Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 19 May 2011

Kaki Ayam Masak Kicap

Kat rumah ni kalau kaki ayam...
Buat sup atau masak macam ni saja baru laku..
Kalau tidak..emmmm..harus, cik tong sampah yang perabihkannya nanti.

Ni masak bodo-bodo ja..
Senang ya amat...Sangat sesuai untuk orang yang kureng rajin macam sue ni..



Bahan-bahan.
  • Kaki ayam... dipotong ya..
  • 2 biji Bawang merah*
  • 2 biji Bawang putih*
  • Sikit lada putih
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • Halia sikit*
  • 1 batang serai * Optional- kadang2 sue buh juga..
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili api
  • 1 biji cili besar
  • Kicap
  • Garam secubit rasa
  • Kentang /carrot - terpulang nak letak ke tidak.
  • Daun sup untuk hiasan
Cara-cara.

  • Panaskan minyak..Tumiskan bahan yang bertanda *. dan masukkan lada putih,
  • Masukkan kaki ayam. Biar sekejap dan masukkan kicap ( agak2 la ya) serta cili api.
  • Masukkan air (banyak pun tak apa) biarkan sampai lembut( mcm nak lerai dagingnya)
  • Pastu bleh masukkan kentang/ carrot..
  • Siap..taburkan daun sup.


11 comments:

I want to lose weight said...

Aku paling takut terjumpa kaki ayam dalam masakan..

Pernah satu kali cedok kuah bihun sup, tetiba tercedok kaki ayam.. terus letak pinggan bihun tinggal camtu je :)

ibh said...

Kikikiii..zel..tu kira mimpi ngeri la tu ya..Aku dulu tak reti gak makan..tapi sedap gak tau..Tapi aku idak ler makan tang kaki dia yg mengangkang tu..aku makan yg part lain..heee

gerhana luka said...

heee... jawa said caker ayam! org jawa suka la makan kaki ayam. suami aku kata kawannya org jawa kalau makan kt kedai mesti cari kaki ayam. anak aku pun pandai makan kaki ayam sedap jer dia menggigit2 kaki ayam tu heee...

ibh said...

Haa..yg tu aku tau..Biasa aku tengok memang orang jawa suka..Ngeeee...
Anak buah aku pun suka gak makan kaki ayam ni...kikiii

ieda said...

huwaa sedap2 .. akak kalau kaki aya nie dikkk akak masak kari perghhh layannn :))

izyantyPersonalTaste said...

tak pernah makan lagi kaki ayam msk kicap, kalau sup pernah le he3...tp mkn sup kaki ayam mmg sedap

NoRMa aZurA iSMaiL said...

wahhh...sedapnyer...tp biasa nyer kaki ayam wat sup jew..

Mia-Ina said...

sebut psl kaki ayam..mia mmg x makan..takat masa nk siang ayam tue ok lg...tp bab nk wat resepi guna kaki ayam..mmg say NO la...huhu...

Mia-Ina said...

lg 1-mia bayangkan ayam dok pijak2x tanah guna kaki dia..tu yg x jd makan..huhu

ijan said...

Salam Kak Sue,
Semalam baru dok sembang dengan Faiz pasal kaki ayam. hehehe... lama tak makan teringin jugak. goreng kunyit ke, sup ke, masak kicap gini ke...memang best. ralit makan kaki ayam ni. banyak tuleng...hihihi :)

ma'chiks said...

kaki ayam my alwyz favorite, suka sgt meratah2...kesian jgk ada org yg 'geli' dgn kaki kaki ayam ni, tercedok terus tak lalu nk makan.

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "