Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Biskut Jejari Roti



Nampaknya tahun ni macam tak ada ja projek membiskut. Tapi, untuk lepaskan gian.. Meh lah godek- godek sekut yang simple. Semudah ABC gitu. 
Daripada roti saja pun kita boleh buat biskut yang sedap.
Meh, tengok resepinya. Yang paling best biskutnya, hanya menggunakan tiga bahan sahaj (^_^)


BISKUT JEJARI COKLAT
Sumber: Lupa dari mana, tapi popular di internet

Bahan- bahanya:
Roti High 5 (sebarang jenama)
Coklat Masakan
Nestum

Cara- caranya:
Gunting dulu roti panjang- panjang (agak- agak la ya besar mana nak)
Aturkan atas dulang pembakar.
Bakar roti hingga garing (bukan hangit ya..hehehe)

Cairkan coklat masakan guna kaedah daouble boiler ( atau buh ja dalam microwave)
Celup roti dalam coklat cair dan kemudian terus golekkan dalam nestum.


Tak sangka sedap okey... Kanak- kanak la paling laju makannya (^_^)




Murtabak Maggi

 
Assalamualaikum. Hari ni sementara tunggu hb ajak balik, kita update blog dulu. Gambar- gambar semua dah simpan dalam draft..Tinggal tunggu mood rajin ja nak menaip. Ni menu dah basi ya..Saja ja letak juga kat blog kasi panas..(^_^).
Martabak Maggi.. Resepi campak-campak saja. Sesuai untuk yang pesen pemalas macam tuan belog ni..Hehehhe.. 
 
MURTABAK MAGGI
Resepi: Dari dapur Suemiezi
 
Bahan- bahannya
Sebungkus Maggi (rebus dgn perencah) ambik mee saja.
3 biji telur
1 biji cili merah
1/4 batang salery 
3 kuntum cendawan (cincang ya)
1/2 biji bawang besar (hiris)
Garam,
lada secukup rasa.
 
Cara- caranya
Campur semua bahan. Masak dalam kuali non stick or gunakan waffer pan. Makan dengan mayonis dan sos cili..
 

Puding roti bakar

ASSALAMUALAIKUM....
Bersiaran lagi setelah sekian lama menyepi.. Semalam rasanya nampak Aiza buat puding..lepas tu scroll2 instagram Syapex..ternampak juga puding roti ni... Memang tak boleh jadi.. Kena juga buat... Guna resepi Kak Hana..Memang terbaik..Manisnya cukup-cukup ja. Sesuai dengan tekak i.. Okeh!..Meh tengok resepi..

RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
Sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 

Omelette mix vegi


Assalamualaikum..

First N3 di tahun baru... Sebelum tu tak terlambat rasanya nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2014 buat semua pengunjung.. terima kasih pada penggunjung yang mungkin ter singgah masuk ke sini..Tak ada apa pun yang menarik dekat blog ni..

tapi tak sangka juga walau pun sendu ja blog ni, ada juga pengunjung yang singgah rupanya. terima kasih pada u all yang singgah sini...

Okeh! Tak ada benda nak update pun. Just nak share simple resepi saja.Diet katanya kan...susah betul nak memikirkan menu yang sihat simple dan mengenyangkan. So..kita buat omelette ja lah...
Alhamdulillah..kenyang.. (^_^)

OMELLETE MIX VEGI
Resepi: Dapur Suemiezi
 
Bahan- bahannya:
2 biji telur
1/2 cawan mix vegi
1/2 biji bawang besar- potong halus
2 sudu olive oil
Black paper
Garam secukup rasa
Dry oregano

Cara-caranya:
Kocak kan telur dengan secubit garam dalam mangkuk..(kalau boleh kocak kan lama sikit )

Tumiskan bawang besar dengan dua sudu olive oil ..Bila bawang dah mula naik bau, masukkan mix vegi..taburkan black paper . Kacau sehingga mix vegi agak lembut ( sue suka sayurnya rangup..so tumis sekejap saja)

Kemudian..curahkan telur yang telah dikocak tadi ke atas mix vegi. Tutup permukaan kuali dengan tutup periuk bagi mempercepatkan omellete masak keseluruhan.. Bila omellet separuh masak, taburkan dry oregano... Tutup semula tudung periuk dan tggu sehingga masak..

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...