Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

~ Cinnamon Bubble Loaf ~


Assalamualaikum. .

Syukurrrrr. . Cukup rehat hari ni. Ekekekeee. . Mood bercuti, offcoz la cukup rehatnya kan.  Hari ni terlebih rajin sikit. . Main uli- uli ya. Heeee. . 

Sebenarnya. . masa duk skodeng dapur kkida 1001resepi,sue tergoda dgn roti dia tu. Tengok resepinya mudah saja. Tu yang tak fikir panjang terus ja masuk dapur. Alhamdulillah. .cukup bahan-bahan yg diperlukan. Ok. . Meh kita semak resepinya ya. Apa-apa pun, thanks tu Kakida yang share resepi roti/ kek ni ya. Senang banget membuatnya. . Kalau yang ada anak tu,elok la uli doh ni bersama.   Kompem best. .uli uli. . golek golek. . suka sangat la kan. . Hihihiiii. .

CINNAMON BUBBLE LOAF

Resepi :1001resepi

Bahan-bahan.

3 1/3 cawan tepung superfine blue key
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil baking pawder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar margerin @ butter (suhu bilik) - utk di uli bersama

2 sudu besar margerin @ butter - utk dicairkan & dicurah atas doh

Bahan liquid

1 biji telur (kacau sikit)
1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan salutan.

1 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar gula putih

* dicampur dlm bekas lain. Ni utk salutan atas doh nnti.

Bahan Icing:

1/2 cawan gula icing
2 sudu kecil air.
Perahan lemon sikit


Cara- cara:

- Campurkan semua bahan * dan ayak dalam mangkuk besar.
- masukkan margerin@ butter dan gaul rata dalam tepung.
- Tuangkan bahan liquid ke dalam campuran tepung tadi dan gaul hingga menjadi doh.
- Bulat-bulatkan doh sebesar 1" dan golekkan ke dalam bahan salutan.
- Susun dalam baking pan yang telah di gris. Susun sampai habis.
- Jika bahan salutan tadi ada lebih. Taburkan bakinya atas doh yg telah siap disusun tadi.
- Cairkan 2 sudu besar butter @ margerin dan siramkan rata ke atas doh.
- Bakar dalam preheated oven selama 25 ke  30 minit pada suhu 180c.
- Bila dah masak. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Curahkan icingnya ke atas roti/ kek tadi.


Heheheee. . Siap. Ntah korang paham ke tidak ya. Kalau nak senang, pi masuk dapur kkida ya. Kat situ siap ada gambo lagi.  (^_^)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Cendawan Goreng Rangup



Assalamualaikum. .

Masih macam semalam. . Tema yang crispy-crispy juga. . Ngeeee.  Sue still gunakan resepi gorengan untuk buat Ayam Goreng Butter Kak Melley untuk goreng cendawan ni. Dan. . .hasilnya memang mubless. . Heee. . Sedap.  Cuma kannn. . Sue ada ubah sikit- sikit bahannya. Guna bahan yang ad kat dapur. .   Ngeee. .

Sumber: Kak Melley Mei @Diana ~skyblue's kicthen
Resepi: suemiezi

Bahan- bahan.

Cendawan ~sue guna sepeket.
1 biji telur
1 tsp pati ayam tumix ( sue gn 1 kiub pati ayam maggie )
1/2 tbp lada putih
1/2 tsp lada hitam
1 tbp gula (sue letak sikit ja)
1 tsp tepung jagung
Garam secukup rasa.
Sediakan tepung jagung secukupnya juga untuk gorengan.

Cara- cara.

- Perapkan cendawan dengan semua bahan- bahan perapan. Biarkan sekejap.
- Panaskan minyak. Ambil cendawan yang dah diperap tadi dan ratakan denagan tepung jagung. Gorengkan sampai keperangan. Angkat dan sedia untuk  dimakan.

Macam semalam. . Sue makan cendawan ni macam tu saja. Sedap makan panas-panas tau. Ok!. . Selamat menjamu selera. (^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Crispy Butter Chicken

Tengahari semua. . Hari ni tema masakan semua yg crispy-crispy ya. . Hahahahaaa. . Ni adalah penangan Love la ni. . Tak tertahan- tahan bila tengok  menu ni tadi kat wall fb dia. Lepas tu. . Kak Mas pun tayang juga. . Bila di skodeng- skodeng, rupanya Kak Nor dan Kak Ct pun dah try rupanya.


Resepi asal adalah dari dapur Kak Melley @ Diana yg comei itu. Sapa nak resepi. . Pi skodeng rumah dia orang ya. Kat sini, nanti- nanti sue letak. Resepi kena letak juga sebagai rujukan sue di masa akan datang.


Ok. .jemput makan semua. Tapi jangan mintak nasi ya. Sue makan ayam ni macam tu saja. Almaklum la, kat rumah ni jarangggg masak nasi. . Heeeee. . Ok. Sue nak rehat-rehat sambil tengok tb. Daaaa. . (^_^).


Published with Blogger-droid v2.0.4

Crispy Fried (Tuna) Bread


Assalamualaikum. . (^_^).

Morning. . .jang terkejut pagi-pagi isnin sue buleh update blog dengan gambo food ya. . Hihihihiii. . Sue cuti hari ni. . .seminggu okey. Syokkkk. . .

Dah! Tak mo menceceh panjang2 pepagi ni. Sila lah jamu mata ya dengan menu bfast sue pagi ni. Bfast pagi ni terhasil setelah menyelongkar dapur  Kak Noorsha. . . So, kalau nak resepi. . .sila lah pi ke rumah Kak Noorsha ya.

(^_^) Selamat menjamu selera.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tang Yuen Glutinous Rise Ball


Cak! Bersiaran kembali. . (^_^). Rajin beno la pulak sue masak hari ni kan. . Heheheheee.  

Memasak adalah salah satu terapi juga untuk sue. Agak-agak stress. .baik masuk dapur. Selain terapi untuk diri, secara tak langsung dapat cuba resepi baru. Orang lain tak tau la kan. Membizikan diri dengan aktiviti macam ni bagus tau. .

Ok! Sue dah lama skodeng menu ni dekat dapur Kak Melley @ Diana, skyblue's kitchen tu. Sesekali tuko selera dengan pemanis mulut macam ni ok juga kan. Thank's Kak Melley yg comei. Suka tengok anak dia yang bolat comei tu. .

Kak Melley, sue mintak izin share resepi ya. Senang untuk rujukan sue nanti. Kalau nak tengok version yang comei/ cun, boleh pi terjah dapur Kak Melley @Diana ya.

Resepi ~ Melley Mey @ Diana, skyblue's kitchen.

Bahan A

Tepung pulut
Air secukupnya
Inti ikut masing2 - sue guna inti kacang merah
Pewarna merah,kuning,hijau or ikut suka

Bahan B

Halia (hiris nipis), daun pandan, air, garam

Cara-cara

- Sediakan 2 periuk dan isikan air yang banyak. 1 periuk tanbahkan halia dan garam. 1 periuk lagi bubuh gula dan daun pandan (yg ni didihkan dan lepas tu tutup api).
- Tepung pulut dibancuh dengan air sedikit demi sedikit hingga boleh dibulatkan.
- Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut warna kegemaran ya.
- Ambil sedikit. Letak inti dan bulatkan.
- Masukkan dalam periuk berisi halia tadi.
- Setelah timbul. Kaut dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air gula tadi.
- Ok! Siap.

Senang saja kan. (^_^) Jemput menjamu mata lagi ya. . Heeee. . 

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kuih ketayap


Assalamualaikum.

Morning semua. . .pagi ni rasa segar ja. Maklum la malam tadi hujan kan. So,cuaca pagi ni sangat menyegarkan.

Pagi ni sue bfast dengan kuih ketayap ja. Teringin nak makan kuih ketayap hasil dari tangan sendiri. Kalau ikutkan,stakat nak makan berdua saja. .baik beli kan. Tak payah bersusah payah nak membuat. Tapi tu lah. . .bila buat sendiri ni,kepuasannya tu lain macam sikit.

Ok lah. . Layan ja kuih ketayap sue yg tak berapa cun tu ya. Resepi malas nak taip. Nanti2 kalau rajin bukak laptop,sue update ya. Alaaa. . Bukan susah pun. . .rasanya semua dah tau macam mana nak buat kuih ni. Buleh juga tengok kuih ketayap Kak Hanieliza kat SINI ya. Sue pun guna resepi Kak Hanieliza tu. Thanks Kak Hanieliza.

Key semua. . . . Jemput sarapan sama-sama. And selamat berhujung minggu. (^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pancake


Assalamualaikum. .  Morning semua.

Sabtu sudah. . . Mula hari ni, sue akan mula bercuti panjang. .  Aktiviti hari ni adalah. . Follow cik hb pergi kenduri kawen rumah kawan dia dekat Raub. So, semua keja kena settle awal2 pagi.

So. . Pagi ni sue just sempat buat Pancake simple saja. Cepat, senang dan sedap. Ok. . .tak mo menceceh panjang2. Sue tak bersiap lagi ni. . .baju pun belum iron lagi. .ngeeee.

Resepi.

Bahan-bahan

1 biji telur
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung kek
1 sdm gula
1 sdt baking pauder
3 sdm butter/ margerin
1 cwn susu segar
1 sdt esen vanila

Cara-cara.

-sue blander jer semua bahan2 tu. Panaskan kuali nonstic. Tuangkan sesenduk. Biarkan hingga masak.
- hidangkan dgn madu or butter.

Ok. . Tu resepi sue lupa guna sapa punya. Nanti2 sue update lagi ya.  Key. . Daaaa.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Assalamualaikum....Muhasabah diri sendiri

Assalamualaikum.
Selamat pagi dan salam jumaat semua. Pagi ni, sue nak muhasabah diri sendiri.
Sebagai manusia kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga sue.....sebagai manusia kita sering diuji dengan pelbagai dugaan. Untuk menghadapi semua dugaan tu, sifat KESABARAN itu paling penting. 
Ya, sue mengaku.....lately ni sue selalu kurang sabar. Tak dapat control kemarahan sendiri kadang-kadang hingga boleh mengeluarkan kata- kata yang  pedas juga. Dulu, kalau sue marah...sue akan berdiam diri sahaja sehingga semua perasaan tu hilang, baru sue bercakap or layan orang. But now, sue kadang-kadang melepas juga. Mana la pi semua sifat kesabaran sue agaknya. Sue tau, kemarahan tu kalau tak dikawal akan memburukkan keadaan.Tapi tu lah..kita tak boleh lari dari mempunyai perasaan tu. Susah nak kawal.

Kita mungkin tidak boleh menjadi terbaik untuk orang lain, tapi cukuplah menjadi terbaik untuk diri sendiri. Selalulah untuk muhasabah diri. Jangan malu untuk mengaku kesilapan kerana kita ni hanyalah insan kerdil di dunia ini. 

Pagi ni sue share sama-sama doa ini. Doa untuk menjadi orang yang sabar. Semoga kita akan menjadi orang yang lebih SABAR. And selain daripada tu, kalau rasa nak marah or rasa tak boleh kawal perasaan..banyak-bayak kan lah beristiqfar dan berzikir. Insyaallah, kita dapat mengawal semula emosi kita.
Ok..tu saja sue nak share pagi ni. Ingat kawan-kawan...Jangan malu....Sentiasalah muhasabah diri.

p/s : Thank's to Resepi Rahsiaku yang selalu berkongsi ilmu.

"Subway diet".

Picture from Google
Bulan  ni saja sudah 2 kali makan sandwich subway. And hari jumaat hari tu, tak  take away, tapi pi makan kat sana. Tempat biasa la kat  Subway VIVA Home Mall, Jalan Loke Yew. Masa duk tunggu Azwa pi order menu, sue baca la pamplet menu sunway tu.

Selain daripada menu dia yang pelbagai tu..Ada satu yang betul-betul buat sue tertarik.  Sesorang telah KURUS dengan hanya memakan sandwich subway  sebagai menu diet dia . "Subway diet". Pehhh!!!!...lost weight 107 kg tu, dari 200kg ke 90 kg. Banyak tu kan. Teruja ja tengok gambo dia terkini. Sapakah orangnya itu?..Orang itu adalah 'Jared Fogel'. baca SINI ya kalau nak tau cerita lebih lanjut pasal "Subway diet" dan kejayaan beliau. 

Kalau tengok balik...Boleh jadi betul juga "Subway diet" tu, sebab kalau tengok pada menu dia, sandwich subway  ni  yang paling tinggi pun kalorinya iaitu 290.2  saja.  Tapi Ingat.. sandwich  saja ya.  kalau jam-jam tu makan sanwich dia plus dengan air bikarbonat ka or ada menu-menu sampingan lain, tentu la banyak kalorinya kan..Heeee

Ok!..meh kita tengok berapa  kandungan kalori dalam  setiap menu sandwich subway tu. 

Untuk  6” Regular

Chicken slice  - 284 kalori/ 3.6g Fat

Roasted Chicken – 289 kalori/ 2.0g Fat

Roasted Beef – 314 kalori/ 4.9g fat

Subway Club – 340 kalori/ 4.8g Fat

Turkey Breast – 276 kalori/ 2.0g Fat

Turkey Breast & Chicken Slice – 290.2 kalori/ 2.9g Fat

Chicken Teriyaki – 340 kalori/ 2.4g Fat

Veggie Delite – 213 kalori/ 1.2g Fat


Picture from Google

Ni la  "Jared Fogel" tu. Tengok la seluar dia pakai dulu dengan sekarang. Heeeee....Jauh bezanya kan. Ok semua..itu saja maklumat yang sue nak share hari ni. Sharing is caring kan. Ada sikit-sikit ilmu pengetahuan kita tahu, kita share sama-sama untuk dapat manfaat bersama..Ngeeee








    

N3 pemanas diwaktu petang yang panas (^_^)

Assalamualaikum.

Selamat petang and selamat bersantai. Hari ni last nak bermalas-malasan ya. Esok jangan pulak ada yang buat-buat lupa nak pergi kerja. Pada yang masih lagi bercuti tu ok la. Boleh sambung tido balik, tak payah nak fikir-fikir nak bersesak  di jalan pergi kerja. Sue esok kerja,tak ada ambik cuti tambahan pun. Sayang cuti. . Heheheheee.


Saja update n3 di petang-petang hari ni. N3 pemanas saja. Ngeeee. Sue hari ni duduk rumah saja,tak pergi jalan-jalan pun. Betul-betul nak bermalas-malasan. Empat hari cuti, dua hari duduk kampung dah cukup la nak bagi refresh balik diri.


Ok. . Pada yang masih lagi bercuti tu. Gunakan cuti yang ada tu dengan bermanfaat. And. . .hope bergembira dengan familly tersayang.


Yang nak kerja esok. .  Meh jont sue,kita releks2 sambil makan buah limau ya. . Hihihihii. . . ~ mood CNY ~


Published with Blogger-droid v2.0.3

Puding Cheese


Assalamualaikum. . . Selamat bercuti semua. Banyak masa duduk rumah makanya banyak makan la.  Erk!.   Ya ka. .heehehehee. .

Layan puding cheese sue yang tak berapa menjadi ni. Ni kali kedua buat. Tp still tak memuaskan hati juga,tp nasib la rasanya memang sedap. So sikit sebanyak dapat menutup kekurangan hasil kejadiaannya. Ngeeeeee. .

Resepi boleh dapatkan dari rumah Kak Nor ya kalau nak. Resepi asal daripada Alongros. .  Nak tunggu sue letak sini. . Nanti2 lah ya. Pakai tab ni susah nak update resepi. Menaip pun manjang ja salah.  Heheheheee. .

Key u all. . Selamat minum petang and selamat menjamu selera.

Oh! Ya. . Happy Chineese New Year. . 

Published with Blogger-droid v2.0.3

Udang & Vit C


Just nak share info ni. Sumber daripada Majalah Rapi Bil. 180 keluaran 15 Januati 2012.

Terutama bagi mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin c sebagai supliment.  Jangan makan udang setelah mengambil vitamin c kerana ia akan menyebabkan keracunan kesan dari racun Arsenik yang terhasil daripada proses reaksi udang dan vitamin c di dalam tubuh badan. Kesannya amat membahayakan.

And sue juga ada terbaca yang kesannya boleh membawa kepada kematian. So.....kira macam silent killer juga la ni. . . Menakutkan kan. .  So, sama-sama saling beringat la ya. Mana ibu bapa yang ada bagi anak-anak vitamin c, kena make sure la yang lepas tu mereka tak dijamu or menjamah sumber makanan yang mengandungi udang. Ok. . . Sharing is caring.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Iklan yang menyedihkan


Sue terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan bila tengok video ni. Sedih tau. Sentuhan terakhir seorang anak bersana bapanya. . And cuba hayati mesej yg cuba disampaikan.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Mee Maggie cepat dimasak . . . .

Assalamualaikum. . . Selamat petang semua. Post n3 di petang hari. . .  Perut kenyang mau buat apa lagi. Duk la melepak depan tv. Kikikikikiiiii. . 

Wokei. . Ni menu magic petang ni. Maggie ni memang menu penyelamat and cepat untuk jamu cik hb. Kalau ikut sue,no maggie- maggie ya. Tp nak buat macam mana. . Dah dia yg duk beli stok meggie ni. Suka sangat makan maggie ya bang oiii. . .


Baru cadang tak mo masak. . Sebab tengok tadi dia dah makan banyak  roti pizza yang sue beli dekat  kedai kek tadi. Rupanya tidak.. .  Sampai ja depan pintu,dia dah request masak maggie. .  Huuuaaa.    Lapooo lagi ya banggg.   Heeee


Paling malas,stail masak maggie rendam air panas ja. Tapi jarang la sue buat macam tu. .tu kalau time dia meroyan mintak maggie memalam buta ja tu. Ngeeeee. . .


Ni stail sue masak maggie. . Simple tapi sedap. . . Ingat apa hb cakap. ."maggie ayg masak lagi sedap dari mamak" . . Offcoz laa bang oiiii.    Tengok tangan laaaa.   Hahahaaa. . Terpuji diri sendiri pulak. .ngeeeee


MEE MAGGIE SIMPLE VERSION 1


Bahan-bahan

1 bungkus maggie kari

1 biji bawang putih*

1 biji bawang putih*

1 biji telur

Sayur(apa2 saja ikut suka)

1 cili besar

Susu krimer ( agak2 saja ikut suka. Sue pakai sudu ideal)

Air


Cara-cara

- tumiskan bawang dulu. Kemudian tumiskan perencah maggie kari tu sampai naik bau.

- masuk kan air. Bila dah menggelegak,masukkan maggie dan susu krimer. Kemudian masukkan mee maggie dan sayur2an. Pecahkan telur. Biarkan sampai mee maggie cukup kembang.Siap.

- hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng dan cili besar.


Ok! Siap untuk dimakan. . "MEE MAGGIE, CEPAT DIMASAK SEDAP DI MAKAN". . Jemput makan ya. .


Published with Blogger-droid v2.0.3

Mee Goreng Ala Mamak ker Ala Campak..(^___^)

ASSALAMUALAIKUM.
Dah petang baru nak update N3. Dah tak ada bahan nak update apa. Nasib la boleh cerita fasal makanan. Makanya, tu ja la bahan yg ada untuk update pun.
Pagi ni bfast buat Mee Goreng ala mamak. Kunun pagi ni just nak makan roti ja. Tapi semalam ada plak makyong kak opis yg request nak makan mee gorang buatan tangan sue. Peh!..bunyik macam best sangat ja sue masak kan…hehehe. So, hari ni ada la bahan nak update N3..walaupun just sekadar Mee Goreng…Tetap juga nak post..ngeeee…
Nak buat macam mana, hari ni sue pergi opis lagi..petang pulak terus pi rumah Kak Long. Malam dia ada buat kenduri sikit. So..dah tentu-tentu sue tak masak lagi dah balik nanti. 


Ok..Layan Mee Gorang Ala mamak ni ya. Resepi kalau nak korang boleh la ambik Kat rumah CIK MAT GEBU ya. Lebih kurang ja sue buat pun…Tp cik mat punya lebih sempurna la..sebab banyak bahan-bahannya. Sue punya main campak-campak ja and gunakan bahan pun apa yang ada saja.
Daa..Selamat Minum Petang ya..(Sebab dah petang dah ni..Ngee)

Saya insaf. .

Assaalamualaikum. .  Salam pagi jumaat. Sukaaa. . Sebab dah jumaat. .heeee.


Tajuk n3 tak boleh blah ja kan. Sebenarnyaaa.   bukan apa. . .my kain sudah mula ketatttt. . Huaaaaa. . 


Dah tak mo cakap apa. . Makanya hari ni,sue just makan ni ja. . 

Ok! Nak cakap tu ja. .  Daaaaa. . .    :P


Published with Blogger-droid v2.0.3

Kek Lapis Cheese Persona

ASSALAMUALAIKUM.

Dah berhari-hari duk la teringin nak merasa Kek ni. Terliur tangok Kak Nor post pasal kek ni. Elok la pulak tu kek  tu posing dalam N3 Kak Nor..hahahahaa..  Dah macam berhantu pulak. Memanggil-manggil, suruh sue membuatnya.

Elok pulak dengan semangat nak makan tu, payah beno la pulak nak dapatkan cream cheese. Pi Jusco tak da, Mymydin tak da, TESCO pun tak da…kalau kedai kecik-kecik, lagi la tak ada… Dah rasa macam duduk kampung la pulak. Susah sangat nak dapatkan stok cheese. :P
Akhirnya, kirim kat Wa suh beli kat Giant…Huuuu..seksa betul la kan.


Dah memang tak penyabor kan. Dalam resepi dah kata sejuk kan 6 jam…Yang sue ni plak, duk la ulang-alik..ulang alik buka es box..hahahhahaa..sudahnya, sue pindahkan ja letak dalam pembeku terus sat. Agak-agak dah keras skit, terus ja potong. Lega..dapat rasa 1 slice pun jadi la. Takut kempunan..terbawa-bawa mengigau kang..Bak kata Kak Nor la..Takut mengigao potong kek ja..wahahahahaha
Suka lelemak sue malam tadi..dapat xtra lemak tambahan untuk diraikan…Huuu…kelauttt dahhh diet nih..:P
Ok..meh layan resepi yang mana sue ambik dari rumah kakak ku yang rajin tu.

Kek Lapis Cheese Persona
Resepi Asal: Ryo@Ryoazhar
Resepi Asal: Kak Nor@ Secubitgaramnor67
 
Bahan : A (Loyang saiz 9x9 - CT guna 8x8)
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 gm - ryo guna jenama LEE. (CT juga guna jemana LEE perasa coklat).
500 ml susu segar, dipanaskan


Bahan : B
500 gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara-cara :
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
3. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
4. Panaskan susu segar, padamkan api.
5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
6. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
7. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2 kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
8. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


Beginilah kejadiannya...huhuhuu..sue buat tak comei, tp rasanya sedapppp


pankek doyan aka cok bantal doyan


Assalamualaikum. .

Walau sue huru hara skit rini kat office. .  Nak juga update status. .  Hahahahaha. 

Sedapnya benda alah ni. . .  dapat gak merasa, . .  walaupun bukan dari hasil air tangan sendiri. Thanks la pada Azwa sebab bagi sue rasa. Kami berkobar sama-sama nak buatnya.. . duk skodeng rumah jiya and my resepi sama-sama. .  .tp nampaknya dia juga yg berjaya dulu membuatnya. . Ngeeeee. Bagus. . Bagus.


Wa bagi 4 ketui. .  Sue simpan,nak hadap sorang ja. . Satu yg terburai tu sue dah makan. . .  Wahahahaha. . Dasar tamak kan. . .

Emmmmm.  Yummmyyyyy. . Jemput semua. .  Tengok ja la ya,  :p



Resepi : Jiya 


Bahan-bahan :

Kulit Pancake
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan
  • ½ sdt garam
  • pewarna hijau

Bahan Inti

  • whipping cream + gula (manis ikut citarasa memasing)
  • isi durian

Cara membuat :


Kulit

  1. Blend semua bahan.
  2. Buat dadar nipis²

Inti

  1. Pukul whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar

Pancake Durian

  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream.
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.



Published with Blogger-droid v2.0.3

Hujung minggu yg pendek. . .

Assalamualaikum. . .

Hujung minggu yg pendek. . Sebab apa? Sebab,cepat benar rasanya masa berlalu. Esok dah keja balik, dah nak masuk 8 haribulan januari. Sangat pantas masa berlalu kan.


Hari ni satu hari duduk rumah. . Bermalas2an. . .bukan selalu dapat duduk rehat2 macam ni.


Hari ni just sediakan Mee Rebus Muar ADAMI ja. .  Seperti biasa. . Sue buat banyak skit.. .. . Pakej kan sekali ja. . Heeeee.


Bukan tak mo masak nasi, tp dah jadi macam kebiasaan pulak dah sekarang ni. .  Kami makan benda yg simple2 ja. Kalau masak nasi,kompen lauk tak abis. .  Penuh la peti ais dengan lauk macam2.


Ok. . Layan gambo ya. . Resepi tak payah letak la. .sebab sue pakai yg segera ja. . just ubah suai sikit2 ja ikut selera tekak sue.

Ok. .  Daaaaaaaa. .  Selamat berhujung minggu semua. (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tak dak mood. . . mee goreng sempoi



Assalamualaikum. . .morning semua.

Sekejap ja . . . tau tau ja dah dah 7 haribulan. Cepat betul masa berlalu kan. 

Malam tadi tido tak berapa lena. . Sebab tak dapat makan kek lapis cheese persona kan. .    hahahaha. . Bohong ja, panas sebenarnya. Gelisah ja tidonya. . .

Dah. . .tak mo asyik melalut pasal kek tu. Tak pa petang ni bleh buat.

Pagi ni sue rajin sikit. . .bangkit awai. Subuh buta dah duk berkemas laman n siap2 siram bunga.


Dah kata rajin kannn. . .so, pg ni bekfast. . . Sue buat mee goreng. Masak berat. . Boleh pakej kan sampai ke tengahari. . Hahahah. .dasar pemalas laguu tu laa .:p


Jemput bekfast semua. . .sue nak siap2 ni. Nak pi opis. . .Daaaaaa


Published with Blogger-droid v2.0.2

Kek lapis pesona?

Ini memang tak boleh dimaafkan. Sapa yang patut disalahkan ni?

Huuuuuaaaaaa. . . Mau nangis rasanya. Ia-ia berangan esok dapat makan kek lapis persona yang di idam-idamkan. Duk laaa. .terliur tengok kek ni kat rumah Kak Nor. .   Dengan gigihnya sue masuk dapur time malam-malam ni tau. .  Sudahnyaaaaa. . .apa sudah jadiiii. .  Huuuuuaaas


Elok-elok dah letak dalam bekas. . .  Whattttt? ? . .  butter?  Huuuaaaaaaa. . . Silap capai laaaaa. .  Macam mana boleh silap ambik ni. 


Biasa sue akan ambik cheese philedapia. . .tapi tadi brand tu tak da. . So, sebab yang ado hanyalah brand tartura. Ambik juga la. Bukan senang tau nak tengok sue bersemangat macam ni .ekekekekee


Makanya. . .junuh duk menung jap. Fikir apa nak buat dengan butter ni, . . Dah bukak kan. . . Duk menung ja lama. . Akhirnya. . .Sebab dah lewat, makanya sue simpan balik dalam peti la. . .tak kose sue nak mengukus or membako memalam buta ni. Ngantuk nak tunggu. . .ngeeeee


Nasib sue tak mengidam. .  Kalo dak malam ni juga sue suruh hb pi beli cream cheese baru. . Hahahaha. . .

Ok!.  .pesanan tuk kawan-kawan, kalau pi beli barang tu. Sila lah fokus ya. . .jangan asyik duk berangan macam-macam. Nanti mtah apa-apa yang korang beli.


P-s: ni kalo cik hb tau. . .haruuu, kompem dia perli habis. Tau dah dia nak cakap apa. . ."lein kali bp kali dah duk pesan,kalo nak pi beli barang. . .tolong buat list ya".  Skang sapa susah. . .sendiri mau ingat la ya. . Ngeeeee (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Final masterchef

Ezani. . Memang dah dijangka akan ke final. Cuma target partner ezani tu ja yg tak menjadi.  Hahaha. .over pulak ya. .  sue target zamir or amita. .  Tapi tuah lebih menyebelahi wahidan.

Apa2 pun tahniah pada mereka berdua yg sampai ke final. Ingat senang ke weiii nak sampai ke tahap tu. . 

Ok!. . .moh kita tido. .  Tunggu pulak nanti,sp yg akan menang ya.

Daaa. . 


P/s: i ni cukup la jd masterchef di rmh sendiri saja. . . Kurang2 hb kata i masak meggie lg sedap dr mamak. . . Tengokkk. . . Tu baru masak meggie. . .blum yg lain lagiii. . . Hahahah. . . Sengal. .

:p


Published with Blogger-droid v2.0.2

Membaca tu tak rugi. . .

Assalamualaikum. . .

Rehar-rehat tangahari,sue ambik peluang membaca buku ni sikit. Tengok tajuk pun dah best. . Tentu pengisiannya tu bagus. " Quranic L ow of Attraction".. .   Serlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran.( Ruadin S. Rauf).


Lately ni sue memang bz. .   Balik rumah ja terus nak bumm ja tiduq. .   Nak membaca tu dah tak sempat la. .  Biasa tu, sue akan belek-belek majalah ka.   Baca buku sikit-sikit sebelum tido. .  Saja nak bagi mata cepat layu. .  And kalo lagi nak cepat layu mata , sila la baca buku-buku agama ya. . .hahahahahaa,teruk betul la kan. . :p.


Key!. . Meh nak share sikit pengisian buku ni. Apa yg ingin disampaikan melalui buku ni adalah bagaimana doa dapat menyerlahkan kuasa tarikan luar biasa dalam mencapai kecemerlangam dalam kerjaya. .  Pembuktian solat dalam melahirkan kuasa tarikan secara optimum dan apa maksud quranic low of attraction tu sendiri. .  


Ok tu saja sue nak share tengahari ni. . . Mau sambung baca balik.

Daaaaa. . (^_^).


Published with Blogger-droid v2.0.2

Testting. . .

Kunun dah ada galaxy tab ni senang la nak berblogging. . .tp payah juga rupanya. Kalau nak update terpaksa gunakan mode edit HTML. . .compose tak boleh digunakan sebab bila klik ja soft keyboard tu langsung tak muncul2. .   lagi haru. . Terkedik2 nak menaip. . .


Lagi satu. . Bila nak up gambo asyik tak boleh ja. .  manjang ja errer. .   Dah la sue ni memang buta skit bab2 macam ni.


Pagi ni sue try google. . Cari maklumat macam mana nak settlekan problem  ni.  Akhirnya jumpa aplikasi blog droid ni. Tapi stakat ni tak tau sejauh mana ia boleh membantu aka memudahkan sue berblogging. . 


Ada sapa2 bleh bantu sue tak. .  ker ada aplikasi lain yg lagi mudah yg sue tak tau. . .


P/s: guna blog droid ni. . Mcm mana nak post yee. .   Tak kan kena masuk draft dulu baru bleh view. . . Huhuhuhu. . .


Published with Blogger-droid v2.0.2

isnin yg jemmmm

Assalamualaikum. . .

Morning semua. . . Pg ni mood sikit tension. Why? Jalan jem gila. . Mula la balik rutin harian yg membosankan. Pagi2 berebut2 nak pi keja. . Sana sini tak ada jln yg tak sesak. . 


Tgk status memasing tension dgn jem pg ni. . . Nasib sue sikit bertuah sebab due bukan driver. .tp just co pilot ja. . Hehehehe. . Kalo dak memang lg meroyan jawabnya.


Ok. .nak update tu ja.. .


P/s: nak test blogging gn blog adroid ja.. Sbnrnya . .ngeeeeee


Published with Blogger-droid v2.0.2

Happy new year all

Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah banyak-banyak kepada Allah kerana kita semua masih lagi dapat merasai hidup hingga ke hari. .

N3 kali ni sue tak nak betceloteh panjang-panjang pun. . . Just nak wish Happy New Year ja pada u all semua.

Lately ni sue memang sangat bz. . . . Nak bukak blog pun tak sempat, apa lagi nak taip n3.
Syukur juga lah ada gadget baru ni. . . Thank's tu my hb sebab belikan gadget baru ni tuk sue . .So,sambil-sambil buat kerja tu boleh juga jenguk-jenguk blog korang. . . Bleh biol weh kalau asyik ngadap keja ja. . .Heeee. Tapi sorry la ya. . . N3 tak bergambar saja la jawabnya. Sampai la ni sue tak tau kenapa tak boleh nak up gambo dalam blog. . . Huhuhuhuhuuu. .

Key!sue stop dulu. . Ngeee ni dah lebih-lebih dah mencecehnya ni. . Dah!. . Sue stop dulu.

SELAMAT TAHUN BARU. . . .(^_^)



" />

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...