Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (228) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (10) Menu Mudah (8) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (2) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (13) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 1 June 2010

Kekejaman



Tunjukan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI fotoprofile anda ( terutama di fb ) menjadi warna HITAM utk semua profile tanda prihatin & belas kasihan..Kapal kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk warga palestina di serang dan di tembak oleh pasukan israel, sampai saat ini tercatat 30 orang sukarelawan kemanusiaan terluka/meninggal...[meminjam ayat wartawan vogue Mohd Al Qayum Azizi]


Suami selamat
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Amir Abd Hamid, Hamizah Badiran dan Mohd Idris Sulaimanam@hmetro.com.my

2010/06/01

____________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: “Sejak tengah malam semalam (kelmarin) saya cuba hubungi suami tapi tak dapat. Alhamdulillah, jam 6 petang tadi (semalam), suami hubungi dan beritahu dia selamat,” kata Dr Yuhanis Fazlina Fazil, 36.


Suaminya, Ahli Parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria, 41, adalah seorang daripada anggota konvoi misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza membabitkan enam kapal dan sebuah daripada kapal berkenaan, Mavi Marmala diserang komando tentera laut Israel jam 10.30 pagi (waktu Malaysia) semalam. Dr Yuhanis berkata, dalam perbualan telefon kira-kira 10 minit itu, Mohd Nizar memberitahu dia sudah dimaklumkan bahawa Israel akan menyerang kapal misi bantuan terbabit.


“Kami hanya dapat berbual seketika. Perkara pertama suami beritahu ialah kapal Rachel Corrie yang dinaikinya bersama dua petugas TV3 tidak terbabit dalam serangan itu.


“Suami juga memaklumkan tak mengetahui status kedudukan kapal dinaikinya ketika itu...dia kata hanya di kelilingi laut. Ke mana arah perjalanan selepas ini sama ada meneruskan misi atau berpatah balik juga tidak diketahuinya,” katanya.


Dr Yuhanis berkata, suaminya sempat bertanya mengenai bayi lelaki mereka, Mohd Nursharir yang belum pun sebulan usianya ketika Mohd Nizar menyertai misi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) pada 22 Mei lalu.


Sementara itu, jurucakap TV3 ketika dihubungi berkata, kapal Rachel Corrie yang membawa wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin terselamat daripada serangan itu disebabkan tertinggal jauh di belakang.


“Sebelum ini, kapal terbabit terpaksa memperlahankan kelajuan kerana menghadapi masalah teknikal.


“Kapal terbabit belum sempat memasuki perairan Gaza ketika serangan Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang sudah berada jauh di hadapan,” katanya.


Sumber : Harian Metro




1 comment:

Mia-Ina said...

geram melihat kekejaman israel....semoga mereka semua selamat hendaknya dlm lindungan yg maha esa

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "