Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Graham Break-Aways



" />

Kubis masak lemak + Daging Goreng



Layan menu tengahari ni..Tuan belog letih mengemas..
Menu simple2 ja...Bahan2 apa yang ada dalam esbox ja...
Cadang petang ni nak berjimba2 ker Jusco..Hahahhaha..tengok mood la ya...



Corn Flakes + Granada

Assalamualikum..selamat pagi semua. Pagi ni nyaman sekali...Kesan2 rintik hujan malam tadi masih ada...Rumput yang basah membangkitkan bau alam yang membawa ketenangan di pagi ni. Syukur pada Allah sebab kita masih lagi di izinkan untuk hidup dimuka bumiNya ini.

Hahahhaha..sengal pepagi ni..Buang tebiat buat ayat jiwang2...Hehehhehe..nak buat macam mana terikut2 ayat novel la ni...


Okey!..layan menu bekfast sue pagi ni.. Corn Flakes + Granada@delima....Hahhahaha..diet la kunon. Nasi goreng ada gak..tapi tak mo bagi dia posing pagi ni. Manjang la nasi goreng ja yang posing. Sesekali bagi posing menu yang sihat2 skit...So u all bleh tau la..tuan belog ni betul diet...Hahhaha..sengal ja kan.

Selalu tengok Kak Rahimah makan macam ni..tu yang pagi ni teringin nak makan macam ni plak...Mana2 yang nak diet tu..boleh la jenguk2 rumah Kak Rahimah ya..

Key..jemput makan semua..sapa nak nasi goreng pi carik sendiri kat dapur ya..




Makin berseri

Hasil penyopingan hari ni. Sekali pandang terus terpikat...


Amacam?...Berseri2 kan?....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak tau mana nak letak...

.
.
.
.
.
.
Try posing dekat ruang tamu kedua...
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.
.
Try posing pulak kat kabinet dapur kering.

Waaahhhh...makin berseri2 la rumah i...Ya ka?...Hahhahahahaa..
Hope bunga ni dapat bertahan dalam rumah..Kalau tak, kena la letak kat luar rumah.


Gunung Merapi mula aktif

Salam semua..selamat pagi..Nyaman ja kan pagi ni. Pukul 5 pagi tadi hujan sangat lebat...Menggalakkan aktiviti menarik selimut menjadi2..hehhehe....Kita disini mungkin sedang lena dengan amannya..tapi bagi mereka di YOGYAKARTA..berjaga2..Subhanallah..fenomena yg mengerunkan..Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat la dengar MHI...dijangkan hampir 500 lebih mungkin terkorban setakat ini akibat daripada bencana tsunami yg dicetuskan oleh gegaran Gunung merapi. Dan mengikut apa yg dikatakan oleh wakil media tv3 disana..dalam jam 3 pagi tadi kelihatan api lahar sudah kelihatan..Isskhh!! seramnya..

___________________________________________________________________

Jurukunci bersemadi dalam kubur besar

BERSEMADI...orang ramai menghadiri pengebumian jurukunci.


YOGYAKARTA: Jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan, 83, bersama-sama 31 mangsa letusan Gunung Merapi dikebumikan dalam satu kubur besar di Tanah Perkuburan Srunen, Glagaharjo, kira-kira 7 kilometer dari Gunung Merapi, semalam.

Upacara berkenaan turut dihadiri Ketua Umum Parti Golkar, Abu Rizal Bakrie, selain ribuan penduduk.


Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Achmad, 26, mereka sangat menghormati lelaki terbabit kerana dia adalah juru kunci yang dilantik Sri Sultan Hamengkubuwono IX sejak 1982 bagi menjaga Gunung Merapi. “Sebagai jurukunci Gunung Merapi, penduduk setempat menganggap Mbah Maridjan sebagai seorang yang mempunyai ilmu tinggi.


“Malah, dia ternyata mempunyai keramat tersendiri kerana dianggap penduduk setempat mampu untuk mengawal Gunung Merapi dengan melakukan upacara untuk mengelak letusan seperti dilakukan pada 2006 ,” katanya.

~myMetro~

____________________________________________________________________

Korban jangkau 500

PAGAI UTARA (Indonesia): Angkat kematian akibat tsunami yang melanda pulau pendalaman Indonesia dijangka menjangkau 500 orang.

Sehingga semalam, 343 orang disahkan mati tetapi, kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib beratus-ratus penduduk yang masih hilang selepas ombak besar itu melanda Kepulauan Mentawai di pesisir pantai barat Sumatera Isnin lalu.


Pegawai bantuan berkata, banyak mayat ditemui bergelimpangan di kawasan pantai. “Sepuluh minit selepas gempa itu kami terdengar bunyi seperti letupan di luar. “Ketika itu baru kami sedari tsunami berlaku,” kata Chandra, suri rumah berusia 20 tahun ketika ditemui di Pagai Utara, satu daripada dua pulau paling teruk dilanda bencana itu.


Dalam keadaan bingung dan kepenatan, dia berusaha mencari bayinya berusia enam bulan yang hilang sejak kejadian itu.

Mayat suaminya sudah ditemui oleh jiran di kampung mereka di Muntei Baru.


Pegawai Pengurusan Bencana, Ferry Faisal berkata, 343 orang terbunuh dan 338 masih hilang.

Kapal membawa bantuan, termasuk makanan, air dan bekalan ubat serta beg mayat, tiba di Sikakap di Pulau Pagai Utara, semalam.


Bagaimanapun, beberapa bot yang turut membawa bekalan bantuan berdepan dengan cuaca buruk di sekitar kepulauan Mentawai yang mengambil masa setengah hari perjalanan dari pelabuhan di Padang, Sumatera. - AP



Setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya...

Kitchen gadget Part 2

Mari kita cuci mata lagi dengan pelbagai jenis Kitchen Gedjet..



Amacam!!!!..Geram tak tengok?..

Sultan mahmud + PGL + Tun Teja



Hai..lawak macam ni pun ada juga...Macam2 dia orang ni. Dah tak da keja la tu.




Rawatlah hati dan Biarlah YM berbicara

Akhirnya...

Pagi lg dah dapat buku ni...Ada kawan nak jual buku ni..Apa lg..cepat ja beli..sebab dari semalam lg memang dah niat nak membeli buku hari ni. Semalaman duk survei kedai online..sudahnya beli sendiri..pueh hati.

Ni pulak..hasil tangkapan tengaharinya...Kunun nak beli buku untuk buat hadiah buat kawan office yg last keja hari ni ja...Sudahnya..rembat 1 novel untuk diri sendiri..Lama dah nak dapatkan novel ni. Sebelum ni asyik la duk skodeng kat Penulisan2u.com ja.....Baca cerita online ni tak sama dengan kepuasan dapat memegang dan memiliki bukunya....betul tak?...
Untuk kakak off tu..buku apa?..biarlah rahsia..ekekkekee...



OMG..banyaknya buku...



OMG..rambang mata tengok banyakkkk buku2 dalam blog nih..Rinn Tisan..Sangat banyak....Sukanya....No..no..no...sue kena kurangkan skit perbelanjaan ke arah itu...

Sue ni bleh rambang mata tau kalau masuk kat bookstore...Memang 2 3 buku akan dirembat..Kalau tak dapat..majalah pun jadi la..Buat penyedap hati..huhuhuhu..

Alamak!..rasa macam nak pg bookstore la....iskh!!!!..cam gataiii ja dah tangan ni....


~ Gambo kredit to Google ~


Mutiara


Madah yang cukup manis...Boleh memberi motivasi kepada mereka2 yang patah hati..

"Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka karena orang-orang di sekitar kamu cobalah utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu.. “Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara.”


Kredit to dindaagustriyana

Gulai Nyonya


Menu simple malam ni..Gulai Nyonya redymade cap Alif....kena ubah suai skit la...Tak der la bulat2 pakai pes tu aja...


Rasa..not bad la..sedap juga...Jemput makan....



Kitchen gadget

Ni kes boring la ni..Masa dok merayau2 carik kedai online yg jual barang2 gadget daput..terju,pa la macam2 jenis gadjet..Moh layan antara Kitchen gadget ni yang pelik2....Tapi sangat cantik......




Tq..Cik Google..Cantik2 kan..Geram ja tengok. Ni baru skit ja ni....Macam2 jenis lagi..bersepah kat google tu..Tak larat nak mengcopy ja..ekekkekekek...pemaleh la tu...

Kek Vanila Cip



Projek malam ni..sama jugak buat makan sambil layan cerita Taubat Nasuha diTV3. Lebih esok..boleh bawak pergi office.

Kek yang simple..kira kek zaman dolu2 la ni. Saja bakar kasi hangit skit..Tang kerak tu yang sedap...



Bahan-bahan


* 1 1/2 cawan gula halus
* 1 1/2 cawan majerin - Sue guna buttercup
* 2 sudu besar susu pekat
* 2 sudu teh serbuk penaik
* 1 sudu teh esen vanila
* 5 biji telur gred A
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan coklat urai

Cara- cara
- Pukul telur dan majerin hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul rata.
- Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
- Diikuti te[ung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Gaul rata.
- kemudian masukkan coklat urai dan gaul hingga sebati.
- Masukkan kedalam loyang dan bakar.



New fabrik



New fabrik for new projek...Jangan angin M datang sudah..mau simpan balik la dalam lemari jawabnya. Dah sebulan lebih beli..tapi still tak buat apa2 lagi...

Beli kat KAMDAR...Ingat nak ubah rumah konsep vantage..Tapi cik hb tak suka...Pujuk punya pujuk..dapat juga ambik yang ni..Ni pun dapat yg paling murah..Semeter RM4 kalau tak silap. Alasan..Kunon nak buat cadar ja..Ekekekkeke..tapi tgk la..mana tau terjadi langsir lak...Cik hb nak cakap apa kan...Hehehehe..gelak jahat skit. heran..heran..apasal la dia tak minat konsep english stail ni kan...

Jeles ja tengok rumah kakak sue...Dia suri rumah sepenuh masa boleh la...Heee..kalau dia tengok la fabrik i ni..tentu dia jeles nih...Ni gambo ruang tamu rumah dia...Perabot simple...tapi dia kreatif...Macam2 dibuatnya. Fabrik yang digunakan tu murah ja tau. Fabrik murah tapi kalau pandai suai padan akan jadi cantik juga. Betul tak?...


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...