Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Potato Salad


Hari ni sue nak try resepi ni..dah lama dah skodeng kat rumah Ros..Nampak sangat2 la menggoda menu ni posing kat rumah Ros.
Puasa kali ni..sue mmg dah tak lalu sangat nak makan..waktu berbuka just makan ringan2 ja..Dah dua hari berbuka makan tauhu sumbat ja..Sahur just ambik HL shake ..

Hari ni nak kasi up selera skit..So..disebabkan hari ni juga cuti..Banyak masa dapat diluangkan dirumah..Jadik la menu2 berbuka yang agak berat hari ni..

Okies..ni resepi potato salad ya..Copy resepi dari Ros ja...Nak tengok potato salad yg gambonya cantik bleh la masuk rumah Ros ya..
Bahan-bahanya
3 biji kentang ( direbus dan dilecek) - sue guna 2 biji ja

1/3 batang carrot
1/2 batang timun
1/4 biji bawang besar
3 sudu besar mayonis - hehee..yg ni sue buh 4 sudu..

sedikit garam
1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
Cara-caranya
1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.
- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. ( yang ni sue tak letak ler)

Ros!..siyes..memang sedap la potato salad ni..Kalau tak kerana diet..Mau licin sue makan sorang..ekekekkeke


1 comment:

adad said...

tak penah wat lg.. sedapp erkkk.. wat raya nanti la. muehehehe

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...