Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

ASSALAMUALAIKUM...
Tak nyabo-nyabo... nak juga update..Ngeee..Ni projek malam tadi sebenonya. Start membaking kul 8.30...Gigih tak gigih ko..(^_^)..Sue, kalau dah datang hantu rajin tu..tak kira kui bapa...jalan ja..hahahhaha...Tapi sayang..Hangus sikit...tapi apa kesah..hangus..hangus la..sedap juga...Sue ni still tak pandai lagi kot gunakan oven tu..asyik la hangus ja kek..Thank's Kak Dayang sebab tayang kek ni hari tu ..tu yang mem'BAKO' semangat sue nak mebako kek juga tu..hahhahahhaaa...
Ok!..Daaaaa...(sila bayang sue lambai ala-ala divaa gitu..hehehhehe (^__^) )

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi : Kak Fida@myr
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis
Cara-cara : sama seperti di atas.

Cucuq Bilis



ASSALAMAUALAIKUM...
Selamat berhujung minggu..Malas betul lah kan..Aiiiii!!!! dah namanya hujung minggu kan..Makanya...adalah hari untuk bermalas-malasan laaa kan..Ya ka?..Ngeeee...Hehehehehe...Rosak..rosak...Jangan la ada anak dara yang ikut perangai macam ni.. I tak pa dah kawen..(^___^).

Pagi ni..tak dak seru nak masak berat-berat bagai...Masuk dapur sempat menung dulu ( anak dara..sila jangan tiru perangan lagu ni ya..buruk tau..)...Duk bukak kabinet, biar dia nganga luas-luas...tenung lama-lama...Dukkkk laaaa fikir,apa nak masak..iskh!..iskh!..dasyat..dasyat..teruk sungguh kan...sampai tara tu teruknya...Anak sapa la tu kan......Blink!!!..datang idea bernas!..Ngeeee...Senang..Buat CUCUQ BILIS  ja. (^_____^).

Cucuq bilis ni pun..sue buh semua bahan dalam blander..sue bland ja....Hahahhahaa...pemaleh kan..Alaaa..stakat buat cucuq kan..semua orang buleh buat. Pejam mata ja. Jemput makan semua..Daaaaa..
(^_^).













   

Kan dah kata..i sangat rajin hari ni..(^___^)

Cak!!!!...
Ecececeh!!!!..Tak reti..reti bagi salam dah kan..Assalamualaikum..Malam semua.
See..kan i dah kata..hari ni, sue sangat rajin kan..Complete satu hari ni dari sarapan pagi sampai ke malam sue masak kan..Ngeeeee..(^__^)..Puji diri sendiri....

Dah!..dah!..menceceh ja kejanya...Layan menu sue malam ni pulak. Simple sesangat. Teringin nak sediakan menu simple ala-ala macam Kak LG plak..yang menunya just kumpul dalam satu pinggan ja..ngeeee...udah western kan namanya..Tapi sue ni..buat western campuq melayu..Jadilah..nak buat macam mana..yang makannya tu lidah melayu pior....Kalau sue buat macam Kak LG buat tu mesti cik hb tak mo makan punya..heheheheee...

Korang layan la picture menu tuk hb malam ni ya...Sue tak makan dah...Full dah perut...Macam-macam dah masuk satu hari ni...Ntah bapa banyak la kalori yang dah masuk ni..

Agak-agak selera tak korang tengok?......hehehehheeee.(^__^)

Sue..Try masak se sihat yg boleh tau (hancus ayat)..mee yg simple just pakai olive oil, garlic, kicap dan oister sos ..>>>>>> erkk!!!!!! sihat ke ni ya..Ngeeeee...

Udang  dan sosej di bakar ya (^_^)......

Okey!..Sekian laporan untuk malam ni...Huaaaa...tuan rumah nak rehat pulak ya....Sambil-sambil tu nak selongkar dapur korang pulak..Heeeee....(^__^) .....Muahhhhhh!!!!!!!..

Puding Kentang Berkaramel

 ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah...gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suka hati..Hahahhahahaaa...cam hapa ntah kan....Tetiba ntah angin hala barat mana..nak nyanyi plak!...Hokey!..Kan sue dah kata..Hari ni..mood sue adalah rajin..Makanya, petang ni ada sesi tayang menu minum petang ya...(^___^). 
Teruja tengok Kak Dayang tayang Puding Kentang Berkaramel dia kat FB hari tu tau..Meleleh ja ayaq liur...Yang menyampah tu...Sampai ati tau...suka sangat tayang makanan sedap-sedap tetengah malam..Alaaaa...bukan Kak Dayang ja...Kak Nor dan  Dak Ika tu pun sama juga...Kak Ana!...Tolong..jangan up menu sedap-sedap memalam buta ya...siap akak nanti..kikikikiiiiii...Nasib tak terbawak-bawak dalam mimpi tau..Ngeeeee...Tipuuuuu jaaa...heeeeeee...

Okey..Memang sedap tau puding ni..sue sendiri tak sedo..dekat separuh sue sorang yang makan..Ngeeee..Waaaaa...sedih..sedih....sebulan lagi tambah masa..x-traaa..DIET...Ngeeee.....
Dah!..stop merapu...U all..layan resepi dari Kak Dayang ni ya...Thank's Kak Dayang 4 the resepi yg sedap ni..Yang penting..tak dak bau telur..(^___^).



Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Karamel :

  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 


Jus Green Apple Salery

Panas...Panas..Panas..Cuaca ..panas betul..Layan tekak tetengahari ni.Teringat lak..air apple salery SR..Tu yang gigih puluh buat sendiri.Senang sangat nak buatnya..Tapi kalau dah kata malas tu kan.benda yang senang pun memang la tak terbuatnya.

Tapi hari ni sue tersangat la rajin..Makanya...anak tekak ni dapat layanan yang baik..erk!!..heeeee



Bahan-bahan


  • sebiji epal hijau
  • sebatang salary
  • sesudu kecil gula or madu ( sue buh sikit sbb sue suka manis buah ja)
  • secawan air sejuk
cara-cara
  • Basuh semua bahan . Potong kecil-kecil dan masukkan kedalam blander. Masukkan air sejuk.
  • Tuang dalam gelas. Tambahkan ais kiub. Siap.
Pada yang ada jus maker tu senang ja..buh ja semuanya tu..tapi sue guna blander ja...Yang tak suka kan serat-seratnya tu..korang tapis la ya..Sue minum ja serat-seratnya tu semua..Sedap ja pada sue..hehheheeaa..Heiii..bagus apa..serat-seratnya tu.... awet muda..cettt!!!!!...Ngeeee..(^____^)


Tuuu diaaaa...tang serat tua yang baguih tuuuu...i like it..ngeeeeee..:p

Nasi Goreng

ASSALAMUALAIKUM.
Tak mo menceceh panjang..
Just nak tayang menu pagi ni..and just nak update n3 ja..
Sapu2 sawang sikit..Ngeeeee....
Keja..banyak...lemak pun banyak yang nak kena bako..
Makanya..tak boleh lelama duduk ngadap lappy...
Hahhahaaaa.....sengal ja kan...
Okeh!..Ni menu pagi ni...
NASI GORENG PEDAS ........>>>>>>>pedasssss la sangattttt..ngeeeet

Daaa..chau cin cau.......(^____^)



Pencarian berhasil juga...


ASSALAMUALAIKUM..

Akhirnya..dapat juga apa yang dicari..
Jenuh dah cari kat bookstore..tak ada juga
kedai online pun tak ada juga..

Ntah macam mana..
Pagi-pagi tadi..ada kawan call bagi tau..
Yang Karangkarf ada reprint semula buku ni..
Apa lagi..sue pun terus la beli terus..online
Punya lah gigih..3 kali cuba..gagal..
Kali ke empat baru berjaya buat pembelian.

Mesti ada yang muak ja kan..
Benda macam ni pun nak suka..nak cita..
Tapi pada mereka yang memang ada hobi minat membaca novel
Pasti tau macam mana rasanya.. bila dapat
memiliki novel yang kita nak sangat tu....seronok sangat tau...

Tak sabar rasanya nak tunggu buku tu sampai ketangan.
Lepas ni lagi senang beli terus dari karangkaf rasanya.
Murah pun murah...(^___^)..
Pada yang nak husha gak boleh klik ja link bawah ni ya..
Shopping la sepuas-puasnya ya...Hehehheee..

 


   

Cepat..cepat..sapa nak..

Cepat-cepat la kome semua ya..
Mana-mana yang kaki McD tu..
Haaa...sila lah print gambo ni ya..
Dah kecoh dah kat fb dan email inbox sue..
heeee...cepat..dua hari ja tau....
i diet..tak pandang dah  (stakat ni laa...ngeeeee)


Kaki Ayam Masak Kicap

Kat rumah ni kalau kaki ayam...
Buat sup atau masak macam ni saja baru laku..
Kalau tidak..emmmm..harus, cik tong sampah yang perabihkannya nanti.

Ni masak bodo-bodo ja..
Senang ya amat...Sangat sesuai untuk orang yang kureng rajin macam sue ni..



Bahan-bahan.
  • Kaki ayam... dipotong ya..
  • 2 biji Bawang merah*
  • 2 biji Bawang putih*
  • Sikit lada putih
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • Halia sikit*
  • 1 batang serai * Optional- kadang2 sue buh juga..
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili api
  • 1 biji cili besar
  • Kicap
  • Garam secubit rasa
  • Kentang /carrot - terpulang nak letak ke tidak.
  • Daun sup untuk hiasan
Cara-cara.

  • Panaskan minyak..Tumiskan bahan yang bertanda *. dan masukkan lada putih,
  • Masukkan kaki ayam. Biar sekejap dan masukkan kicap ( agak2 la ya) serta cili api.
  • Masukkan air (banyak pun tak apa) biarkan sampai lembut( mcm nak lerai dagingnya)
  • Pastu bleh masukkan kentang/ carrot..
  • Siap..taburkan daun sup.


Ruang Rindu

ASSALAMUALAIKUM...
Nak share novel baru..
Baru ja rembat...Bila nak baca pun tak tau la..
Banyak lagi buku yg masih belum bukak lagi pelastiknya..Ngeee

Asalnya nak carik Novel " Kasih yang suci"..
Tapi...tak dak...susah betul kalau nak carik novel yg best2 ni..
Mesti tak dak stok ja...

Tapi tu lah...kalau dah masuk bookstore..
Memang sue tak kan kuar dengan tangan kosong..
Busuk2 pun..mesti rembat satu buah buku..
Hehehhehe..kalau tak..tak la Sue namanya..ngeh!..ngeh!..

Okeh!..baca sinopsis dulu ya...
Tunggu seru datang dulu..baru baca..
And..kalau rajin nanti sue share sikit2 cita ni..
best ke dak ya....(^_^)


Sinopsis

Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati.
Begitulah yang dialami oleh Dayang Camelia seorang gadis tomboy
apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak
dikenalinya. Demi maruah keluarga, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.

Suatu Hari Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru.
Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang
mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan
hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan.
Dia nekad untuk berubah meninggalkan sikap playboynya dan
memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah berjaya
menambat hatinya.`Namun kemunculan Tuan Amir yang
diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya telah
menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya
atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia berkahwin
dengan Tuan Amir.


Bijak Memasak

ASSALAMUALAIKUM..

Bijak memasak...Sapa yang bijak?..I ker?...
Kikikikiiii....tak ada maknanyalah..Buat kek simple pun bleh tak jadi..
Buat malu ja...Ngeeeee

Tu tajuk buku sebenarnya...
Nak beli novel..ntah macam mana boleh pulak hati tersangkut nak beli buku ni.
Tapi siyes...sangat bagus...
Tak rugi sue beli...Banyak ilmu dalam tu...


Maklum la..sue ni walaupun pompuan sejati..( kekekkee..jgn ada yg muntah ya..)
Tapi banyak ilmu-ilmu di dapur ni yang sue tak tau...
Jangan gelak hokey..dulu sue tak kenai tau..
Mana jintan putih..jintan manis dan beberapa rempah ratus lagi la..
Asal nak kenal ja, google...Heeee..Nasib pakcik google ada kan..
Now...dah teror la..sikitttt ja..heeeee

Ok!..berbalik pada buku ni.
Sangat bagus...Thank's la to kak Norzailina ni...
Sangat memahami orang-orang yang tak banyak ilmu memasak ni..
Dalam tu ada dikongsikan resepi..juga:
Pelbagai persoalan berkaitan kemusykilan dalam masakan..
Pengenalan pada bahan-bahan masakan..peralatan masakan
Dan banyak lagi lah....


Harga sangat berpatutan..Just RM16 saja.
Sangat berbaloi rasanya....
Okey!..malas nak ulas panjang-panjang..
Nak tau lagi..pi saja kedai buku ya..
Cepat dapatkan buku ni sekarang..
Tak rugi jadikannya koleksi...Sebab sangat bagus untuk tambah ilmu..
Key!..Stop dulu..
Nak sambung menelaah buku ni...
Eiiiii..pas ni i jadi pakar la memasak ni ya...Cittt..berangan saja..Buueekkkk...sendiri muntah..hehhehe.
(^_~)





Blended Orange Cake

 ASSALAMUALAIKUM...

Panas..panas...panas...memang panas dari oven pun nih...
Dek kerana Kak Anawahid yg dah ketinggalan ketapi tu pun dah mengigih try kek ni.
Maka hari ni sue try juga..
Memang senang banget buatnya...Tak payah nak jenuh mengodek2..
Buh ja dalam blander..senang tu kan....




Tapi maap la ya...Ntah apa la kenanya..
Macam tak menjadi la plak...
Aiii..tak kan kerana sue derhaka sikit2 ja..
Dah kena sumpah...sampai tak cun naiknya kek ni...



Okey!!...Meh salin resepinya nya...Ramai dah yang try resepi ni..

Baik....Resepinya sue copy dari Kak Ana ja ya...Halal ya..



Bahan-bahan
1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum - sue campuq dengan tepung kek
1 sb baking powder
1 sb oren sunquick - sue tambah
pewarna kuning- sue tambah

 Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
6. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.






  





 

Pizza segera lagi




ASSALAMUALAIKUM..

Baik...tak mo menceceh banyak-banyak..
Tugas menimbun tuh menanti...Ngeeee
Pagi ni..tak nak pening-pening kepala..
Buat mini pizza lagi...
Senang..cepat dan pastinya sedap....
Apa yang penting!.....Kenyangggg...
Betuil tak?..Okey!..Jamu mata la ya...
Dah habis dah pun.....Sorang sekeping ja..
Jangan makan banyak-banyak...Nanti Gumuk..Kikiiiiikikiii..




Wahai suamiku...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah ,Tidaklah setabah Fatimah Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya... Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.... Amin....


Berjaga-jaga

ASSALAMUALAIKUM...
Sekadar berkongsi maklumat..
Nampak tak mamat kat bawah tu..

Awasi individu ini. Suspek menyimbah asid....Jaga-jaga..



Iskh!!!..takut betul la nak pi jalan-jalan sekarang ni.
Tak ada buat salah pun kena juga
Haru tak haru tu...tengah syok2 berjalan..tetiba orang simbah asid..
Tak ka naya namanya tu..
Harap-harap..cepat la suspek yang berkenaan ditangkap.

Mini Butterscotch Pizza


ASSALAMUALAIKUM...

Konon pagi ni malas nak buat apa-apa...
Dah tu..stakat nak layan tekak sorang ja..tak da maknanyalah..
Cik hb pergi kursus 3 hari...'
Harus la cuti ni bermalas-malasan.


Masuk dapur...bukak kabinet..
Jumpa roti ni yg dah nak tamat tarikhnya..
Bukan banyak mana pun..3 keping ja lagi yang tinggal..
Nak naikkan nafsu nak menghabiskannya..
Maka...terhasil lah...Mini Butterscotch Pizza..



 Sebenarnya..ini juga adalah sesi pecah dara benda alah ni...
v
v
v
v
v
v
v

Heeee...new oven...
Hope semangat memasak tu akan lebih lagi la lepas ni...
Kalau tak...tahan telinga ja la..
Kena kutuk dengan encik hb...








 

Alhamdulillah

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah...dah ok blogspot ni....
So boleh la mula hapdet n3 balik ya.
Ok!..Just nak update ni ja..
Kikiiiii...testing log masuk..buleh ka tak..tu ja..
Key...sue out dulu...
Mau berkarya di Dapur...Ngeeeee.....
Daaaaaaa

HAPPY MOTHER DAY

 ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI IBU sue ucapkan kepada mak sue dan juga kepada semua ibu-ibu di luar sana.

Bagi teman-teman yang masih belum bergelar ibu...seperti saya ya .ingatlah di dalam hati korang juga mempunyai naluri ber'ibu' keibuan juga...
Bersabarlah..sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik semua itu... (^_^)..


~ Pic From Google~


Untuk Ibu-ibu dan mana yang bakal bergelar ibu..Meh kita sama-sama hayati kata-kata bijak dalam memdidik anak-anak ni ya...Sue dapat ni dalam fb..so, sue share pula disini untuk tatapan semua..

Jika anak dibesarkan dengan celaan... dia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan.. dia akan belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan.. dia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan hinaan.. dia akan belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan.. dia akan belajat percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian.. dia akan belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman.. dia akan belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan.. dia akan belajar menyenangi diri sendiri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi.. dia akan belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan.. dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan.. dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya...


Mee Goreng + Cucoq Tepung


ASSALAMUALAIKUM..

Morning semua..Alhamdulillah, syukur kepada Allah...
Bangun pagi ni..tengok badan..still lagi diselimuti dengan baju bukan kain putih..

Okey!..Hari ni sue tak berapa sihat lagi sebenarnya..
Dah dua tiga hari ni kena serangan selsema dan batuk..
Dan malam tadi demam sikit...penat kot..sebab siang tu sue keja..

Walau cuti dan tak sihat pun..
Kena juga gagahkan diri untuk uruskan hal-hal rumah
Hari ni sue sediakan bekfast simple saja..
Just mee goreng dan cucuq tepung.
Buat banyak untuk sampai tengahari..
Tengahari ...jawabnya...sue tak masak ya..heeee


Dah katanya tak sihat kan..
So..haruslah banyak berehat....
 Siap semua keja dulu..baru lah sue rehat ya...Heeeee

Jemput makan semua....


Jom vote untuk flavour kegemaran...


Moh kita vote perasa kegemaran kita..

Syok plak..klik2 kat pagenya tu..
siap ada bunyik lagi..bila kita letak kat maskot perasa tu..hehheheee.. 

Nak undi klik ja link kat bawah ni ya..



   

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...