Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kek Lapis Alwani

 Assalamualaikum...
Hehehe..gigih betul sue hari ni. Memang mood ni sue jaga dari malam tadi lagi nih.
Hari ni merasmikan standmixer baru. Mood nak membaking tengah meluap-luap la katakan..
Jadi..baik dilayan saja..Nanti kalau mood tu dah hilang..Harus la..tak berasap dah dapur..kikikikiii
Nih!..kalo yang anak dare masuk sini..Sila jangan tiru sikap macam ni ya.. Haru nanti..kikikiiii.....Korang kalo nak mak mertua sayang..sila la rajin-rajin ke dapur ya..Eh!..Ya ka?..Hahhahaaaa....Merapu ja....

Sue sikit tension dan tak pueh hati sebenarnya dengan hasilnya...Silappp...langgar arahan..Dah terang-terang ditulis situ..tunggu 15 minit...Masa nak melapis lapisan terakhir...bleh plak..rupanya lapisan sebelum tu tak keras lagi..Waaaa...nak buat macam mana...Lapissss ja la labu....Sedeyyyy!!!!!..... Kek ku tak cun dah...Huaaaaa......


Lapisan pertama..teruja sebab elok ja jadinya....

Lapisan ke dua juga cunnnnnn....ngeh!..ngeh!......

Lapisan terakhir....Waaaaaaaa.....habis tak cun jadinya..sbb lapisan ke 3 tak keras lg rupanya.......




Key meh layan hasilnya ya.....
Wahahahhaha....hilang-hilang hawflakes nya...melekat kat aluminium foil..kikikikkii

Layernya langsung tak nampak....


Bahan-bahan ~ Sumber Kak Hana...Resepi asal dari Kak Dayang


  • 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.



Dah potong baru nampak layernya...Walaupun hasilnya tak bapa memuaskan hati..Tapi rasanya tetap sedap...


2 comments:

Faizaharis2 said...

nampak sedappnyerrrrrrrrrrrrrrrr......
rupe tak pentingg..janji dh makan..sodap...

ibh_sue said...

Faizahhhhh...yg tu setuju....memang sedappp pun..kena cuba tau..baru tau..kikikiiii..

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...