Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Bebola Roti Goreng



Ingat kak Hana ja bleh buat bebola api..sue pun nak buat juga...Daripada roti nan ado tu berkulat baik la dibuat bebola roti..Mak ai..jenuh nak kasi bentuk bulat2 tu..Heran betul la..awat la kak hana punya bebola api elok ja membulat2..Apa petua ko kak?....

Ok lah..resepi seperti biasa sue cnp Kak Hana ja..Kan i dah kata kakak tu 'my buku resepi'...hehehehhe...

Bahan-Bahan

  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.




Peanut Butter Choc Chips Cookies


Projek hari ini adalah..membuat biskut..So..biskut pertama adalah Peanut Butter Choc Chip Cookies..Tapi tu lah..choc chip lak tak ado..Tapi sbb dah gedik sgt nak membaking..Jalan ja lah guna apa yg ada..Kunon nak bg cantik letak ler skit kismis kat atasnya..Jadilah..ekekkeke..Bleh plak shooping smlm lupa bawak list barang..tu yg choc chip tertinggal tu..Time ni betul la kata cik hb.."buat list..bawak list kalau nak pg shopping"...ekekekekke...
Resepi seperti biasa adalah di cnp dari my buku resepi iaitu kak hana..ekekkeke..mampus kena puk ngan kak hana ni..Nasib ler dia duk jauh nun kat Jepun tu..heee..
Kak!..share resepi ya..Tapi jan gelak no..biskut sue tak secantik biskut mu..

Nak tengok gambo biskut ni yg cun and version yg choc chipnya masuk ja umah Kak Hana

Bahan-bahan
  • 125g pure butter
  • 4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
  • 60g gula caster
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
  • secubit garam*
  • 1 biji telur(L)
  • esen vanilla
  • chocolate chips-ikut suka byk mana ( yg ni sue tak letak)
Cara-cara
  • panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
  • satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
  • masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
  • masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
  • simpan sekejap dlm peti sejuk.
  • bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
  • bakar 20-25min(sehingga perang)
  • sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.



Boleh la bagi adik bawak bekal dia pg sabah malam ni..Jadi ke tak jadi..lepas berbuka la baru tau..ekekkeke

Cucur nasi Ikan Bilis



Ni projek semalam....Sepanjang bulan ramadhan ni blum lagi makan jemput2..Oleh kerana senang ja membuatnya dan nasi sejuk pun ado..Jadilah menu berbuka petang tu Cucur Nasi Ikan Bilis..
Resepi skodeng rumah Kak Hana..My buku resepi..akakakkaka..sowie kak...
Kak!..mintak halal ya..sue cnp resepi na..Maleh naik menaip byk2...

Bahan-bahan
  • 1 cwn nasi*
  • 1 cwn air* * diblender..
  • 1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
  • 1 biji kentang di sagat/dipotong halus
  • 1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Ikan bilis ikut selera
  • Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  • Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
  • Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
  • Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
  • Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.
Layan ayaq tembikai..

cuti

Salam..
Uiihh!!!..lama tak update...
Hari ni Selangor cuti..sempena Nuzul Quran..
Sue orang selangor..rumah pun kat selangor...
Tapi apa sue buat kat opis skang ni hah?...
Waaaa..naper opis ni duk kat KL hah....
Wat orang2 Selangor or yg bekerja di Selangor..SELAMAT BERCUTI..

Meh kita share skit info pasal nuzul Quran ni ya..

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
( Petikan ni diambil dari N3 izyanty..more info bleh ke rumah izyanty ya..Klik SINI )

Heee..semakin malas nak update n3..

PUTAT& BUDU



N3 ni buat Deetha..
Deetha ada tanya hari tu..BUDU TU APA?..ULAM PUTAT TU APA?..
Haaaa...
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Nih! pokok putat..Bunga dia wangi tau..

Ni buahnya yg dah dibelah..Rasanya ada kelat2 skit..Tapi lama2 makan sedap..


.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ni plak adalah Budu..Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. More info bleh klik sini ya.
Dulu, sue pun tak suka budu..tapi skali dah try..sedap rupanya..hehehhehe


Ni..cicah budu..Senang ja nak buat..Potong cili, bawang dan perah limau nipis @ lemon.


~ Gambo Ehsan Cik Google~

Ramadhan ke-11


Layan menu hari ni..selain potato salad yang dah dipost n3 tadi.....

Meriah tak?..Banyak gila kan menu hari ni..Tu belum lagi dengan Murtabak Di Rajanya yang last2 minit cik hb bawak balik...Yang frozen punya...Ada ka patut..dah kul 7..suh gak bini dia ni masak gak murtabak tu..Dah la besar dan tebal..

Banyak2 menu mcm tu..sue just makan 2 ketul murtabak diraja, skit spegetty goreng dan potato salad..Senak perut dibuatnya..Cam dah terover ja mkn..

Ooo..tak lupa juga..minuman hari ni adalah..Air Tembikai pilihan cik hb..(^_^).. Ni lah yg dikatakan....

Gendang Gendut Tali kecapi
Kenyang Perut Suka
Hati
Hhahahhahahaha


Potato Salad


Hari ni sue nak try resepi ni..dah lama dah skodeng kat rumah Ros..Nampak sangat2 la menggoda menu ni posing kat rumah Ros.
Puasa kali ni..sue mmg dah tak lalu sangat nak makan..waktu berbuka just makan ringan2 ja..Dah dua hari berbuka makan tauhu sumbat ja..Sahur just ambik HL shake ..

Hari ni nak kasi up selera skit..So..disebabkan hari ni juga cuti..Banyak masa dapat diluangkan dirumah..Jadik la menu2 berbuka yang agak berat hari ni..

Okies..ni resepi potato salad ya..Copy resepi dari Ros ja...Nak tengok potato salad yg gambonya cantik bleh la masuk rumah Ros ya..
Bahan-bahanya
3 biji kentang ( direbus dan dilecek) - sue guna 2 biji ja

1/3 batang carrot
1/2 batang timun
1/4 biji bawang besar
3 sudu besar mayonis - hehee..yg ni sue buh 4 sudu..

sedikit garam
1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
Cara-caranya
1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.
- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. ( yang ni sue tak letak ler)

Ros!..siyes..memang sedap la potato salad ni..Kalau tak kerana diet..Mau licin sue makan sorang..ekekekkeke


Iskh! iskh!..kes cilok la ni

Ishk!..iskh!..tak baik tau buat mcm tu..Sebenarnya..sue dah pernah masuk sebelum ni kat rumah si tut ni..Kes meraban nak carik resepi la ni..Masuk2..mmg menu2nya mcm pernah dilihat..

Alih2..pagi ni..tgk kat rumah CMG and Ros..betul la rupanya..semua menu dan gambo yang sue tgk tu adalah hak mereka..kes kena ciplak la ni..Memang sebijik dik oii..sah2 tu gambo depa..Cuma tang watermark ja dah tak da coz dah dicropkan..Tak caya korang tgk la sendiri..Tak payahla sue addkan link org tu..Nak tau..pi ja ke rumah Ros dan CMG..

Iskh!..ishk!...Nasib la..gambo2 dalam blog nih tak lawo..tak selera pun tengok..kalau tak..kena copy juga agaknya..hehhehe..

Kulit cempedak Goreng

Pernah Makan?..Pernah tengok?..Haaa..ni la sue nak bg tengok..Tak tahulah mana asalnya menu ni..Tapi yg sue tau..kalau kat kampung, mak pernah buat ni..

Ni sebenarnya salah satu dari menu berbuka masa hari ke3 ramadhan hari tu..Sue kira gunakan sepenuhnya dari sebiji cempedak ( ala bukan byk..sikit ja cempedak yg ada pun)..

Cara2nya adalah :

- Buang kulit luar cempedak (mcm buang kulit labu or timun tu la).
- Potong kecik2..
- Basuh skit ( tak payah pun tak per)
- Bubuh la garam dan kunyit. Perap sekejap..
- Goreng..


Nih kulit cempedak yg belum digoreng lagi..


Dan inilah hasilnya..Sedap tau..cik hb pun makan juga..Ingat dia tak mau makan..sebab dia tak pernah tahu..terkejut gak dia bila sue kata yg dimakan tu adalah kulit cempedak..ekekekkee

Jawab Tag & Award

Jawab taq and amik award dari rakan blogger dari seberang..Thank's Deetha..Sue try jawab ya..



Soalannya :


Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawab : Uiihh!!..memang panas..cuaca la yg panas..heee..Nasib puasa..kalau tak dah togok air byk2 nih..

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

Jawab : Memandangkan masa taq ni dibuat menggunakan komputer off dah sue sedang berada di off ( aarr time rehat ya skang ni) Maka inilah wallpaper yg sue gunakan. Gambar masa pergi Sanggar Kerja Jabatan di PD tahun lepas..Mana gambo sue?..Sila carik sendiri ya..hahahahah

Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawab : Loo..cita?..Dah cerita dekat jawapan no2 la..sama ja..

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawab : Alamak!!..tak ingat la..Yg pasti tahun ni blum lagi..


Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawab : Oooo..baru tadi..Lagu sudirman..Salam terakhir..Tu pun sebab tgk kat status fb kawan..So..bukak la..

jawapan di bawah ini telah disambung buat dekat rumah pula..ekekkee

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawab : Sambil tengok cita Smallville (eh!..tb yg tgk sue la..sue sibuk ngadap lappy ja..heee

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawab : Errr..IDA, ACIK and yg paling sweet sgt..dlm Familly dipanggil CIK DADA..Aaa..ada la yg gelakkan tuh!..


Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawab : Hmmm..... Nak taq sapa nih..Tak bleh skip ka..Huhuhuh..geng masak tentu dah byk yg kena taq nih..Key lah..sue nak taq....

1. Mia Ina
5. Sha

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawab : Mia Ina..Seorg Guru yg berjiwa kental dan tabah..Passttt!!..dah nak kawen dah tu..Sekarang tgh dlm fasa yg membahagiakan..heheheh

Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?
Jawab : Sha!..kawan maya baru sue..Juga menggunkan rx-lite..skang tgh pregnant..Take care sha..jaga kesihatan ya.

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawab : Err..ada!..saudara seislam..hehehhe..Kak ida ni pun kawan maya sue juga..Juga kawan diet sue..Kak?..diet mcm mana?..ok! (^_^)

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Jawab : Kak Eynda!..Mama hannah..cute girl yg banyak akai ni..Hot mama la juga..Juga kawan maya sue..

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawab : Akakakkaka..kata2 cinta?..Abis la tie..

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
Jawab :
(1) Kawan jumpa di dunia maya
(2) Suka masak-memasak juga
(3) Geng diet..Depa ja yg berjaya..sue?..masih dlm perjuangan..akakakkakaa
(4) Kawan se off dgn sue..
(5) Baik hati semua... ahahahaha


Ok deetha..sue dah siapkan taq ni..Fuhh!!!..berpeluh nak menyiapkannya...

( ini adalah auto n3..disiapkan awal2 pd sabtu lepas..di off..tapi post untuk hari ni..aci tak?..ekekekkee)

Ramadhan ke-5..



Hari ni..sue agak malas dan badan pun rasa tak sedap..
Sampai KL tadi dalam kul 1 lebih..Rehat2 sat...Kul 3 baru nak jenguk2 dapur...Zohor pun lewat tadi..hehehhe..

Nih ja lah menu hari ni..Daging goreng sambal, ikan goreng, cicah budu dan ulam putat..


Akakakaka..lawak tengok rupa apam sue ni..Actually apam coklat diganti dgn apam milo..Ni la hasilnya..macam segan2 jer dia nak tunjuk muka..heee




Resepi dari Kak Hana ( Kak! mintak halal ya..sue cnp resepi ni). Nak tengok apam ni posing cantik..korang pg la ke rumah Kak hana ya..Eiiiii..

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan gula
3. 1/2 cawan susu pekat
4. 1/2 cawan minyak masak
5. 1/2 cawan air
6. 1 biji telor
7. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
8. 1@2 sudu makan serbuk koko ( ni sue ganti milo..ekekeke..koko tak der ma..)

Cara-cara
1. Mixer kan semua bahan
2. kukus dlm acuan (10-15 minit)



Ramadhan ke-3..



Nih adalah menu berbuka untuk hari yang ke-3..N3 yg baru nak dipost..Heeeee
Ayam masak singgang ni, adik yang masak..Ntah apa mimpi ntah, dia terlebey rajin kot..Tetiba dia nak masak lak..Sue apa lagi..dah di offer..dengan senang hati menerima ja lah bantuannya..ekekkekekek...


So..hari tu tak singgah PARAM ( nih ayat yg dah byk blogger2 gunakan) pun..terus balik rumah..
Jenguk peti..ada lagi baki cempedak yg kakak off bg hari tu..
Pe laie..goreng la...


Loo..rasa macam tak cukup ja..godek2 lagi peti magic..Ekekekkee..jumpa pisang salai tahun lepas..Gila bagak..lama betul tersimpan dalam peti sejuk..Memang tahan betul..So..goreng habiskan semua..




Hadiah Contest

Salam semua..

Tengok nih!..Bungkusan ni sue terima hari khamis lagi sebenarnya..Tapi tak bleh nak upload gambo ni dlm blog..So tertunda la hingga hari ni...Nak tau apa isi bungkusan ni?..hehhehe
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
Ni la dia..Perfume la..I like it...Perfume ni bukan untuk pompuan, tapi tuk laki..So, sue bagi cik hb pakai perfume ni....Biar abg wangi sentiasa..ekekekkee..


Thank's Cik Min..Nak tau macam mana sue bleh dapat hadiah ni..Bleh klik sinilah nak tgk apa contest yg sue masuk...hehehhe..

Mano gambo ?

Aduiihhh!!..dugaan betul la..
Apasal tak bleh upload gambo yek!..Heran la..dari semalam try tak buleh2..

Tension nih!..
Gambo cik smiley ni yg buleh plak...


Hari ke 2 Ramadhan

Salam..
Hari ni dah masuk hari ke2 umat islam berpuasa.
Stakat 2 hari ni..sue masak simple2 ja..Paling2 simple..baru berkesempatan rebus telur masin. goreng ayam dan masak nasi jer..eekekekeke..hampeh tak!..
Ya la..hari pertama pose..balik umah agak lambat juga..Cik hb ajak pg bazar ramadhan ja terus..Sue tak beli apa pun..semua cik hb yg pilih..Sue sgt2 tak rasa nak makan beria2 sgt pun pose ni..

Sahur pagi tadi..just perangat lauk yg ado..rebus telur masin..masak nasi ja..Tuk diorg makan ja..Sue mcm biasa..just amik air koko rx-lite jer..pastu ratah ayam seketul..uuuu..sgt2 tak lalu nak mkn pepagi buta ni...

Hari ni..planning nak makan benda alah ni..ekekekekkekee...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak..nak lak yg namanya PECAL JAWA tu..Fuhhhh!!!!..leleh!..Ada masa nak suh mak buatlkan stok sambal pecal ni byk2..So..bila rasa nak mkn..senang ja..Hahah..dasar pemalas punya anak...




Tips Kejutkan orang bersahur

BANGUNNNN!!!!!....

Payah betul nak kejut sahur...Ni la masalah yg selalu terjadi dibulan pose..kalau berbuka tu..senang plak..tak payah nak dikejut2..ekekekekee..

Time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling kritikal sekali. Ok..Dibawah ni ada tips2 menarik untuk dicuba:-)..(thank's kak Anies share tips ni..ekekekeke)

TIPS 1
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond



TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit



TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!



TIPS 4
tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya






Ekekekek..haa..hambek ko...


Last ucapan

Passttttt!!!!!..Ada pengumuman tak? ( i di off lg tau..tak dak siaran langsung..hahahha)
Esok pose ya..Hehehhehe..dah tentu2 esok pose kan...

Pi terawikh malam ni...

Pikir..pikir cepat..apa menu nak jamu family sok sahur..

Aiipp!..jan ada yg coba2 nak gastrik lak sok... tak aci :p


Nan yg sedang diet..ni lah

Waktu terbaik untuk diet diet diet hehe. Sambil menyelam minum air . Tapi tunggu time buka pose dulu lah yer..batai pose i tak jamin..


Ok!..
SELAMAT BERPUASA..


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...