Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Ketagih makan uri

Tuu diaa aih!..Dah terdesak sangat ka..sampai sanggup makan benda2 macam tu...Semua orang nak cantik..tapi biaq la benda yang dibuat tu lojik skit..

Tapi benda2 macam ni memang pernah pun sue dengar dulu...macam2 perkara mereka ni sanggup buat..asal, jadi cantik...Siap ada yang bagi petua..kalau nak muka cantik dan licin..buh ja ayaq mani kat muka..Erk!..sanggup ker nak buat... i tak tau la apa plak hukumnya buh benda tu kat muka...Heheee...tapi siyes..memang sue sendiri pernah tengok muka orang yang buat tu..siyes..memeng cantik..elok..licin..awet muda lak tu...Kalau sapa2 jumpa dia..tentu tak caya yang dia dah ada anak 5..yang besaq2 dah pun...mantoppp...





_________________________________________________________


Oleh Mary Victoria Dass
2010/07/08







JOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.


Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.

Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.






Tu lah lumrah dalam dunia ni..Ada sesetengah orang..sanggup melakukan apa saja untuk jadi cantik..

Tapi ingat kawan2..KECANTIKAN ZAHIR TU TAK KAN BERKEKALAN..SAMPAI SATU MASA, IANYA AKAN PUDAR JUGA...Tu adalah lumrahnya...Tapiiii..biaq tak cantik..asal perangai dan hati baieekkkk....



3 comments:

Anonymous said...

mia pun pernah dgr..gelinya .

cikmin said...

ishh..gelinya baca ni...kalau ada yang tawar beribu hengget pada cikmin pun,takkan ku sanggup makan uri ni.. :P

sue said...

Nak cantik punya pasai..sanggup depa2 ni..tak kira geli dah..eiiii

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...