Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 6 August, 2011

Menu Ramadhan ke 6..Mee Udang menu utama.


ASSALAMUALAIKUM...
Syukur alhamdulillah...Kenyanggg..(^_^)... Dah berapa hari sue bunyik nak masak Mee Udang kan...Hari ni baru berkesempatan nak masaknya... Simple saja resepinya ( sue memang suka resepi yang simple-simple ni..hehehehee).....

MEE UDANG
Sumber : Ros @ JintanManis.com

Bahan-bahan
  • 2 ikat spagetti
  • 6 ekor udang harimau saiz besar
  • 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar (saiz sederhana) - sue buh sebiji...
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1/2 peket bebola ikan
  • 1 cawan santan pekat - sue letak 1/2 cawan santan..1/2 cawan susu krimer
  • 1 cawan air

Cara-cara
  1. Kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telah diblender tadi. Pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
  2. Sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, Isi udang ditos dan diketepikan.
  3. Setelah bahan tumis garing, masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam (sue buh 1 sudu kecil gula juga). Masak hingga agak pekat kuahnya.
  4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada peket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. Angkat dan toskan. Celur kangkung dan rebus telur.
  5. Sedia untuk dihidang.

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak sue! dtg malam2 buta ni baru abis kemas :D eh? chopstick kita sama! wakakakaka.... ada lagi tak mee udag tu??? kita bwkkan lompat tikam niii buat sahur :D hihihi

eynda said...

Rajinnyaaaaa... nampak sedap! ;-)

MiSz ZuE said...

sedapnyer...

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "