Sup Tulang

Hasil daripada korban raya pertama...Tu pun buat 3 ketul ja..Ada lagi baki dalam esbox...Esok kena pikir apa lagi nak dibuat dengan tulang2 tu..Menu lewat tengahari tadi..

Baru tau..susahnya nak mengahasilkan resepi..mana taknya..masak adalah main campak2 ja...Bila nak menulis resepi..Jenuh duk mengingat..Pandai2lah agak2 rasanya..Bahan2 asas adalah tetap sama.

BAHAN-BAHANNYA
tulang lembu
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 inci halia
6 ulas bawangputih*
7 ulas bawang merah*
lada hitam@ putih*
1 camca besar penuh biji ketumbar*
3 camca teh jintan kasar*
3 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
daun ketumbar, potong kasar2
1 batang salery
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup dan bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga bersama bahan2 kisar halus dan juga daun ketumbar.
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan masukkan batang salery.
  3. Kecilkan api dan renih hingga daging lembut.
  4. Siap..taburkan bawang goreng dan daun sup.



Jemput hirup ya..ada lagi atas dapur tu..Heeee



1 comment:

fzi said...

Salam sue...
Mmmm bestnyer sup tulang....:))
Banyak dapat tulang dan daging kurban ya sue...

Blueberry Banana Greek Yogurt Pancake

Kemain panjang namanya..Benda sama saja..Pancake a.k.a lempeng comei gitu. hehehe. Idea dari pinterest gitu. Kalau dah bukak pinterest ...