Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang


Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali  nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. Hahaha..boleh pulak gitu kekdahnya ya. Kali ni try pula resepi dari Chef hebat..Chef  Amer. Resepi dikongsikan oleh Kak Ita. Nah, sue kongsikan pula di sini. 


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Sumber: Kak Azlita- Masam Manis

Bahan - bahannya:
1 kg tulang lembu - cuci bersih, sama macam kak ita, rebus dulu hingga empuk. Masa merebus tulang, jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi - sue tak letak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya - boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah - di dadu
Daun sup dan daun bawang - di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

*Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek


Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah, bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.

Cara- caranya:
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk.
Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan hali ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ini boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing, masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang, boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia mereneh. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih- buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih- buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bi;a daging dan empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil.
Masukkan juga daun sup dan bawnag goreng.
Tutupkan api dan sedia di hidangkan.




Ikan Pari Bakar Simple







Assalamualaikum.

Ni kira n3 tertunggak a.k.a menu lepas- lepas. Kira lama juga tu..buat dalam tahun 2014 gitu..Hambek..betul- betul baling belakang punya menu.Heheh..

 Sebelum ni just update dekat Insta, now terrajin..makanya update pula di sini. Manalah tau kan boleh juga bagi idea untuk menu berbuka puasa.

Sebenarnya jarang sangat nak merajinkan diri siapkan menu bakar- bakar ni. Dan, kalau pun buat, biasanya just perap simple dengan garam kunyit bawang saja.

Okeh..kali ni sue buat ikan bakar guna perapan lain sikit.
Nah..sue share kat sini. Kira bahanya main belasah saja..Tapi Alhamdulillah..sedap juga.

Nah..resepinya. Sharing is caring gituuu (^_^)



RESEPI UNTUK PERAPAN IKAN
Sumber: IG Dapursuemiezi

Bahan- bahanya:

2 sdb cili kisar*
2 biji cili besar*
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 biji bawang besar*
3 batang serai*
1/2 inci halia*
1/4 inci kunyit*
sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara- caranya:

Kisar semua bahan bertanda *. Tumiskan semua bahan hingga naik minyak. Perasakan dengan asam jawa, gula dan garam. Siap. Sejukkan.

Cuci bersih ikan dan perapkan dengan sedikit kunyit dan garam.
Kemudian, gaulkan ikan dengan pes perapan .Balut dengan daun pisang, dan bakar hingga masak.




Muffins Roti Telur


Assalamualikum.
Baru ramadhan hari ke 6, tekak dah tak tahu nak makan apa. Pergi bazar pun balik tangan kosong juga.
Makanya masuk dapur, selongkar apa saja yang ada. Ada roti dan telur..Haaa..cantikk..Boleh buat roti telur..Tapi kita olah sikit ala- ala rupa mapin gitu. Hehehee




Muffin Roti Telur
sumber: Dapursuemiezi

Bahan- bahannya:
2 keping roti - dipotong kiub
2 biji telur
1 sdb mayonis
1 sdt lada putih
1 sdt sos ikan(nak letak garam pun boleh)
Cili sos untuk letak di atas .




Cara- caranya:
  
Sediakan loyan..Masukkan roti yang dah dipotong kiub tadi. Bekas lain, pikul telur dengan mayonis, lada putih dan sos ikan.
Kemudian tuangkan ke atas roti. Paipkan sedikit sos cili dan bakar hingga masak. 

Sue bakar guna air fryer dengan suhu 200'c selama 10 minit.



*Kalau nak letak kepingan cheedar cheese or Mozarela cheese pun boleh. Lagi sedap rasanya. Ni sebab stok cheese tak ada, makanya kosong gitu saja lah. 



Bulan puasa memang makan bukanlah jadi keutamaan pada sue. Yang paling penting air. Berbuka dengan air kosong pun dah lega sangat rasanya. 

Bila tengok sue post menu macam ni..ramai yang kata "diet ker". Idak ler diet pun. Konsepnya hanya "Nak jaga makan gituu" (^_^). Hakak dah tua khann..Makanya harus jaga kesihatan. (^_^)

Okey..Selamat Berbuka puasa semua (^_^)



Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...