Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (230) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (12) Menu Mudah (8) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (16) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sunday, 27 December 2009

1 hari 1 info

Salam..

Ramai rakan2 blogger yang sering mengamalkan amalan meminumair kosong bersama lemon pada waktu pagi..Actually sue pun sebenarnya turut mula mengamalkannya…( teruja sebab menjadi amalan kak ienda la ni..hee..hee). Walaupun tak sedap..masam..tapi ok ler ( nak kurus punyapasai..telan juga la )..coz ini salah satu cara untuk menditox kan diri..

Now.. sue nak kongsi skit maklumat tentang amalan ni yang sue dapat daripada Majalah Rapi Bil. 126….


Amalan memulakan hari dengan segelas air suam bersama sehiris lemon akan membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

Memang la kan…amalan meminum air suam bersama lemon ni sungguh tidak menyelerakan..Tapi demi untuk kecantikan dan kesihatan sue kuatkan juga untuk menelannya..Kih!..kih! ( ayat poyos jer..)

Saturday, 26 December 2009

IKLAN

RUMAH UNTUK DISEWA
PANGSAPURI 3 BILIK, 2 BILIK AIR.

ALAMAT

NO B-15-13, PANGSAPURI BUGANVILA
BLOK B, FLORA DAMANSARA
BERMINAT!..SILA HUBUNGI
EN. TARMIZI DI TALIAN
019-277 8576


1 hari 1 info


Info hari ini mengenai sayur- sayuran dan buah-buahan....


v

v

v

v

v

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber yang paling murah berbanding protein dan karbohidrat. Saranan pengambilannya sebanyak 3 hingga 5 hidangan sehari, boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan mengelakkan masalah sembelit...
Sumber : Rapi bi.129



Sekian info untuk hari ini..kita jumpa lagi esok untuk info seterusnya.....




Friday, 25 December 2009

1 hari 1 info

Salam...

hari ni sue nak share skit info pasal tomato...Layan lah yerr...





Tomato mengandungi likopen, iaitu fitokimia jenis karotenoid yang merupakan antioksidan ( bahan pencegah sesetengah kanser dan penyakit kardiovaskular). Lebih merah warna sebiji tomato maka lebih banyak kandungan likopen. Likopen hanya mudah diserap jika seseorang memakan tomato yang telah dimasak.



info : Rapi Bil.129




Good info kan..

Naw!..sue nak share satu resepi yang sue dapat daripada majalah mingguan wanita....

JUS TOMATO (untuk turunkan berat badan & menaikkan seri muka)
sebiji tomato, sesudu besar madu, 3 biji limau kasturi dibland bersama jadikan jus.Minum jus ni 2 kali sehari

Selamat mencuba....



Tuesday, 22 December 2009

Correct timing to drink water

Thank's ya kak Anies 4 da info...



Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack







Monday, 21 December 2009

Menerobos sempadan diri

Bila mula rasa down...bukak balik buku "MENEROBOS SEMPADAN DIRI"...try untuk memberi motivasi kepada diri..juga untuk memperkuatkan diri....

Takut bila fikir..cepat sangat masa berlalu...Azam tahun ni pun tak tercapai..dan nak masuk tahun baru...So adakah matlamat sue ni kabur?...Apa yang ditulis dalam buku tu " Seseorang yang kabur matlamat hidupnya..tidak akan mampu melangkah dari tangga ke tangga yang seterusnya." " HIDUP TANPA MATLAMAT IBARAT MENEMBAK TANPA SASARAN"..So..nampaknyer sue kenalah buat post mortem balik...why matlamat sue tak tercapai?....

Kadang-kadang tak dinafikan kita terlalu tergesa-gesa untuk mendapatkan hasil dalam apa sahaja perkara yang dilakukan....Namun akhirnya akan gagal atau hasil yang diperolehi tidak berkualiti...Akhirnya wujudlah ketidak puasan dihati...

So..sama-samalah kita menerobos kembali sempadan dalam diri dan try untuk bertindak CEMERLANG....




Sunday, 20 December 2009

Laporrrr


Sesungguhnya disaat ini..tetiba pula tersa lapor....Nasib la stok buah epal ada lagi..So..nilah yang sue hadap buat hilangkan lapor....

Hee..heee..terliur tak tgk gambo buah epal yang merlit kat atas tu...Huu..huu....Sedaappppp.....

Telan ayaq liuq ja lah ya..mana2 yang tak ada stok epal cam ni dah dlm peti ais tu..hak!..hak! ( Gelak jahat...sedapkan hati sebab ni jer bleh ngap..huu..huuu)




Luahan tubuh badan, hati.... isi perut ku

Bulan ni terasa sangat stress nyer..Hujung tahun ..banyak menda kena dibereskan....
Alhamdullilah still bleh jaga diet lagi..walaupun kadang2 hampir2 juga nak terover bila makan terutama bila stress sgt2...

So far..dalam pada terover tu...setakat ni baru 4 kali amik nasi..tu pun amik hujung minggu ja...

Alhamdullillah juga..perut ni seakan paham dengan situasi tuanya...Tekak..tak pula terasa teringin nak makan nasi....Mungkin sebab badan ni dah gembira sebab dah selesa..ringan....Detox yang dibuat juga begitu membantu...

Alhamdulillah juga...try disiplin untuk gerakkan badan buat senaman juga setiap hari..Tapi buat masa ni hanya turun naik tangga sahaja yang diamalkan...So far Alhamdullillah sekarang ni..bila turun naik tangga pun..tak lenguh kaki lagi...

Hope Allah akan kuatkan diriku untuk menghadapi segala cabaran sepanjang proses dietku ini..AMIN....

Try disiplin balik dengan menu Herbalife..Huuu..huuu


Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua...

Semoga hari esok akan bermula dengan baik.
Berubah menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ni....
Semoga kehidupan dilimpahi dan sentiasa berada dalam rahmatNya...

Buat kawan2..jangan lupa ya..sama2 kita baca doa akhir dan awal tahun ya...


Saturday, 5 December 2009

Jus Detox

Chak!...Hee..hee..
Nak share skit....tadi masa sue jenguk rumah Kak Ina .... terjumpa resepi jus detox ni...So..pada yang nak try ni sue CnP kan yo...Kak Ina minta izin yo....

Jus Detox

Bahan-bahan
120 g pisang
1.25 cm halia berkulit
125 ml air mineral
15 ml jus limau susu (lemon)
250 ml jus epal Madu, jika suka(@ gula perang secukup rasa)

Cara membuat
1. Kisar pisang dan halia dengan jus limau susu dan madu atau gula perang.
2. Tuangkan ke dalam bekas, tambah jus epal.
3. Isikan ke dalam gelas berkaki.
4. Hias dan hidangkan.

Jus Segar
Bahan-bahan
250 g lobak merah
300 g buah belimbing
20 ml jus limau susu (lemon)Gula perang @ madu secukup rasa
Air mineral secukupnya
Cara membuat
1. Potong kecil semua bahan.
2. Letak di dalam pengisar minuman.
3. Tuangkan air secukupnya.
4. Kisar hingga halus dan hidangkan.
Thank's Kak Ina 4 da resepi.....

Detox

Salam...

Meh nak cita sikit...He..hee...Hari ni hari ke 2 sue buat detox....Rasa macam ringan skit badan ni...Sue macam biasa ler akan ambil Inte Cleanse untuk detox....Sonang yo..tolan jo terus...Maklum la..penyakit M kan masih ado lagi....So nak buat jus2 detox bagai..tak sompat (maleh sebona eh..he..hee)


Haaa..ni lah dio Inte Cleanse tu

INFO PRODUK

Digunakan secara tradisional untuk membersih dan membina usus, melawaskan pembuangan najis, melegakan sembelit, menurunkankan berat badan (obesity), stress, metabolisma rendah, penghadaman & paras hormon rendah.






Di bawah ni pulak krim favorite sue yang selalu sue guna bagi nak menghapuskan LEMAK & SELULIT yg bertapuk kat badan ..heee



INFO PRODUK


Adunan semulajadi 100% tanpa kesan sampingan menghapuskan LEMAK & SELULIT secara semulajadi. Di antara faedah be~One multi gel adalah :
Membantu memecah lemak (perampingan).
Membantu menghilangkan selulit.
Membantu memulihkan sengal-sengal badan dan sakit sendi.
Membantu melegakan sakit gigi dan sengatan bisa.
Membantu mengatasi masalah sakit kepala dan migrain.
Membantu melegakan sakit perut dan senggugut
Membantu memanaskan badan
Membantu mengatasi masalah melecur
Baik untuk tujuan mengurut

Key..terpaksa stop dulu..nak buat perjumpaan dgn Mr T la...Perut ni memulas plak..Heee..hee





Friday, 4 December 2009

Assalamualaikummm!!!!!!

Chak!!..
Sapu..sapu sawang skit..Iskh!..iskh!..baru berapa hari tak masuk, dah bersawang.....
Actually sebenarnya...sue ada jg masuk..Pi jenguk2 rumah kawan2....tapi tak semua rumah yang sue sempat jenguk ler...
Tapi nak menulis n3 jer tak sempat..Maklumla....saki baki penyakit M...still ada lagi...

Tapi..walau tebal mana pun penyakit M tu..sue tetap juga akan turun jenguk rumah kawan2 semua tau....Membaca N3 kalian semua menghilangkan stress dan mengembalikan semangat sue balik ( hee..heee..terutama tang diet laaa....heeee)


Sunday, 29 November 2009

Sekadar jenguk ja

Salam...
Sekarang ni malas sangat nak update blog...Macam ni lah bila penyakit M dah melanda...Tapi penyakit M ni biasanya bukan lah kena pada update blog jer..kadang2 semua benda pun dia menjangkit juga...

FB pun sama..sue lah antara orangnyer yg cukup malas nak update.....Balik2 bukak sebab nak berladang ja..hee..hee ( tabiat ni hubby cukup tak suka...Sbb kalau sue dah ngadap..susah la dia nak guna tenet...Kes berebut pc la ni..) Tapi..sebelum berladang..keja2 rumah apa yg patut dah settle dulu key..heee..

Tapi hakikatnya..sue memang suka bercucuk tanam pun..( tu lah abg...sue suruh beli rumah yang luas tanahnya...senang nak bercucuk tanam...)..Tapi kat rumah ni..tehad sangat tanahnya..so tak boleh la nak bercucuk tanam sangat..Tapi kalau setakat serai, daun kari dan daun kunyit tu adalah..Ada gak cadangan tu nak buat taman herba...tapi mana nak campak bunga2 yg lein pulak tu..Takkan lah nak perkemas laman yang sekangkang kera tu perlukan khidmat pakar?...

Key lah..daripada sue terus merapu baik sue sign out dulu....Ada idea nanti sue buat n3 lagi...( ceh!..ayat mcm ler ada byk sgt peminatnya yg nak membaca n3 ni....)


Okies..Salam Hujung Minggu

Wednesday, 25 November 2009

Ucapan Raya untuk Semua


Di kesempatan ni sue nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua rakan blogger sue yang selama ini sudi berkongsi rasa dan banyak mengajar sue tentang banyak hal
Semoga Hari Raya kali ini akan diraikan dengan penuh gembira bersama keluarga tercinta....

Kepada rakan2 yang menyertai cabaran 99HTN...Good Luck..janganlah tergoda dengan dugaan di hari Raya ni ya...

Okies..Da..Selamat Hari Raya....


Thursday, 12 November 2009

EFFECTS OF COLD WATER

Sue nak share info ni kepada semua...kawan sue yang email info ni....Key..moh kita baca.
Thank's Kak Anies atas info ni....



Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...




" />

JOM CUBA FREE - USD 1.00 PER CLICK

Ok..ini satu website paid-to-click..setiap klik akan dibayar USD1.00 DOLLAR

Dan program ni percuma...tak kena bayar walau 1sen pun...kecuali kalau nak upgrade keahlian kena la bayar sikit....


Mula-mula klik kat sini.

USD

(Register Free)



First : Register Free Account...Masukkan Username..paswood.

Bila dah selesai register pergi ke login...masukkan username dan paswood kita tadi. Akan keluar My Account Panel...update la apa2 kat situ....

Then : Untuk dapat duit klik pada Surf Ads kat bahagian atas panel tu....

Bila klik kat surf ads tu akan keluar How To Earn...klik pada Click Links

Akan keluar Get Paid To Click..klik nama link kat bawah Title...

Later : Dia akan buka page baru..tunggu page tu siap loading 30second...

Pastu klik pada nombor yang ada pada sebelah kiri atas page tadi...

Tunggu sampai nombor tu hilang...tutup page tu pergi ke Get Paid To Click semula dan klik lagi pada link yang lain2 pulak...

Kalau nak cepat dapat duit kena la buka page ni dan klik hari2...

Selamat Mencuba..

Klik Sini Ya




Saturday, 7 November 2009

Mood kureng hari ni...kenapa ya?....



Salam...


Hari ni mood kureng skit...kenapa?....


Waaa...huuu...huuu..hari ni dah termakan nasi...Tension punya pasai la ni...Hu..huu....Tapi sue amik skit ja...(ayat nak sedapkan hati ler ni)....Tension....keja opis banyak..Isnin ni nak kena audit..Tu pasai tension tu.....





Tak per..sib baik cover balik wat workout..turun naik tangga...dengan harapan terbakar ler segala kalori2 yg dah masuk tadi...hak!..hak!...sib baik tak masuk contest 99HTN ..kalau tak naya...kena post..gambo apa yang 'dimentekedarah' tadi...he...heee.....











Friday, 6 November 2009

Yee haaaa.....

Alhamdulillah..akhirnya dapat gak periuk yang dah lama diorder..Memang kena botoi la dengan keadaan den yang tengah berdiet ni....Pada yang nak tau periuk per yang sue order sampai ke hari ni baru dapek...bleh tgk sini yek!...Sebab dulu sue ada post n3 pasai periuk ni....Heee
Key...first menu..Errrrmmm..raso eh!..nak masak ayam bakar mayonis kot...
( hee..hee..kategori sihat ker ni yek!..blasah jo lah yo)
Ramai kawan2 blog cakap ayam ni sedap....Sue pun pernah bagi resepi ni pada kawan opis..Dia try..n cakap memang sedap...tapi sue gak yang tak pernah try lagi...
Kepada yang nak try..ni resepinya yo...(resepi asai bleh dapat kat sini)

Bahan-bahan ( untuk 2-3 orang )
8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara
Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
Okies!..selamat mencuba ya...


Thursday, 5 November 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari ni cukup 5 hari sue tak amik nasi..He..hee....yee..yee jer buat n3 mcm ni..cam ler join contest 99HTN tu...

Alhamdulliah..berjaya juga sue menangkis segala cobaan2 yang datang bagai mengada2 didepan mata selama 5 hari ni..(Huh!..jenuh jg tu)...Yo la...awal2 mola diet jer...kakak call ajak buat makan2....Buat juga ler ( tapi i still bleh bertahan...no nasi ya..) pastu dapat undangan jamuan makan malam dirumah kawan hb...layan jg la...amik skit2 jer..buat rasa ( tak mo kecikkan ati tuan umah..)..

Hope dapat berjaya teruskan diet ni sampai berjaya dapat berat target sue...Ok!..kepada teman2 yang masuk 99HTN..Good Luck ya..hari ni baru hari ke 5 ma...CHAIYOK!...




Saturday, 31 October 2009

Sokongan untuk peserta 99HTN

Salam..waaaa...sangat lama sebenarnya tak wat N3......Mood nak berblog tu macam suam2 kuku dah.....
Hari ni tergerak nak wat n3 sebab nak bagi support buat peserta2 99HTN.....Huuuu..ingat nak gak joint..Tapi...bila piki balik..bleh ker disiplin ni?...
Tapi tak per....orang lain start esok berjuang demi 99HTN..sue pun sebenarnya esok (1 Nov) akan start juga berdiet secara konsisten balik ( Cik Wa...esok kita dah start diet tau...chaiyok!..chaiyok!..)
Ermmmm....so malam ni dah kena plan ni....pe menu nak makan esok....Errmmm kena jenguk umah mia ina, ika, kak eynda, kak ieda n yg lein2 ni....C n P menu diorang.....Mereka ni antara org2 yg dah berjaya dengan diet diorang....Tabik spring pada diorang..he..hee
Key...pada yang nak tahu tentan cabaran 99HTN ni bleh ker umah Zel na...
And
CHAIYOK
kepada semua peserta 99HTN....

KLIK..KLIK AJO....

Nak tahu apa itu catcheye??


Klik klik




Jangan baca je...register kat situ terus hehe...rajin2 klik..klik....guna tenaga jari je nak register...

Ni ala-ala nuffnang la jugak...Sape2 nak cari duit lebih tunggu apa lagi kan....Jangan lupa...klik jangan tak



Meh! sign in sini






Monday, 19 October 2009

GRANADA JUS DARI GIFFARINE


KEISTIMEWAAN DELIMA

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiat yang terdapat dalam buku perubatan Iran purba adalah:

Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada normal
Membersihkan hati dan urethra
Memperkuatkan sistem penghadaman
Membuang lemak-lemak berlebihan
Meningkatkan tenaga
Mencegah ‘morning sickness’
Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
Mencantikkan dan mencerahkan kulit
Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
Boleh meghilangkan kahak
Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:

Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah,
mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu Menghalang pembentukan sel barah payudara.

DAN..UNTUK ITU MEMPERKENALKAN..JUS GRANADA YANG MEMPUNYAI PEL BAGAI KHASIAT....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kandungan: Jus Delima (Pomegranate Juice) 99.97%Vitamin C 0.03%No Added Sugar, No Preservatives Selamat untuk diambil oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu.


GRANADA 100% Jus Delima
(Pomegranate Juice)
KOD: 37319-06
Isipadu Bersih: 700ml


Sunday, 13 September 2009

Waaa...macam mana bleh terjebak ni

Sue pun tak tau macam mana bleh terjebak plak nak menjadi seorang peladang yang berjaya...but..sekarang ni tak banyak hasil tanaman yang ditanam...Tapi..mak aiiii....hajabnyer nak menunggu hasil tuaian....Nak beli benih plak..duit tak cukup...Wakh!..kah!..kah!..cam suspen jer kan!..




Haaa...ni lah dian ladang ku.....




Barn Buddy on Facebook...patut ler tengok ramai sgt yg dk cita pasai game ni...syok gak upanya...Tapi tu lah..kena banyak bersabo....Huuuu.....tak sabo nak tunggu menuai ni..lagi sejam lebih bleh kutip hasil lobak ni...Hak!..hak!..jangan penin yer.....Cam tak masuk akai jer....Sue..sue....


Daaaaaaa............



Making kuih raya n tragedi mesin jahitku

Hari ni kul 9 dah gerak pegi rumah along..sebab dah janji semalam hari ni kami adik beradik yang ada ni nak kumpul..gotong royong buat kuih raya n menjahit( hu..huu..baju ku belum jahit lagikkk...waaaaaa...)....


Sambil2 tu..sempat juga ucu snap beberapa pic masa sibuk2 membuat kuih tu...memang jenuh juga..maklum lah..anak2 nyer pun sibuk juga nak tolong..So...hasilnya, biar rupa tak bapa cantik..tapi rasa bior sedap okey...heee...hee...







Tengok la...kecohnyer keadaan masa tu..bersepah sana sini....


Tengok!..yang cinonet si auni ni pun sibuk nak kacau juga...



Ni ler hasilnyer...rupa sangat la tak menawan....heee..heee..tak bleh wat niaga kalau rupa macam ni...hak!..hak!....Tapi sangat happy sebab sama2 membuatnya.......




Sue stay sampai kul 3 jer...siap masak kuih dalam kul 2.30...pastu sambung menjahit plak...Bodek along tolong jahit separuh.......Siapkan langsir my bos..Huuu...tapi tak sempat siap juga..kul 3 hb dah sampai....Terpaksa sambung jahit kat rumah.....siannn..langsir simple jer..tapi lambat no siapnyer..macam ni ler kalau penyakit M tengah melanda....


Lepas berbuka tadi start sambung menjahit lagi..tapi tetiba plak..mesin buat hal..waaaa...nak kena servis lg la ni..ada 2 helai lg tak siap....Berenti menjahit...ni la ada masa nak update N3..hee..hee...
( Ni ler masalahnyer rupanya..memang nak kena ganti ni..jatuh bersepah getah dia...Tel along..dia cakap kena ganti rantai dia tu jer...sebab dah nak haus...)



Nasib baik jugalah....hb cakap beli langsir umah ni lepas raya jer.( sebab raya ni raya kat kampung ..tu pasai wat endah tak endah jer nak beli langsir umah sendiri..hee,,)..huuu...kalau tak naya jugalah...bila mesin jahit tengah buat hal ni....
Pas update n3 ni nak pg jalan2 sat jenguk umah adik2 n kakak blog yg lein..lama tak jalan...heeee...Daaaa.......Salam



Saturday, 12 September 2009

Kad Raya


Sangat nostalgia...sekarang ni susah sangat nak tgk orang kirim kad hari raya lagi..semua sbb adanya kemudahan teknologi yang canggih...Sekarang oarang lebih senang hantar ucapan melalui e-card, mms or sms....Ni first kad hari raya yang sue terima..Hu..huu...tu pun daripada Giffarine Company..h..huuu....


Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "