Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Peranan iklan khas sempena hari raya

Sue ada terbaca juga beberapa n3 pasal iklan ni..Sebenarnya..masa mula2 iklan ni ditayangku..sue dan hb pun dah tertanya2..apa motifnya iklan ni..mmg mcm pelik skit..rasa mcm krismas pun ada....Tapi hari ni..terbaca juga beberapa isu berkaitan hal ni..Apa2 bleh jenguk2 sini dan sini juga..Masing2 ada pendapat masing2..

~ Gambo Ihsan cik Google~

Fragmen: Peranan iklan khas sempena hari raya
Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my
2010/09/12

MULA-mula melihat iklan Sinari Lebaran yang disiarkan di TV3, kita sudah mula terfikir kemungkinan akan mencetuskan polemik atau kontroversi daripada orang ramai.

Walaupun idea cukup menarik serta kreatif, tetapi persembahannya memang jelas ada yang tidak kena. Lalu kita membiarkan sahaja kepada orang ramai untuk memberi maklum balas terhadap iklan berkenaan. Jangkaan itu benar. Sebaik saja membuka laman sosial Facebook, sudah ramai yang mempersoalkan kewajaran TV3 menyiarkan iklan Sinari Lebaran.

Bukan pasal iklan tetapi persembahannya. Iklan Sinari Lebaran menceritakan khayalan atau imiginasi kanak-kanak menaik beca ajaib seperti cerita Santa Claus dengan terbang di bawah Jambatan Pulau Pinang, mengelilingi Menara Condong Teluk Intan dan Menara Berkembar Petronas atau KLCC. Kemudian diikuti dengan bunga teratai mekar.
Dalam perbualan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian TV Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan, beliau terus terang mengakui kesilapan itu tetapi menegaskan pihaknya tidak ada niat langsung menimbulkan rasa tidak puas hati atau menyinggung mana-mana pihak menerusi iklan yang disiarkannya di TV3.

“Untuk mengelakkan kontroversi, kami menarik balik penyiaran iklan itu. Tapi saya langsung tak terlintas untuk menyinggung mana-mana pihak. Saya tak fikir langsung konsep iklan ini ada kena mengena dengan agama.

“Kami cuba memberikan sesuatu yang berlainan. Konsepnya adalah berdasarkan fantasi kanak-kanak. Imiginasi teratai itu secara rasionalnya, kami tak mahu menggunakan bunga-bunga tradisional, yang sudah selalu digunakan.

“Bagaimanapun, saya dengan rasa bertanggungjawab dengan kesilapan ini dan kerana menghargai pandangan daripada penonton yang banyak memberi sokongan terhadap TV3, siaran itu ditarik balik walaupun kos untuk menghasilkannya agak tinggi,” katanya.
Sememangnya setakat ini, boleh dikatakan tidak ada langsung iklan Hari Raya yang benar-benar boleh menyentuh hati apabila menontonnya. Mungkin kerana faktor menerbitkan iklan khas ini yang tinggi menyebabkan kebanyakan syarikat korporat kurang berminat terbabit untuk menghasilkannya. Kita faham pelaburan besar juga sebab selain kos untuk menerbitkan, ia juga membabitkan kos untuk membeli slot siaran pula. Memang tinggi. Hanya syarikat yang benar-benar komited saja sanggup menerbitkannya.

Iklan khas raya ini penting kerana ia dianggap sebagai satu tradisi kepada stesen TV. Ia dapat membantu membangkitkan mood dan suasana Hari Raya. Bahkan, tidak keterlaluan kalau kita katakan iklan khas sempena hari raya ini sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton. Ini kerana walaupun pendek, tetapi mesej yang disampaikan lebih padat, kemas dan mudah difahami berbanding menonton telefilem atau drama yang sesetengahnya menampilkan jalan cerita meleret-leret.

Iklan khas ini, bukan saja untuk disiarkan pada hari raya, tetapi juga pada hari kebesaran lain seperti Hari Kebangsaan, Deepavali, Krismas atau Tahun Baru Cina, selalunya dihasilkan dengan mesej yang jelas. Ia tidak nampak terlalu retorik, sebaliknya dipersembahkan secara bersahaja.

Sudah tentu kita tidak lupa dengan iklan yang diterbitkan oleh PETRONAS iaitu mengenai kisah seorang budak yang berulang kali bertanya mengenai burung yang hinggap di atas pokok. Si bapa tidak pernah sekali pun tidak menjawab anaknya yang bertanyakan soalan yang sama. Tapi apabila si anak sudah besar, si bapa asyik bertanya kepadanya apa yang ditulis oleh ibunya. Si anak macam acuh tak acuh saja menjawabnya sehinggalah dia sedar ketika kecil, si bapa inilah tidak jemu-jemu menjawab pertanyaannya.

Nampaknya, setiap tahun kita seolah-olah bergantung penuh kepada PETRONAS untuk menyumbangkan iklan khas sempena hari raya yang bertemakan kasih sayang dan kekeluargaan. Mana perginya syarikat korporat lain?

Mungkin ada juga sumbangan daripada syarikat lain, cuma tidak menonjol seperti mana iklan khas raya yang diterbitkan oleh PETRONAS yang mana setiap kali disiarkan meninggalkan kesan tersendiri kepada penonton.

Iklan seperti ini selalunya berlatarkan kasih sayang sesama keluarga, jiran dan rakan-rakan. Ia tidak mengajar macam mana hendak menghormati orang tua. Kalau sempena hari kebangsaan, ada sesetengah iklan tidak mengajar orang apa itu kemerdekaan. Tapi ia masih dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada penontonnya.

Sememangnya iklan tidak perlu menjadi mata pelajaran Tatasusila’ atau dikenali juga sebagai Sivik ketika masa sekolah rendah dulu. Jiwa manusia sekarang semakin kasar dan keras. Justeru, kita tidak perlu ada iklan yang berbentuk ‘kasar’ dan keras untuk mengajak penonton belajar erti perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan pentingnya kekeluargaan.

Iklan adalah satu propaganda jiwa dan minda. Apabila hari raya, dengan iklan yang menyentuh perasaan, ia secara tidak langsung melembutkan jiwa yang kasar dan keras untuk menjadi insaf tentang kekurangan diri, mengakui kesilapan dan sebagainya. Malah iklan yang seperti ini akan membuatkan kita lebih menghargai diri sendiri, saudara mara, keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanapun, atas nama kebebasan berkarya dan menghasilkan kreativiti, sepatutnya tidak ada iklan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum atau pihak. Mengelakkan daripada elemen sensitif tanpa mengurangkan kualiti persembahan sebenarnya juga boleh dianggap sebagai kreativiti pengkarya iklan.


No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...