Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

ASSALAMUALAIKUM...
Tak nyabo-nyabo... nak juga update..Ngeee..Ni projek malam tadi sebenonya. Start membaking kul 8.30...Gigih tak gigih ko..(^_^)..Sue, kalau dah datang hantu rajin tu..tak kira kui bapa...jalan ja..hahahhaha...Tapi sayang..Hangus sikit...tapi apa kesah..hangus..hangus la..sedap juga...Sue ni still tak pandai lagi kot gunakan oven tu..asyik la hangus ja kek..Thank's Kak Dayang sebab tayang kek ni hari tu ..tu yang mem'BAKO' semangat sue nak mebako kek juga tu..hahhahahhaaa...
Ok!..Daaaaa...(sila bayang sue lambai ala-ala divaa gitu..hehehhehe (^__^) )

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi : Kak Fida@myr
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis
Cara-cara : sama seperti di atas.

2 comments:

Aiza Haris said...

nampak sedappppppppppppppppppppppnyerrrrrrr........ bole kukus2 ek.... nt nak cuba laaa weekend ni....

gerhana luka said...

terliur aku nemgok kek ko ni, cam sedap je... byk sgt bahan la nak buat, nanti nak cuba gak ar

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...