Hobi pelik berek polis
SEREMBAN: “Saya amat bersyukur kerana tiada sesiapa cedera,” kata R Tilagavathi, 50, yang terkejut selepas mendapati kereta suaminya rosak dihempap sebuah unit pemprosesan komputer (CPU) di tempat letak kereta kediaman berek polis Seremban 2, di sini, kelmarin.
Menurutnya, dia agak sedih dan terkilan berikutan insiden berkenaan secara tidak langsung menjejaskan persiapan dan ‘mood’ mereka sekeluarga untuk pulang beraya di Bagan Datoh, Perak sempena Deepavali, esok. Tilagavathi yang menetap di berek 14 tingkat berkenaan sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebelum itu sedang melakukan kerja rumah kira-kira jam 4.15 petang.
“Bagaimanapun, saya dan seorang anak perempuan berusia 22 tahun tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman agak kuat dari bahagian bawah iaitu di tempat letak kereta. “Saya kemudian segera pergi ke bawah untuk mendapatkan kepastian, namun tersentak apabila melihat kereta Proton Waja suami kemek di bahagian belakang akibat dihempap sebuah CPU,” katanya di sini, semalam.
Menurut suri rumah itu, dia kemudian segera memaklumkan perkara berkenaan kepada suaminya yang bertugas di Balai Polis Mantin sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, perbuatan berkenaan dianggap seolah-olah tabiat biasa di kawasan terbabit tanpa memikirkan keselamatan orang lain. “Saya sebelum ini turut nyaris mengalami kecederaan apabila brek basikal (rosak) tiba-tiba dicampak dari atas dan terkena bumbung kenderaan.
“Namun, saya bernasib baik kerana sudah masuk ke dalam kereta. Jika tidak, kepala saya semestinya akan cedera akibat terkena besi berkenaan,” katanya.
Tak tau la nak cakap apa lagi. Memang selalu sangat dah cerita macam ni keluar. Kadang2 heran gak..macam ni ka sikap orang2 kita. Tak dak kesedaran sivik langsung. Nak senang ja kerjanya...malas nak turun bawah..semua benda main campak ja dari atas. Kalau stakat sampah tu..dah memang tak heran la..ni kalau dah sampai cpulah..tvlah benda2 besi..iskh!!!..dah memang teruk dah ni. Sok2 lemari pun dia campak ke bawah gak.
Ni lah salah satu faktor napa sue tak mo duduk rumah tinggi2 ni....Rumah kami di F*** D***** pun pernah masuk berita..kesnya...ada orang campak tv ke bawah..himpap keta..Iskh@..nasib tak pernah duduk sana pun. Kadang2 kami pg juga jenguk rumah tu..Tapi serius cakap...sue sangat tak selesa tengok kawasan tu sekarang ni. Tak paham kadang dengan sikap orang kita ni. Bagi sue..kemudahan yg disediakan di rumah tu sangat sempurna..tapi sekarang apa yg ada tu semua dah tak sempurna... Faham tak apa maksud sue?..hehehhee..ayat kelam kelibut ja kan...
Ok!..contoh ya..Lif!..Lif yg disediakan sgt elok..Dinding dalam lif sgt kualiti ( cik hb i cakap la)..tapi sayang..sekarang kalau masuk lifnya..penuh dengan contengan luahan rasa ( sampai bumbung2 pun ada juga tau..dasyat tak dasyat tuh)..tapak kaki..sampah dan paling tak tahan bau hancing..Cukup pakej kan...
Tu belum lagi dinding2 bangunan..tempat park moto, rumah sampah dan macam2 lagi lah...
Heran..heran...macam ni ka sikap orang2 kita.
1 comment:
ishhh memang pelik .. gile aper .. main campak2 .. kalau kecik dan ringgan tahan layie .. nie CPU .. mak aiiiiiiiiiiiiii
Post a Comment