Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Sesi ke dua....


ASSALAMUALAIKUM...


Memang dalam sejarah betul lah..
Memang layan habis mood membaking sue ni..
Ni adalah sesi kedua sue buat Kek Lapis Alwani ni.

Kesian lak..ramai beno yang terliur..
bila gambo kek ni sue up kat fb..

Memandangkan semalam dah janji nak pergi rumah kakak..
Makanya..semalam sue telah buat sebiji lagi kek ni..
Seperti percubaan pertama...
Kali ke dua ni..sue dah langgor pantang gak..
Ni kes tak sabo la ni...
Pastu..ditambah lagi dengan kemalasan sue nak melapisnya secara nipis2...
Haaa kooo...punya tebal layernya..
4 layer ja jadinya....
Dan seharusnya..bila dah layer tue tebal...makanya kena la kukus lama sikit kan..

Tapi sebab sue ni tak sabo...
Gedik2 la juga nak melapis untuk lapisan seterusnya...
Ha ko...hadap la...
Dah siap...lapisannya pun dah tak nampak..kikikiiii

Tak pe lah weh!..
Janji sedap...Puji-pujian tu yang buat i tak tahan tu..wahahahhaaa

Bakinya..
Sempat la juga budak2 opis sue merasa...
Ada ka..diaorang kata sue beli dari Sarawak..
Apa barang...Ni dari dapur sue sendiri tau...
Paassttt!!!!!...dah bleh ambik order nih..
Ada sapa-sapa yang sanggup oder dengan sue ka...
Ada beraniiiiii kaaaa...kikikiiiiii


Pada i, ni dah cukup cun dah..wahahahhahaaa....nangisssss..layan ja lahhhh

Bahan-bahan ~ Sumber Kak Hana...Resepi asal dari Kak Dayang



  • 1 cawan tepung gandum - sue guna tepung kek blue key sepenuhnya..Tepung gamdum habis.:))...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue gune hawflakes campur kismis hitam...
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.

Seee..belasah ja la labu...Tak dak rupa kek lapis kan....


Lempeng di pagi hari



ASSALAMUALAIKUM...

Salam hujung minggu tuk u all semua..
Dah bekfast?...
Kalau belum..moh bekfast sama-sama....
Okey!..Hari ni...Bekfast sue senang dan simple sangat.
LEMPENG!!
LEMPENG ya bukan LEMPANG....wahahahaaa
atau dengan bahasa yang glemer skit..
Bak kata Kak AnaWahid LEMPENG ROLL... 
Rasa-rasa..Kak Anawahid pernah buat sebelum ni....

Ntah macam mana bleh nak buat LEMPENG plak......
Dulu tak pernah pun sue hadap nak makan lempeng..
Apatah lagi nak buat lempeng...
Ngigooo kot malam tadi..kikikikiiii..

Ok!..Moh layan LEMPENG ya....




Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung
1 cawan air
1 cawan fresh milk
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:-
1. Masukkan semua bahan2 diatas didalam blender,
blender hingga sebati adunan.
2. Panaskan kuali leper yg disapu sedikit minyak masak
or non stick, ambil 1 senduk adunan tadi dn
tuangkan kedalam pan tersebut. Buat bulatan
senipis yg boleh, terbalikkan permukaan bahagian
atas kebawah dan angkat apabila sudah masak.
Siap


Kek Lapis Alwani

 Assalamualaikum...
Hehehe..gigih betul sue hari ni. Memang mood ni sue jaga dari malam tadi lagi nih.
Hari ni merasmikan standmixer baru. Mood nak membaking tengah meluap-luap la katakan..
Jadi..baik dilayan saja..Nanti kalau mood tu dah hilang..Harus la..tak berasap dah dapur..kikikikiii
Nih!..kalo yang anak dare masuk sini..Sila jangan tiru sikap macam ni ya.. Haru nanti..kikikiiii.....Korang kalo nak mak mertua sayang..sila la rajin-rajin ke dapur ya..Eh!..Ya ka?..Hahhahaaaa....Merapu ja....

Sue sikit tension dan tak pueh hati sebenarnya dengan hasilnya...Silappp...langgar arahan..Dah terang-terang ditulis situ..tunggu 15 minit...Masa nak melapis lapisan terakhir...bleh plak..rupanya lapisan sebelum tu tak keras lagi..Waaaa...nak buat macam mana...Lapissss ja la labu....Sedeyyyy!!!!!..... Kek ku tak cun dah...Huaaaaa......


Lapisan pertama..teruja sebab elok ja jadinya....

Lapisan ke dua juga cunnnnnn....ngeh!..ngeh!......

Lapisan terakhir....Waaaaaaaa.....habis tak cun jadinya..sbb lapisan ke 3 tak keras lg rupanya.......




Key meh layan hasilnya ya.....
Wahahahhaha....hilang-hilang hawflakes nya...melekat kat aluminium foil..kikikikkii

Layernya langsung tak nampak....


Bahan-bahan ~ Sumber Kak Hana...Resepi asal dari Kak Dayang


  • 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.



Dah potong baru nampak layernya...Walaupun hasilnya tak bapa memuaskan hati..Tapi rasanya tetap sedap...


Mee Goreng...Pagi ni rajin sikit...

Pagi ni rajin sikit....
Buat bfast berat...
6.30 dah masuk dapur..............>>>>;see...rajin kannnn pepagi dah masuk dapur..hahhaaa

Maklum la..mak i kata..
Jadi isteri orang ni..tak bleh malas-malas...
Kena rajin buat keja rumah.... masak..kena pandai mengurus rumahtangga...

Ok!..tak mo melalut macam orang tua..
Just nak share menu bfast kami pagi ni ja.
Key..Layan la ya...
MEE GORENG. .......>>>>>>>-----.erk!!!..berat ke ni?...Hhahahaaa






KERINDUAN



" />

Akhirnya..dapat juga....


ASSALAMUALAIKUM....

Sue tak mo tulis panjang-panjang..Mood nak update n3 kureng skit....
Tapi sekarang ni...mood nak marathon ja...
Prepair kan diri untuk mood esok..Hahhahaaa..semangat nih!!!
Hegeh-hegeh la sue duk skodeng geng-geng yang otai dalam hal-hal masak ni....


Tapi sebelum tu...
Sue @ tuan empunya Belog ini nak mintak maaf dulu la ya..
Keranaaa....................
N3 ini adalah...n3 ala-ala RIAK gitu..hahhahahahahaha
Yaaaa.........Akhirnyaa......
.
.
.

.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang di impikan sudah dapat......
.
.
.
.

.
.

.
.
.Apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
..
Chak!!!!..Heeeee....Hegeh ja kan....
Benda ini jadi milik sue juga....


Dapat sambar yang brand ni ja.....Hokey la tu..Tak sanggup dah nak buat manual..
Lenguh tangan tau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Lalallalalalalallaaaaaa......

Walaupun hakikatnya..sangat la mengidam nak yang  macam ni....
Hahahhaaa....Berangan tak hingat betul lah....
Ko masak ikut mood..ada hati nak beli yang macam ni...Erk!!!!..


Okey cik mixer..malam ni rehat dulu ya..
Esok baru start keja...
Tu pun...kalo mood tuan ko ni tak hilang ke laut esok...Erk!..Sentap sendiri!..(^_^)

Mengidam lagi laaaa

Bila mood rajin datang..
Macam-macam projek nak buat..
Waktu ni la...
Sue mula mengidam macam-macam
Sekarang ni sue betul-betul idamkan nak benda ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

.
Mesin jahit tepi yg ni sue besa dah guna...Kak long punya..Dapat sejibik mcm ni pun hokey dah..(^_^)



Susah kalau tak ada mesin jahit tepi ni..
Tu pasai la sue tak dak seru langsung nak jahit-jahit baju.
Kalau setakat jahit langsir or benda-benda lain tu buleh la tahan lagi..


Agak-agak kalau sue hantaq surat permohonan dekat en. hb...
Dia mau layan ke dak arr...emmmm...
Hahahahaa.....Udah!..
Berangan ja kejanya.......


Purnama merindu...


Bila kita rindukan seseorang...
Pandang lah ke langit..
Lihatlah indahnya Bulan mengambang di atas sana..


Berbanggalah kau bulan...
Serata alam memandang keindahan  rupamu..
Sesunguhnya...aku tetap akan memuja keindahanmu..
Sedari dulu hingga kini...


Memandang mu....Ibarat terapi buat ku..
Membuatku sentiasa bersyukur atas nikmat Allah...Kebesaran Allah..
Sinaranmu juga menerangi kegelapan malamku...



__________________________________________________________
To My BFF..kalau kita rindu2..lihat lah bulan tu...
Sebab ingatlah..kita memandang bulan yg sama...(^_~)..
Koranggggg...Misnadiah Mat Jaini,Puan Fezah Abu Bakar & Laili Mahmuddin....
RINDUUUU sama korang tau....

Saya memang rajin kannnn....!!!!..

Akhirnya...siap juga...
Dah tak sabo....
Terhegeh-hegeh..dan..dan tu juga nak pasang.
Motif?!!!...
Hahahaaa....biasa la...kasi posing dulu.



Puas hati tau....
Siap akhirnya.....Kurang la dah stok kain dalam simpanan.
Emmm...pas ni boleh la beli kain lain kan..Erk!!!!!....





 



  



Cucur Bilis


Assalamualaikum....
Sat ja dah hari ahad kan...
Cepat betul masa berlalu...Esok dah isnin..
Banyak keja-kerja rumah yang perlu dibereskan hari ni..
Haaa la..semalam sue keja 1/2 day kan...
Jadinya banyak kerja-kerja rumah yang belum beres lagi.




Okey..sebelum masing-masing keluar
melakukan aktiviti masing-masing..
Sarapan pagi dulu ya...
Sarapan pagi penting tau....
So..kalau boleh jangan lah skip..tak ambik breakfast ya..




Pagi ni sue just buat Cucur Bilis ja...
Simple ja..buat alas perut....(citttt...maleh sebenarnya nak masak berat-berat..ngeh!..ngeh!..)..
Jahanan diet sue hari ni...
3 ketui dah sue telan...Huuuuu.....udahhhh..tak mo fikir...
Apa- apa yang namanya Cucur @ cekodok adalah paberet sue...
Boleh bawak mimpi tau..nak makan cucur@cekodok nih...wahahahhaaaa...

Key all...
Selamat bersarapan..
And Selamat Berhujung Minggu bersama Family...




Dah tak da..sila tanggal la


Korang nampak tak apa dia tulih tu...
RUMAH PANGSA 3 BILIK SIAP BINA..
Dua kali hb pusing semata-mata nak tengok balik banner ni..
Siap suruh sue capture lagik...


Call..Ok!..rega dalam 40 ribu lebih ( lupa la bapa.maklom ler semenjak 2 menjak ni penyakit pelupa ni makin menjadi...)
Ya..ya  laaa hb tanya..showroom kat mana...
Kunun nak tengok la juga...
Alih..alih..dah lama habis jual rupanya..Dah!..tok sah pi dah....
Hayoooo...kalo dah habih..toksah la gantung lagi banner tu..
Potong nafsu tau..nak menambah aset laie..
Hahahhaa...gilaaa..cakap macam orang kaya ja....

Yaaa...kami dulu memang suka pergi showhouse...
Jalan-jalan tengok rumah...La ni ja tak sempat dah..
Dulu...balik keja ja..mesti jalan-jalan tengok rumah..
Arrr...Cahaya SPK( umah Kak Eynda tu) tu pun dulu kami pergi juga masa first open untuk jualan...
Tapi..maap la...elit sangat kawasan tu...Tak mampu la pulak...Heeeee

Ok! stop...sebenarnya nak cita sikit ja..
Bleh plak melalut banyak..heeee




Aktiviti hari ni...

Cerita sepanjang hari...
Hari ni sue cengkelat skit...
Bangun lewat..dalam kul 7.20 baru bangun mandi..
Besa laaa...lepas subuh..kunun nak baring sat ja...
Alih-alih...terlajak siang juga..


Sangat lembap aktiviti hari ni..
Kain sebakul..duk jeling ja...
Nak uruskan masuk mesin ja langsung tak dak nafsu..
Bekpas..buat pancake ja..
Siap buat bekpas..hujan turun plak..
Aiiii....kalau ikutkan hati, nak ja baring-baring bermalas-malasan lagi..
Tapi tu lah..sebab rini nak pi opis kan..
Gagah juga la diri duk tolak perasaan malas tu...



Bum..bang..bum..bang...
Mandi lagi..bersiap..layan hb bekpas..
Siap semua..kul 10 lebih dah....
Hadoiiii......lewat betul nak pi opis...


Kuar rumah..nak masuk highway...
Awat hb kona ke Kajang...laaaaa
Hb nak pi Kamdar lak....Kui bapa nak sampai opis ni....

Dah namanya penumpang kan..terpaksa juga la follow..
Haaa..tapi sampai sana..Sue pulak yang over daripada hb..
Rambang mata...semua tempat nak pi tengok..
Kalau tak kerana..hb dah duk depan pintu Kamdar..
terpaksa lah....melupakan dulu niat nak menambah stok kain...


Sampai opis 12.10 minit..Lambat gilaa....
Duk opis sampai kul 5 ja...pastu balik rumah terus..
Ok!..tu ja aktiviti sue...Heee (^_^)



Eh! aPa MOTIP gambar ni erk!..Heeeee


Aksi tuan belog..yg gedik tetiba nak posing depan cermin...Tak sedo diri...Tak cukup kat rumah..KAMDAR pun nak posing juga..Eh!..korang ..i dah kurus la..Wahahahhaa...jangan muntah key....Lihat..baju tu pun beso mcm orang pregnant jadinya i....

Seeee...bukti i dah kurus....Hahahha...harap maklum ya...Sue kalo diet..harus tangan dulu yg kurus....Ni lagi lama sue diet..mau tinggal tulang tangan ni.....So..part tangan ja sue boleh banggakan...perkembangan yg sangat memberangsangkan...kikikikikikii


Dah!..sekian untuk hari ni...Siannn...muntah lak korang nanti baca n3 mengarut2 ni..kikikikikiiiii...

Pesta Buku

Ada dengar pasal ni..
Teruja la pulak...
Dah terbayang-bayang dah...
Buku-buku penuh depan mata..

Kompem..kalau pi...
Jadi rambang mata..heeeee...
 

 
Info kilik SINI


Moh!..Sapa2 yang kaki buku or Ulat buku..
Apa lagi..time ni la nak merembat banyak-banyak buku...

Pancake...

Assalamualaikum...
Morning....
Hope hari ni semua orang bangun dengan keceriaan....
Yang Pasti..
Syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk kita hidup di dunia ini lagi.
Syukur Alhamdulillah...

Okeh!..Tak mo merapu banyak2..
Layan menu sarapan pagi sue hari ni..
Dek kerana tak ada seru nak masak..
Makanya...buat breakfast simple-simple saja...
Lagi pun sue tak makan kan..DIET..hehehhe
Prepare bekfast tuk cik hb ja...

Sue memang sekarang ni ..tak dak nafsu nak melantak makan pun ....
Sebab tu i kurus  banyak sikit tau sekarang ni....
Hahhahaha..Jangan ada yang muntah ya baca pengakuan ni..kikikiki

Sila..sila..jemput makan ya....

Pancake yg itam..sebabnya..chef masak sambil layan fb..hak!..haruuuu betui..heeee
Resepi simple ja...Seperti biasa..gunakan resepi dari Kak Hana..

Bahan-bahan

2 biji telur ( sue letak 1 biji ja)
6 sudu butter - cairkan ( sue guna minyak masak ja)
21/2 cwn tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
2 cawan susu segar
2 sudu besar lemon juice - optional
secubit garam

Cara-cara

Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.


Rela



Sebab hubungan tak mampu bertahan

Baca ni tadi kat belog Mama Rania... Meh sue share kat sini pulak..Bagus untuk ingatan ya...
Antara part yg paling sue setuju adalah yg no 1 tu...
Okey....sila baca ya..sebab2nya.....


Antara 9 sebab hubungan tidak mampu bertahan...


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda

Tutorial Untuk Mama Rania

Sebenarnya..sue pun bukan pandai sangat nak buat n3 berpassword ni..
Pertama kali sue tau pasal adanya n3 berpassword ni melalui Cik Min..pastu Kak LG...
Teruja juga nak try..


Ok..buat Mama Rania..Ni akak sharekan tutorialnya ya..
Tu pun dapat daripada Blog Kujie2....Thank's tuan tanah..share tutorial ni..
Kat rumah Cik Min pun ada juga Tutorial ni...korang boleh pi carik sendiri ya kat rumah Tokey Macaroon tu..Heee

_______________________________________________________________________

Tutorial ini adalah untuk entri di blogspot berpassword.

1. copy code di bawah, pergi pada Layout -> Edit HTML -> dan letak dibawah atau di atas



Save.

Cuma perlu letak code ini sekali sahaja, tetapi setiap kali menukar template baru, copy letak code ini semula.


2. Pergi ke laman web ini.......vincentcheung

Masukkan secret key kat Key box - ini sebagai password.

3. Pada Plain Text ( kotak warna hijau ) tulis entri seperti biasa ( entri yang nak kita sembunyikan dan hanya boleh dibaca jika dimasukkan password tadi )

4. Klik Encrypt . Dan copy code yang terdapat dalam HTML CODE .

5. Pergi kat blog, create new entri, (pastikan dalam posisi Edit Html bukan compose ), paste code yang di copy dari tadi.

6. Publish entri seperti biasa.



Okie Mama Rania..Selamat mencuba juga..hehhehehee

N3 Rahsia....

Assalamualikum..
Mood nak update blog dah mula turun dah ni...
Semuanya kerana........

Okeh!..Tak mo share kat sini..
Ia terlalu rahsia untuk di kongsi.
Tapi kalau ada yg nak tahu juga...
PM sue ja..
Sue terpaksa mem privatekan n3 ini...

Klik N3 di link ni:-







Renung-renungkan...

Assalamualaikum..
Tak tau nak update apa...
Just share photo ni..

Meh sama2 renungkan...
Apa ada disebalik gambar ini....


Just imagine..u ada di bawah pohon ini..
mendongak..memandang ke tiap2 dahannya..
hingga ke puncak pohon.... 
Apa yang dapat dilihat..
Apa yang difikirkan....
Fikir..fikir..fikir..dan terus berfikir..
Renung ..renung dan terus merenung...
.
.
.
.
.
.
..

Yang pasti...satu saja yang dapat di ungkapkan.. 
BESAR KAN KEKUASAAN ALLAH..

Subhanallah..Indahnya setiap benda ciptaan Allah.

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...