Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sunday, 21 August, 2011

Kuih Semperit

 ASSALAMUALAIKUM....
Sat ja dah hari Ahad...tak pueh lagi duk rumah, esok dah nak pi keja plak...Hehehehhee..mengeluh macam budak-budak tak mo pi sekolah ja kan....
Ni projek mengkukis semalam.Orang lain dah buat berjenis-jenis biskut dah...Sue baru semalam  sempat nak buat biskut.Dah lama nak buat kuih semperit ni...Duk skodeng resepi merata-rata..tapi tak juga terbuat-buatnya.
Tadi pagi semalam..masa belek-belek Majalah MIDI ( i baca majah ni juga tau..jangan ingat orang yang 40an ja baca majalah ni..kikikikiiii...), tetiba lak ada Resepi Semperit ni Version Zur Eda...And secara spontan mood mengkukis tu mariiiii...Ngeeee...

 Ok!..Sue share resepinya disini ya...Resepi kredit to Majalah MIDI keluaran 15 Ogos 2011.


Resepi : Majalah MIDI
Sumber : Sue@Suemiezi.blogspot


Bahan-bahan
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh vanila
  • secubit garam
Satukan
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung kastad
  • 1 sudu teh serbuk penaik (yang ni sue tak letak pun )
Cara-cara
  • Pukul mentega dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur dan vanila dan dikacau lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang disatukan, juga garam sedikit-sedikit ke dalam adunan.
  • Akhir sekali terap adunan dalam bentuk S dan bakar dengan suhu 170'c. ( sue buat bentuk bunga ja)
Dapat la sebalang ni...yang lebihnya banyak masuk mulut sue (eerk!!!!...kantoiiii..Ngee). Rasa sue ok dah kukis ni...kena dengan tekak sue..Kalo beli tu..susah nak dapat yang kena dengan citarasa..Cik hb pun makan bukan main lagi sue tengok...Ada plak, dia tanya bila sue beli biskut tu..Apa barang bang oiii...ni hand made ya....Dia buat muka pelik ja....tak caya kot sue buat kukis sedap macam beli..kikikiiii...Perasan sajaaa...:P...

Dah la..sue stop dulu...nanti ntah apa-apa yang sue mencecehkan..Ok u all..selamat mengKUKIS ya...Daaaa..(^___^)

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak! Mood kita pulak dah hilang nk buat beskut skrg niii Tp teringin mmg nk buat sekut semprit nii esok kot klu rajin ari ni nk free jerrr hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam sue..wah!cantik jer kukis semperit sue nih!

umiliza989 said...

bestnya menjadi buat kuih semperit...za buat hari sabtu hari tu...xmenjadi lah..2 kali bancuh...2 2 xmenjadi...bancuhan yang pertama tu,guna gula kasar...buang macam tu jer...bancuhan yang kedua,menjadi dah...tapi,bila bakar,semperit jadi cair....kenapa ye?

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "