Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

SALAM KEMERDEKAAN

Pic kredit to Google

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat pagi (^_^).
Alhamdulillah..celik mata hari ni masih lagi boleh bernafas.
masih diberikan kesihatan yang baik hari ni..
Masih boleh menyedut udara yang segar pagi ni tanpa asap jerebu.
Picture credit to Google

Syukur alhamdulillah, hujan semalam dapat mengurangkan bau asap jerebu..Harapnya hari ni cuaca baik lah sampai kepetang. (^_^)

Cuti satu hari..banyak urusan kena diselesaikan hari ni. 
Macam lipas kudung sikit pagi ni menyiapkan sarapan.

Nah..Menu sarapan pagi ni. Nasi lemak and the geng (^_^)
Alhamdulillah..berselera boss makan ..Hehehehe.. Kalau dak tadi kita sarapan karipop saja lah ya. Tu pun karipop frozen sajok. Hehehe



Okeh lah..Daaa..selamat bercuti ya.(^_^)

Brokoli Omelette


Assalamualaikum..
Again and again... 
Kasi up gambar yang dah basi. 
Time time sakan diet...bila mood diet turun... Hancuss

Simple sangat resepinya.
Sebenarnya..boleh saja letak kan apa- apa bahan dalam tu.

Nah resepinya:

BROCCOLI TOMATOES OMELETTE

Bahan- bahanya
Brokoli 
Saleri
Tomato ceri
Minyak zaitun
Bawang putih - ketuk/cincang halus
Lada putih/ hitam
2 biji telur
Garam secukup rasa
Dry Oregano

Cara- caranya:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak zaitun.
Kemudian masukkan brokolo, saleri dan tomato
Taburkan lada putih/ hitam dan secubit garam
Kemudian, curahkan telur yang dah dipukul 
Taburkan sedikit lagi lada putih/ hitam
Dan seterusnya taburkan dry oregano
Kecilkan api dan tutup kuali supaya masak sekata,
Siap..angkat dan paipkan dengan kewpey mayonis dan sos cili.
Siap (^_^)

*Pstt: Telur tu kalau boleh kocok/ pukul hingga berbuih or naik kembang sikit. Ini penting kalau nak dapat telur dadar yang gebu.


*N3 ni auto publish ya.

Pengat Durian/ Serawa durian



ASSALAMUALAIKUM
Saja- saja post kat sini pula. 
Dah kebetulan sekarang musimnya kan. 
Rugi kalau tak buat. 
Makan dengan roti stail paling pemalas..
Kalau rajin sikit buat la lempeng pekak,,dan kalau rajin banyak, buat la roti jala. 
Haaaa,,baru ngam gandingannya. (^_~)

Nah..Bahan- bahannya. Senang sangat buatnya pun..
Tapi gamba di bawah ni tertinggal gula melaka/ kabung
sue letak sikit untuk tambah sedap.


Dan..kalau nak buat banyak tapi tak nak kuah cair buleh la letak sikit tepung jagung. Nampak la pekat sikit kuahnya tu. Tu..tektik juga tuuu.. (^_~). Hehehhe..


Ada apa pada gambar

ASSALAMUALAIKUM.
Salam hujung minggu.
Tiada cerita apa pun.
Acik saja masuk cuci mata.
Sambil- sambil tu share sikit gamba- gamba yang acik suka.
(Yerkk...kau mampu..suka dengan gamba- gamba sendirik..ekekekke :P )




Acik punya gambar banyak makanan saja ya.:P


Tu diaaa..makanan lagiiiii





Dan ,,tu saja.. Sekian (^__^)



Daging goreng


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kadang- kadang pandai juga rindu dengan blog ni. Walau bukan ada apa pun dalam ni. Cerita pun lebih merapu saja. Tapi tu lah..bila diingatkan semula, dari sinilah kenal rakan- rakan
dari latar belakang yang lain- lain. Sesekali bila rindu, masuk juga lah intip- intip blog kawna- kawan.

Oklah..tak payah nak merapu panjang- panjang kot.
Meh sue share resepi daging goreng ala sue.
Sebenarnya resepi main agak- agak saja,
Kita adjust la masam, manis dan masinnya. Pandai- pandai sesuaikan rasa,
Boleh gituuu (^_^)





DAGING GORENG
Sumber: Instagram Dapursuemiezi


BAHAN- BAHANNYA:
1 mangkuk daging - potong kecil
5 ulas bawang merah - hiris*
4 ulas bawang putih - hiris*
3 batang serai - ketuk*
6 biji cili api - ketuk/ hiris kasar*
1 biji bawang besar - potong bulat/ potong 6
1 biji buah tomato - potong 4
1 sdb ais asam - pilihan
1 sdk lada putih/ hitam 
garam, gula, perasa/ megi cukup rasa



CARA-CARANYA:
- Perap daging dengan garam dan kunyit.
- Tumis bahan bertanda * hingga naik bau. ( minyak agak2 la ya. Kalau lebih pun tak apa, Nanti       
   boleh buang)
- Masukkan daging dan tumis hingga air daging kering dan naik minyak. Taburkan lada putih/ hitam.
- Masukkan tomato dan bawang besar. 
- Perasakan dengan garam, air asam, gula (kalau nak letak) dan peras/ megi cukup rasa.
- Biarkan kering atau daging agak garing gitu.

Ok Done! (^___^)

*Ini adalah entri berjadual. Tuan blog muncul bila seru datang saja. Daaa, (^_^).



GARLIC PARMESAN CHICKEN




ASSALAMUALAIKUM.
Rajin sangat husya pinterest kan..Ada saja yang buat kita tergoda. Tapi dalam banyak- banyak menu kat pinterest tu, sue pilih yang senang-senang saja. Meh sue share kat sini. Makan gitu saja boleh or gandingkan dengan pasta pun buleh. So yummeh (^_^)


GARLIC PARMESAN CHICKEN
Sumber: Pinterest and Instagram Dapursuemiezi

INGREDIENTS:

3 tbsp butter
6 cloves minced garlic
2 chicken breasts - chopped into bite size
Piecessea salt
1/4 - 1/2 cups parmesan cheese
2 cups spinach


INSTRUCTIONS

Saute garlic in butter for a minute or two, 
Add chicken pieces, salt and cook untill no longer pink in the middle. 
Make sure to stir chicken to coat with butter  and garlic.
Add parm cheese and stir until the chicken is coated.
Add spinach and cook until wilted serve by itself or over pasta or zoodles.


Okeh..Daaaa...

KERABU SUHUN



ASSALAMUALAIKUM
Sekali lagi muncul dengan resepi dah basi..Kita update di sini untuk rujukan, Untuk orang diet sesuai kot. Asal resepi dari Cheq Mek Klate Siti @Dapurcikgusiti. Resepi asal gunakan sotong, tapi sue gunakan udang sebab waktu tu udang saja yang ada. Tapi sebab dah kemaruk nak cuba, gunakan saja apa yang ada. (^_^). Nah resepinya, sue share di sini. Tiada sukatan yang tepat..sila buat anggaran ya. 


KERABU SUHUN
Sumber: Instagram Dapurcikgusiti/ Dapursuemiezi


Bahan- bahannya:

Suhun - Rebus siap
Sotong/ udang - Rebus/ celup kejap dalam air panas
Udang kering
1 ulas bawang putih
Cili padi
Bawang besar
Daun ketumbar - hiris
Serai - hiris halus
Batang saleri - sue tambah
Tomato
Sos ikan
Jus limau nipis
Palm sugar/ gula biasa


Cara- caranya:

Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili api dan asingkan dalam bekas
Kemudian tambahkan sos ikan, palm sugar/ gula dan  jus limau nipis
Potong memanjang bawang besar (bawang holland) dan tomato. masukkan ke dalam bekas sos tadi.
Udang/ sotong, batang saleri, serai dan daun ketumbar digaul sebati dengan sos tadi.
Akhir sekali baru masukkan suhun yang telah direbus tadi.
Boleh tambahkan air rebusan atau air panas jika ingikan kerabu berkuah sikit.
Boleh juga letak kan kacang tanah tumbuk kasar gitu.

Buat kerabu ni biar cukup rasa ya..masam, pedas masin dan manisnya. Ikut kesesuaian tekak masing- masing lah ya.






*N3 auto publish.



Lempeng Sayuq Sempoi


Assalamualaikum
Hari ni update resepi yang dah basi juga. saja simpan sini untuk rujukan juga. Lempeng saja pun. Kenapa ada sempoi di situ? Sebabnya..buatnya memang senang. Bahan pun boleh di adjust gitu. Kalau ada brokoli, buh la brokoli..ada bayam..buh la bayam. Yang pasti bior sayur- sayuran hijau gitu. Gandinganya buatkan la sambal bilis cili api atau masak kari. Memang sedap.
Okeh..resepi sue share di bawah. Lempeng ni agak liat sebab tak letak telur kot. Tapi pada sue ok ja. Janji ada rupa lempeng..Hehehee


LEMPENG SAYUQ SEMPOI
Sumber : Instagram ibh_sue

BAHAN- BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum
1 cawan brokoli - dipotong kecil
3 biji bawang merah
2 1/2 cawan air - boleh tambah ikut kesesuaian
1 sdk gula
Garam secukup rasa




CARA- CARANYA;
Bland kan kesemua bahan hingga sebati.
Panaskan kuali non stick denagn api sederhana. Sapukan sedikit minyak,
Letak kan sesenduk adunan dan ratakan.Tunggu sehingga masak
Angkat dan hidang






MAHALABIYYA



ASSALAMUALAIKUM
Cak! Torra datang lagi. Hehehee.. Terrrrajin nak update lagi. Kali ni janji..resepi ni belum basi sebab baru buat hari ini. Puding Arab gituuu. Meh tengok resepinya. 


MAHALABIYYA ( Sweet Arabian Pudding)
 Sumber : Instagram Che Ta @ Rozitahasan78


BAHAN- BAHANNYA:

1 liter susu segar (lebih kurang 4 cawan)
1/4 cawan gula (kurang/ lebih)
1/4 cawan tepung jaggung
3 tbsp air mawar (sue guna perasa ros)
Sedikit garam
Kacang Pistachio (cincang/ blend kasar)



CARA- CARANYA:

Larutkan tepung jagung bersama secawan susu segar.
Didihkan lebihan susu segar bersama gula dan air mawar (perasa ros) dengan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jaggung,
Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Bila hampir pekat, masukkan garam.
Tuang ke dalam bekas dan taburkan pistachio,


Masyaallah..sedap rupanya puding ni. Makan waktu suam- suam sedap, sejuk pun sedap. Selamat mencuba ya (^_^)

Kerabu Tomato

Assalamualaikum.
Lama tak muncul..Sesekali muncul kita letak la juga resepi kat sini. Senang untuk rujukan diri sendiri juga di masa akan datang.
Selebihnya boleh jenguk- jenguk Instagram lah ya. Sebabnya sue lebih aktif berkongsi di sana.

Rasanya dah pernah letak..Tp nah sue share lagi (nampak sangat tak ada benda nak sahre kan. hehehe) resepi kerabu yang simple tapi sedap sangat ni. Sesuai kot untuk yang diet. Hehehe




KERABU TOMATO
Sumber: Instagram Dapursuemiezi dan Dapurcikgusiti

Bahan- bahannya:
2 biji buah tomato
1 cawan ikan bilis - yang siap digoreng
2 biji limau kasturi
1 sd gula kabung/ nisan
1 sd sos ikan
1/2 biji bawang besar
2 biji cili padi -  (ikut kepedasan)

Cara- caranya:
Tomato hiris kasar. Hiris halus bawang dan cili.
Dalam satu bekas, satukan tomato, bawang dan cili.
Bekas lain, satukan gula, sos ikan dan jus limau kasturi. Gaul Rata.
Curahkan bancuhan sos ke dalam bekas tomato tadi.
Akhir sekali taburkan ikan bilis.

*Resepi ni sue tak letak garam sebab letak ikan bilis banyak. Boleh tambah garam ikut citarasa.
Begitu juga bahan lain..Boleh tambah untuk simbangkan rasa.





Pancake oat mangga

 


Assalamualaikum..
Again..Kasi up resepi simple yg ala-ala sihat. Gambar dah lama dalam draft folder..Tapi nak menaipnya tu ja yang bercinta sangat..Malas lebih…


PANCAKE OAT MANGGA
Resepi : Dari Dapur Suemiezi
Bahan-bahannya:
½ cawan  oat
1 biji telur
Setitik esen vanilla
½ cawan mangga
Fresh milk – anggaran saja

Cara- caranya
Semua bahan diblander hingga sebati.
Panaskan kuali non stick.
Tuangkan sikit adunan. Masak dengan api kecik hingga masak ke dua- dua belah.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan mangga dan madu.


Nampak kan..mudah sangat. (^_~)
 

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...