Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Char Kuey Teow

Assalamualaikum..
Emmm..bercinta betul nak hapdet pasal GA..Sian korang ya..mana sempat ja sue dtg jenguk balik ker blog korang..




Keh!..sambil2 hapdet list nama peserta GA..korang layan ja lah menu char kuey teow ni ya..
Akcely tu menu petang semalam tu..wahahahahaha..basi dah tu...Jangan ada yg gatal2 nak mintak plak.....
Sedapppp...berani mati sue puji diri sendiri tau...Pueh hati..buh kerang and udang banyak2...
Kalo beli tu...emmmm..kemut no kerang ngan udangnya....heeee

Cuma satu ja tak bp kenannya...paksa pakai mee kuey teow yg besaq2 tu..tak da yg jenis kecik2 tu..Sue kureng skit mee yg besaq2 ni..Tapi sbb dah teringin sangat nak buat char kuey teow hasil tangan sendirik...Jalan juga la..Ngeeee...ngada2 ja kan...


Key..korang hadap ja la gambo tu ya..Sue nak sambung buat list yg join GA ni....(^_^)...Daaaaa

Alamak!..Takutnya nak pi Slimming Canter....

Uish!!!..Kena fikir 20 kali la jawabnya kalau macam ni...Takut plak kalau kejadian sama menimpa diri..Heee...Korangggg...diet dan senam ja lah jalan yg selamat ya..Huhuhuuhuhuhu

_____________________________________________________________________

Satu badan gatal-gatal

GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.


JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

Sumber ~myMetro 25/02/2011


Look i'm NAKED!!!!!!!

Wahahahhahaa..mesti ada ja yg laju kan bila tengok tajuk n3 tu....
Haisss!!!! tak senonoh tau..tak kan la i nak buat cam tu kot..Ngeeeee...Buruk perangai ja.....Kikikikikikiki....Dah!..tok sah gatai nak bayang2 plak...Wahahhahaaaaa....


Apa respon korang bila orang yg korang tak kenal...bleh hantaq msg macam ni...Iskh!!! rimas tau...Tapi syukur la..dia tulis ja..Nasib dia tak tunjuk profile pic lucah2 macam biasa kak D kena tu...Ngeeee....






Doiiii yaiiii!!!!!....bengap jap pagi2 ni.. Dah makin melampau mamat ni...Tak reti bahasa..dah org tak layan tu..jangan la duk hantar msg lagi...Asal sue on ym ja..manjang la dia ja yg send msg dulu...Sue kan on mobile..so manjang dia hantar msg gak........Ntah macam mana la mamat ni bleh ada dlm list sue..Ntah bila plak acceptnya...Rasanya sue tak accept pun mamat ni....Haru betul la....Ni la sbb nya sue ssh skit nak accept sapa2 yg nak add ym dgn sue....

Tengok!!!..dia merenyam gatai mcm tu pun ...sue still jg gak nama baik dia lg...Siap tutup id dia lg...Bukan apa...takut gak..kot2 mamat tu blogger gak..Kang tak pasai2 kena hentam lak dia....Hehehheheh....Sian mamat ni meroyan sorang2....Ai tak sudi nak layan u ya.....Kalo rasa nak satu donia tgk gambo NAKED u tu..sila la tunjuk...I letak kat sini nanti...wahahahhahahaaa....

Mee Goreng



Assalamualaikum..Salam hujung minggu u all...
Hari ni up n3 awal skit..Sue siap buat sarapan awal hari ni...6.45 dah siap buat bekfast...

Macam semalam...pala otak ingat nak buat pancake bakar (ni sebab tengok Ijan buat pancake la ni..Sedap Ijan pancake ko tu..)...Seperti biasa...bila bukak ja esbox...menu sarapan telah bertukar...Bling!!!!!...Yaa..siap Mee Goreng ...Ngeeeee....



Okeh!..Jemput makan ya...Jan berebut..sorang makan sesenduk ja..Jangan makan banyak2..nanti gumuk..Heeeee.....Baikkkk...tuan belog nak jenguk laman sat...Kasi kluar peluh skit.....
Key....Selamat Berhujung Minggu semua....(^_^)...



Aku rindukan bau wanginya......

Lama dah tak cium baunya....
Lama dah tak lihat warna ungunya....
Lama dah tak pegang body bulatnya itu....
Lama dah tak berhabis duit kernanya...

emmmmmm.....yg bolat2 tu lah yg menarik hati sue..(^_^)..


Apa tu yaaaa..Heeeeee

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ni ha dia sebenarnya..Heeeee..Perfume kegemaran sue......


Dulu....masa bujang..tu la perfume kegemaran sue . Gaji idak ler beso mana pun..tapi still memampukan diri beli perfume tu...

Ada rasa macam nak rembat ja dalam bolan ni...Sedia la untuk mempokaikan poket laiee...Poket sapa?...Hahahhaaa..kena carik mangsa la..Ker poket sendiri yg rabak bolan ni..Ngeeee...
Janji pueh hati kan..(^_^)

Mee Sup With Chicken Meatball

Assalamualaikum..
Hari ni sangat santai....Keja rumah pun tak banyak nak buat....
Cuti kan..so..kena gunakan waktu cuti tu dengan sebaiknya..Heeee....


Okeh!..Ni menu tengahari ni...Asalnya nak buat spagheti..Tapi ntah macam mana buleh plak bertukar jadi Mee sup..Ngeh!..ngeh!....Otomen masuk dapur kot...tolong2 firekan..wahahhaaa..dah mula merapu la ni....

Tak pa la..janji kenyang kan....Buat banyak skit..So petang ni tak payah masak..Kasi hadap ja orang dalam rumah ni menu yg sama..wahahahahhaa..pemaleh betul kan...(^_~)...




Sikit tak terliur pun kan tengok menu ni....Resepi?..seperti biasa..i main campak2 ja apa bahan yg ada dalam esbox tu...Duk dapur ni kena keratif skit..Betul tak kawan2?..Heeeee...




Pengubat rindu pengarang jantung Acik...

Tetiba plak rindu dengan budak busuk masam ni...Heeee....

AUNI BATRISYA


~ Tengok la tu..mata berair lagi..baru lepas nangis..hee ~


Meh layan aksi2 budak busuk masam ni....Ni la budaknya yg pantang sangat nampak kamera or hp....Kalau tengah nangis pun boleh berhenti dulu sebab nak bergambo....pastu..siap cakap " nak tingokkkk!!!!"...hehhehee..auni..auni....
Cepat ja beso rasanya dak ni....sekarang ni mulut tak reti diam..ada ja benda dia nak cakap..Geram tengok keletahnya...


~ Aksi manja la kononya tu...~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


~ Posing macam model la tu..model pakai pamper + promote kain langsir buruk nenek..hahhaaa.~
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.


~ Khusyuk layan upin ipin la tu..haru..haru..Abg iqbal layan ja lah kerenahnya tu... ~

Bila nak jumpa dak busuk masam ni agaknya.....Emmmm....(^_^)

Ku Ada Kamu

Untuk kamu..kamu..kamu..dan kamu...kamu semua my readers....Sue tujukan lagu ni untuk tatapan u all semua...Hayati liriknya ya........


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk


Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Selagi ku ada kamu


Salam jumaat

Assalamualaikum...
Cepat ja masa berlalu..dah jumaat dah hari ni. Esok cuti lagi....Heee....

Emmm..sue tak sempat nak berkunjung balas lagi ke blog kawan2 yg join GA sue..
Alhamdulillah...ramai juga yg sudi join first GA sue ni...Insyaallah..slow2, sue akan jenguk n3 korang tu ya...

Disebabkan sambutan yg diberikan adalah menggalakkan..maka akan ada hadiah sampingan lagi untuk yg bertuah .....

Dan insyaallah sue berbesar hati nak buat GA lagi pada masa akan datang.

So..korang..sempat lagi nak join GA ni ya....Hope dengan adanya GA ni..dapat kita sama2 mengukuhkan ukhwah sesama kita...Saling berkunjung balas mengeratkan silaturrahim di alam maya ini...

Tengok!..ada juga kebaikannya kan kita berblog ni ..Heee....(^_~)..Thank's tu u all yg sudi menjadi sahabat sue di alam maya ni...


Hingga Ke Akhirnya.

Assalamualaikum....
Emmm..hari ni ter..rembat( hahaaa..jgn la ada budak sekolah baca belog ni..hancus bahasa kang..) lak satu lagi novel...Asalnya nak pi carik novel lain..last2 terjumpa novel lain lak.

Tapi memang buat mood happy sangat...sebab sue teruja bila tau yg Novel Akhir Sebuah Cinta tu ada sambungannya rupanya.


Tarraaaa....Ni dia..HINGGA KE AKHIRNYA...

Sinopsis

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan diantaran dirinya dengan Tengku Khuzairi..malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?

"Saya betul-betul tak faham, kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu, utnuk menyakiti perasaan saya dan menambahkan kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikanlah saya ruang untuk bahagia". ~ Mimi Atia

" Abang akan bersabar, abag akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia, demi Allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi

" Saya nak ingatkan Tengku, jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku, saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana." ~ Mimi Atia



Antara Cinta Dan Kasih



Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku


Mee Kari Sempoi

Assalamualaikum...
Malam u all...
Makin malas nak update n3...Heee
Key!....N3 kali ni..just nak share menu untuk malam ni..
Lama rasanya dapur tak berasap..Dari balik bercuti hari tu..sampai la ni..boleh dikira lah bapa kali sue masak..Heeee...Ya la..masak pun bukan ada sapa nak makan kan...

Okies!..malam ni jamu mee kari saja ya...Tu ja yg mudah dan simple....Resepi?..Tak payah la...Tu main campak2 ja tu..Nak yg betul u all google ja lah sendiri ya resepinya...



Key!...Selamat malam...Tido awal ya..Esok nak keja dah..(^_^)


Kantoi diet kalo macam ni.....

Assalamualikum..Morning U all...
Selamat berhujung minggu....
Dah bekfast?...Kalo blum..meh ambik sorang skit potato wedges ni sorang skit ya..



Emmmm...so yummmy...betul la..Jelapeno Cheese ni sedap...Memang sebijik rasanya macam wedges kat KFC tu...
Mula2 kenal cheese ni masa terjah n3 Jaja...meleleh ja air liur tengok ...Pastu..dik Ika lak...And ramai lagi la kawan2 fb yg dah try cheese ni.
Sapa2 yg teringin nak try..u all bleh rojer Jaja dan Ika ya..Diaorg ni ada jual Jalapeno Cheese ni...

Keh!!!..pas ni tak yah nak beli potato cheezy wedges lagi..buat sendiri ja..bleh makan banyak2..hehehehee..Pueh hati....DIET?...gantung sat...tekak yg teringin kena diturutkan....Lalaallalalaaaa...Sendiri tanggung la ya........




Ni resepi kalao nak buat potato wedges sendiri. Resepi credit to kak Hana..



Bahan-bahan ( 2 biji )

  • 2 biji kentang - saiz besar
  • 5 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.

Sedih la plak

OMG..meruntum jiwa tengok cerita cerekarama malam ni.

Meh!..ramai2 layan cerita ni ya..
Cerita yg realitinya berlaku dalam kehidupan sekarang..






Birthday GA

**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA
NI YA....
UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH.**




Assalamualaikum..Hai! U all..
Ingat tak sue pernah janji nak buat GA sempena birthday sue..
Okies!!! Dengan rasminya sue open GA ni untuk semua...Mana yg berminat tu jemput la join ya. Sue tak sabo nak bg gift kat korang ni..(^_^)..Heeeeee



Syarat2nya mudah ja.
1- Terbuka kepada semua blogger. Terpulang nak jadi follower atau tak.
2- Buat satu n3 yang simple tentang GA ni.
3- Letakkan banner GA ni juga dalam n3 korang.
4- Link kan n3 korang tu kat ruangan komen di n3 ni ya..Kat chat box..tak mau la..ssh nak kenalpasti nanti siapa yg join.

GA ni akan tamat pada 28 Februari 2011.





My Birthday

OMG..Dah tua lagi setahun.....
Ya..today is my birthday.....

Thank's pada kawan2 yg wish happy birthday kat wall fb sue...
Sue sangat2 hargainya..

And pada yg kirim hadiah tuk sue..
Terima kasih banyak2...sue sangat2 menghargainya juga..Terharu tau.....

Ok!...malam ni maybe sue akan up n3 pasal GA ya...Khas tuk u all semua yg sudi menjadi sahabat sue (^_^).
Muaahhhhhh!!!!!!...sayang korang semua....

Diperkenalkan.....Wa.....

Salam Jumaat U all..
Sebenarnya banyak benda nak cita.Tapi seru nak menaip tu masih belum datang lagi. Nak cita pasal percutian..pasal hazab penyakit lepas percutian..pasal GA yg belum difikirkan lagi ..pasal ulasan novel yg dijanjikan dan macam2 lagi lah.....Tunggu hokey.....slow2 sue up n3 nanti ya.

Okies! N3 kali ni pun ditulis just untuk mengalu2kan sahabat sue ke dalam dunia blog ni. Welcome to the club friend....hehehehee....

So..pada mana2 yg selama ni tertanya2 siapa wa tu...
Okies! diperkenalkan lah ya...





Tarraaaaaaa.....







Ni la dia Pn Nor Azwa...Okey!..perempuan ya (<<<<----- apa motip....coz ada yg tertanya2..siapakah wa itu..Tu pasai kena bagai tau lelaki ka pompuan..erk!!!!..jgn sentap ya..(^_^)...)
Hahhahhaa..wink!..wink!....

Meh la kita berkunjung ke rumah dia ya..."Wawa-Bundelofjoy" .Jalan2 sambil hulurkan salam perkenalan.(^_^)

To Wa..Thank's sbb wish birthday sue..Ngeeeee


Hujan Pun Menari

Sinopsis..

Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu.
Kehidupan perlu diteruskan.


Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan… Ketika gelap, ketika cahaya suram…
Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari…
Qurban… lelaki itu tetap di sisi.



Buku ni..belum baca pun lagi..So tak boleh nak ulas apa2 juga..Nanti kalau dah habis..baru sue ulas balik ya..Heee..tapi kalau tulisan Norhayati Berahim..biasanya jarang mengecewakan..(^_^)


Pssttt: N3 adalah auto publish...

Akhir Sebuah Cinta

Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.


Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.


Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.


Tu sinopsis novel ni..Nak cerita lebih lanjut pun..sue belum habis baca lagi..Tunggu sue habis baca dulu ya..baru boleh komen lebih2....

Emmm..ni adalah n3 auto publish ya....Holiday..laptop tinggal...Time ni maybe sue dah sampai ke destinasi yg dituju....Mati kutu la 3 hari tu nanti....So..buku ni akan jadi peneman sue kalau boring2 nanti....Habis ja baca nanti..sue akan ulas sikit pasal novel ni nanti ya...Ok!..stop dulu....
Daaa..semua.
Tunggu sue balik ya..Sue nak buat GA ni ..Tak sabo nak bagi hadiah kat korang..Heeee..Muaahhhhhh!!!!!...sayang korang semua..

Yang di idam dah dapat....

Emmmm.last n3 tuk malam ni....Sempat lagi tu..Baju belum pun masuk bag lagi..(^_^)...


Nampak tak apa tu....Emmm..aiskrim yg sangat lazat....Dapat gak lepas geram...Kalau tak kerana DIET..mau habis satu bekas tu sue bedal....

So..dengan malu2 kucing nya..sue just makan 3 sudu ja.( korang percaya ka..sila lah percaya ya.tengok!..siap bold lg perkataan 3 sudu tu....wahahahhaa)...
Emmm..simpan baik2 dalam esbox balik..


Siap warning kat Ucu..Sila jangan habiskan ya..Nanti balik holiday nak makan lagi..Heeee...Kejam punya kakak kan...
Ok!..Stop dulu.......(^_^)..Key u all..SENYUM.....Daaaaa.....



Puding Mangga

Assalamualaikum...
Bertemu lagi...tak caya ja kan..Tetiba terajin la plak up n3 lagi..Ni kira n3 ke dua untuk hari ni.

Okeh!!!..meh layan menu minum petang ni...Tetiba plak tekak ni nak makan benda yg licin, sejuk dan lemak berkrim...Padan la kan..cuaca kat luar tu..panas sungguh....
Meh!..jemput makan..Puding Mangga. Ambik sorang sikit ja...buat rasa supaya tak kempunan ja ya...Wahahahahaa..kejam..kejam...


Simple sajo...Pakai yang segera ..Brand Nona..Cuma sue ubah skit..tambah susu ideal 1 cawan..Kasi lemak berkrim skit...Tak sedo diri ja bunyiknya kan....Diet..tapi semuanya nak yg lemak berkrim saja....Wahahahahhaaa

Dah..tu ja menu yg nak di share hari ni..Maaf la ya..Sue tak masak hari ni.Stakat nak bagi tekak sendiri ja makan...tak dak la...Mandangkan nak pg holiday kan...Makanya..dapur sudah di clean and clear kan...Jadi..periuk kuali sudah digantung elok2 ya....Okies!..Daaaa...(^_^)

Merapu..

Assalamualaikum...
Emmm...sue coti ya hari ni..Hoyeeiiiii...!!!!!..Korang yg keja tu..Sila SENYUM saja ya..Buat kerja dengan seikhlas hati tau....Dapat pahala free ...bonus..awet muda...Heeeee...

I coti sebab...Nak makan besar malam ni....wahahahahhahaa...merapu ja lah kejanya...

HOLIDAY..ya holiday..
Nak holiday..Best!...
Tapi..nak pack barang adalah tidak best.


Dari pagi lagi..bag telah terbongakang atas katil....Bila nak buh segala bagai isinya pun tak tau...
1 bag untuk isi baju sue dan en. hb..Eiii..macam tak cukup ja satu bag...
Kalau pi kursus 3 hari 2 malam..sue sorang pun..bag penuh sendat..Ni plak nak pi holiday berdua...Pastu..HOLIDAY okey..bukan bekerja or berkursus....Makanya..benda yg nak dipack adalah tentu2 lagi lebih daripada biasa ( eh!.. ntah papa la ayat sue merapu ni)...

Emmm..kena buat list ni apa2 barang yg perlu di buh dalam bag tu...Pastu barulah fikir macam mana nak sumbatnya bagi muat 1 bag...Buleh macam tu?..Ngeeeee....

Ini lah yg dinamakan n3 merapu tau...nak pack barang pun buleh dibuat n3...Tak pernah dibuat orang kan..Hahahahhaa...Siyes..sue mmg akan buntu bila suh pack barang untuk pergi kemana2..
Tapi sue tak kan ada masalah nak pack barang kalau destinasi percutian itu adalah ke Sg. Besar aka bercuti kerumah mak abah sue.Ngeeee..yg tu..pack barang pakai paper bag pun okey ja...Sue balik sehelai sepinggang pun jalan ja..Wahahahhahaa....
No hal lah kan..balik rumah i....(^_^).....

Key..mau sambung keja...Lama2 nanti ..lagi marapu ja lebih...
Hokey u all..SENYUMMMMM......

Iskh!..iskh!..gigi dan bibir sapa la yg cumei sangat ni ha.....Ngeeeeh ngeeeh......
SENYUM


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...