Sebagai manusia kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga sue.....sebagai manusia kita sering diuji dengan pelbagai dugaan. Untuk menghadapi semua dugaan tu, sifat KESABARAN itu paling penting.
Ya, sue mengaku.....lately ni sue selalu kurang sabar. Tak dapat control kemarahan sendiri kadang-kadang hingga boleh mengeluarkan kata- kata yang pedas juga. Dulu, kalau sue marah...sue akan berdiam diri sahaja sehingga semua perasaan tu hilang, baru sue bercakap or layan orang. But now, sue kadang-kadang melepas juga. Mana la pi semua sifat kesabaran sue agaknya. Sue tau, kemarahan tu kalau tak dikawal akan memburukkan keadaan.Tapi tu lah..kita tak boleh lari dari mempunyai perasaan tu. Susah nak kawal.
Kita mungkin tidak boleh menjadi terbaik untuk orang lain, tapi cukuplah menjadi terbaik untuk diri sendiri. Selalulah untuk muhasabah diri. Jangan malu untuk mengaku kesilapan kerana kita ni hanyalah insan kerdil di dunia ini.
Pagi ni sue share sama-sama doa ini. Doa untuk menjadi orang yang sabar. Semoga kita akan menjadi orang yang lebih SABAR. And selain daripada tu, kalau rasa nak marah or rasa tak boleh kawal perasaan..banyak-bayak kan lah beristiqfar dan berzikir. Insyaallah, kita dapat mengawal semula emosi kita.
Ok..tu saja sue nak share pagi ni. Ingat kawan-kawan...Jangan malu....Sentiasalah muhasabah diri.
p/s : Thank's to Resepi Rahsiaku yang selalu berkongsi ilmu.
2 comments:
sabar itu indah..
betul..cheqna dah rasainya =)
Betul tu cheqna..
Post a Comment