_____________________________________________________________________
Satu badan gatal-gatal
JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.
Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.
“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.
“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.
“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.
“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.
6 comments:
jeng-jenggg....mau kena seribu kali pikiaq nie...menakutkan aje...
kesiannya..rasanya dia ada elergic kot..
Wawa:Tu lah..tak pg pun tak pa dah..Heee
Kak Kseh: Sue pun ada terfikir gak..ada kemungkinan sbb dia alergi dgn krim yg digunakan kot..
Aku pernah pegi masa zaman anak dara dulu..
Masa kena balut ngn termal blanket tu.. mmg gatal smpi rasa nak meletup kepala punya gatal..
Dah laa telanjang bulat dalam tu..
Pastu tangan tak leh nak pi garu pulak..
Garam slimming yang depa letak tu mmg gatal ya rabbi..
Lepas tu mmg turun 3kg..
Tapi aku tak rasa itu berat lemak..
Mesti berat air..
Yelah 2 jam laa pulak duk dalam selimut panas tu..
Zel: Erk!..telanjang bolat?..Erk..telan ayaq liur aku sat..Tak sggup la plak nak serahkan body i yg kiut miut ni kat depa..Ngeeeee
Rasanyer dia ada alahan la....kalau betul slimming centre tu buat benda tak betul punya la ramai customer yg jadi macam dia kan....masa nak start pun kena isi borang...ada soalan pasal alahan....so kena tau diri sendiri jugak la...
Post a Comment