Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Meatball Ala IKEA ler Kunon

ASSALAMUALAIKUM..
Tajuk ia-ia jer sebut IKEA..Pergi Ikea pun tak pernah. Haaa ko..Jangan gelak ya. Sumpah! memang tak pernah pergi. Tengok selalu la. Lagi- lagi kalau balik kampung ikut jalan tu. Kompem lalu nampak Ikea tu... Sebut pulak Meatball ikea...Tipuuu..Rasa pun tak pernah. Tajuk ja lebih..Hahaha 

Dah lama duk asyik menggugel cara nak buat meatball sendiri..tapi tak juga terbuat- buat. Sampai la satu hari tu, nampak mek Jiya up gambo meatball dia..Hambekkkk..makin teringin dibuatnya. Kejam mek tu..Up lak time malam- malam. Laju ja pm dia juga nak kan resepi. Tapi dia just bagi resepi untuk gravynya ja...Tak terfikir pulak nak tanya dia macam mana dia buat meatball tu..hahahaa.. Tak pa lah. Tanya cik google ja la jawabnya. Siannn..Malas nak kaco tokey tu...Search punya search, resepi homemade meatball dari blog Mathari ni yang kuat daya penariknya.. Tenkiuuuu  (^_^)

Yang ni version digoreng..Hitam sikit.. :)
MEATBALL ALA IKEA

Resepi: Blog Mathari 

Bahan-bahannya:
250-300gm Daging Cincang

Bawang putih – optional je tak letak pun takpe (sue x letak)
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe (x letak juga)
1 sudu serbuk cili - ni sue tambah
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

* Sue buat dua version. Lepas kukus sekejap. Sue goreng sikit dan selebihnya sue bako sekejap dalam oven sebelum disimpan untuk buat stok. Akceli kalau nak buat stok tu just sekadar kukus kejap ja pun dah ok. Bila sejuk, pack elok-elok dalam tuperware dan simpan dalam peti sejuk.
Yang ni version dibako. Makan dengan brokoli dan kentang goreng membuatkan lupa diri sekejap..Hahahaa



Untuk Gravynya
Resepi 1 : Blog Mathari
Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
 
Resepi 2: Jiya @ Jiya Pengembala Kambing

Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar /holland 

2 sudu butter
1 cawan susu segar*
1 sudu kecil LEA & PERRIN*
1/2 kiub pati ayam*
1/2 sudu  sos tiram*
1 sudu yougurt* -  sue tak letak
1 keping cheese kraft
1 sudu lada hitam*
1 1/2 sudu tepung gandum campur dengan sikit air (untuk memekatkan kuah)

1 sudu kecil kicap (nak bg colour sikit) - Yg ni sue gatal tambah




Cara-caranya:

1. Caikan butter dan tumiskan bawang.
2. Kemudian masukkan
semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
3. Masukkan cheese dan kemudian masukkan bancuhan tepung gandum bagi memekatkan kuah. Siap.

 * Sebenarnya sukatan boleh ikut rasa lah ya. Sue pun masak main agak- agak ja sebenarnya. :)









RICE SALAD

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat petang semua... Hambek!..hari ni ja dah dua n3 naik..Ni kalo time mood rajin datang la ya. Kalau tak rajin nan hadonya lah. Senyap ja.

Kebetulan pagi- pagi lagi dah jalan- jalan cuci mata. Terus tertumpu pada dapo Ibundo. Tengok pulak menu diet kan..lagi lah laju ja..
Tapi sumpah..Memang sedap. Ni kira salad omputeh campuq melayu la. Kena lah dengan tekak melayu kan. I love salad. Dah!..Tak mo celoteh banyak-banyak. Jimat tenaga..Ekekeke..


Ibundo..Thanks berkongsi resepi ni.. Halal kan ya, sue copy pula masuk sini. (^_^). Tapi kannn..Hampunnn..sue dah ada derhakakan sikit resepi ni...Sue try tak nak mkn nasi sgt, tu yg kurangkan sukatan nasi tu. Agaknya kalau guna beras perang lagi best ni. . (^_^)...


RISE SALAD
Sumber: Resepiibundo
Resepi: Sue@suemiezi

Bahan- bahan ( untuk 1 atau 2 orang makan)

1 cawan nasi ~ sue guna 1/2 cawan ja
1/2 batang timun jepun didadu kasar
4 biji baby tomato dibelah 2 ~ letak dua biji ja
2 kelopak daun salad dipotong kasar
daun bawang dan celery dipotong pendek
1/2 batang cili merah dihiris ~ Guna satu biji terus
1 sudu besar minyak zaitun xtra virgin
1 sudu besar mayonis ~ Guna 1/2 sudu ja
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 Ketul tempura ayam (dihiris) ~ Haaa yg ni sue tambah ya.. :P

Cara:
- Masukkan minyak zaitun, mayonis ke dalam mangkuk.  Gaul dengan whisker.
- Tambah lada hitam, garam, jus lemon dan gaul rata.
- Masukkan parutan kulit lemon beserta timun, salad, daun bawang, celery, tomato, cili yang telah dipotong-potong.  Gaul rata.
- Masukkan nasi, gaul rata.


AYAM PANGGANG ROSEMARY LEMON

ASSALAMUALAIKUM..
Apa khabar semua.,.. Ada ka yang rindu. Maklum la i ni bukan glamer pon kan..Heee..Mula mengarut la dah tuu...Lama tak mengupdate...MALAS..Senang cerita..Tu la sebabnya pun..Heee.
Ok!..Tak mahu berceloteh panjang- panjang. Kasi cuci mata dulu lepas tu layan resepi pulak ya...



Sue letak resepi disini untuk rujukan diri sendiri... Korang boleh juga tengok kat dapur Ibundo, Kak Nor Ghanu dan Kak Noor Brunei ya..Heee Dua- dua nama kak nor..Ejaan ja lain. Resepi copy mulat-mulat dari dapo Kak Nor....

AYAM PANGGANG ROSEMARY LEMON
Sumber : Kak Nor, Kak Noor, Ibundo

Bahan- bahannya:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau ( ikut kak Noor. Letak lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang ( Sue tak letak)
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik - (sama...tp guna bb tomato)
6 biji baby carot
sedikit mentega - Lupa letak..hehehee
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah


Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Amacam!!.... Senang ja kan. Tak sempat nak buat sosnya. lapo punya pasal...Dua ketul dah selamat masuk perut. Pukul 10 malam..melantak lagi baki ayam seketul....Phengsannnn!!!!!... Diet la tu kunonnn... :P


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...