Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 8 August 2011

Murtabak Mini



ASSALAMUALAIKUM...
Dah ramadhan ke-8 dah..Cepat betul la masa berlalu. Fuhhh!!! hari ni penat betul... Sampai rumah tadi dah pukul 6...Memang mencabar betul..sempatkan juga lah masuk dapur..,... Nak buat macam mana, dari siang tadi dah niat nak masak Mini Murtabak ni... Hehehehhee...teringinnya tu tak bleh tahan-tahan...Ya la nak makan Murtabak Diraja yang glamer tu belum tentu dapat pun..Makanya buat murtabak mini ni pun jadi lah. Bukannya apa..teringin tu makin membuak-buak bila tengok Murtabak ni posing kat rumah Kak LG untuk menu iftar dia semalam....Resepinya simple saja...Memang kegemaran sue la benda yang simple-simple ni..Kuahnya..sue buatkan kuah kari ayam bodo-bodo saja...(^___^)..Ok lah..layan ja la resepinya tu ya...Nak rehat dah..Letih beno ni....






Murtabak segera@ Mini
Sumber: My Resepi

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto(sue tak letak ajinomoto..sue buh gula skit+ kiub ayam skit)
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara 

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.  
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. 
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.  
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. 

Yang ni pulak pinggan sue..penuh kan..Alhamdulillah, kenyang...Oh ya..disamping tu, sue sempat juga masak bihun goreng... Takut cik hb tak puas just makan murtabak mini tu saja...(^___^)...

    12 comments:

    eynda said...

    Tengok sue masak akak jadi segan la pulak...sue memang pandai masak plus rajin :-)

    ibh said...

    Ala kak..sue buukannya pandai masak sgt pun..Stakat masak bodo2 tu boleh la.Tp sebab minat tu ada la sikit...So, rajin la nak try2 resepi baru.....

    Mia-Ina said...

    pergh kak sue ni mmg rajin memasak sungguh...mia ni pun wat edisi je nk msk..bgs ambilan mknn kak

    Cik Ina Do do Cheng said...

    sue kalau ada masa boleh cik ina nerai. cam teringin plak nak wat murtabak mini tu.

    resipe-masak-makan said...

    Salam,tumpang lalu,wah pandai tebar buat murtabak,boleh order nih,nak buat malas.hehehe,nice picture

    ibh said...

    Mia-Ina:Kena rajin2kan diri ja dik..Dah tu kalo beli belum tentu sedap..(^_^)

    ibh said...

    Cik Ina: Try kak jgn tak try..ni kalo org yg malas2 mcm sue ni sgt la sesuai...Ngeeee..Senang ja...

    ibh said...

    resepi-masak-masak:Kikiki..sue tak tebar pun..pakai kulit popia ja..Tak reti menebor pun..Ngeee

    ijayuji said...

    Salam kak sue!! Inti murtabak akak ada lagi tak?? pas kat kita sbb kita bab2 inti ni mmg malassssss sgt nak buat kikiki... :D dah masuk list menu murtabak tp ntah bila ntah nak rajin buat inti dia tuuu :D

    gerhana luka said...

    mertabak mini tu
    kulit dia rangup ke sue? 2 benda bulat tu telur ke? meriah pinggan buka puasa ko sue

    ibh said...

    Ikaaaa...oo..jgn malasss2..tak baik tau..kikiki..Inti tu cukup2 ja tuk 7 keping ika oiii...Cukup sampai sahur tu..heee

    ibh said...

    gerhana luka: Rangup juga la kalo makan panas2. Hehehhee..yg bolat tu tomato la mully. Memang meriah pun..sudahnya..simpan balik..ulang makan 2 kali 1 pinggan tu..Full perut aku tau..Ngeeee

    Popular Posts

    Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

    Renungan


    Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "