Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 18 June 2011

Kek Lapis Alwani again...

Alhamdulillah..
Siap juga akhirnya...Gigih juga nak update malam ni. Mata dah ngantuk ni..Badan pun dah letih.
Layan lah ya..Projek mengejut malam ni...Tetiba mood membaking tu datang...Dan..dan tu juga nak dibuatnya...
Nasib la bahan still ada lagi...Buat saiz beso..Tapi rupanya, loyang i tak cukup beso..udahnya dapat la 4 lapis ja...Tak pa..lain kali bleh cuba dan cuba lagi...sampai puas hati...




Bahan-bahan ~ Sumber dari Kak Dayang

  • 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.


3 comments:

NoRMa aZurA iSMaiL said...

wahhh....menariknyer nampak...terliur tengok

gerhana luka said...

rajin ko buat kek ni kan, aku nak try gak tapi tak tau la bila nak dtg rajinnya, cam sedap je aku tengok kompem sedap kan...

~wani~ said...

wah..mcm best je..nnt nak try laa..hehe

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "