Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Lagi2 kes kematian

JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang ibu melihat bayinya dua kali menyedut nafas dalam-dalam sebelum kaku di pangkuannya ketika dalam perjalanan ke klinik bagi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak sedarkan diri itu.

Sebaik sampai di klinik swasta, Aqil Adam Azrul, tiga bulan, yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan di Taman Impian Emas di sini disahkan sudah tidak bernyawa lagi apabila tidak memberi tindak balas selepas 10 minit diberikan bantuan pernafasan.


Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Noor Sarima Ruslan, 28, mendakwa menerima panggilan daripada petugas pusat jagaan kanak-kanak pada jam 2 petang Isnin lalu, mengatakan bayinya tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu.


Menurutnya, dia bergegas ke pusat jagaan berkenaan kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya bersama seorang rakan.


“Ketika panggilan dibuat penjaga terbabit mengatakan anak saya sudah tak bernafas dan ketika sampai saya dapati Aqil dalam keadaan lemah manakala muka serta bibirnya pucat sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.


“Sejurus sampai, doktor memberikan bantuan alat pernafasan. Selepas menunggu lebih 10 minit dia mengatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan terlewat mendapatkan rawatan.


“Suami yang tiba kemudian tidak berputus harap lalu menghubungi hospital. Sebaik ambulans tiba, pasukan paramedik melakukan CPR, namun kesudahannya jururawat memaklumkan Aqil tiada lagi,” katanya sayu.


Sarima berkata, terdahulu pada pagi kejadian, dia berasa berat hati untuk meninggalkan bayinya ditambah pula dengan perangai luar biasa abang Akil, Amirul Adam Azrul, 3, yang merengek seperti tidak mahu ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.


Bagaimanapun, Sarima cuba menyedapkan hati dengan menganggap itu perkara biasa sehingga menerima panggilan petugas pusat asuhan berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bernyawa.

Katanya, ketika ditanya penjaga terbabit mendakwa kejadian itu akibat anaknya dihempap bayi lain berikutan ada dua lagi bayi dihantar ke pusat jagaan berkenaan, bagaimanapun kenyataan wanita berusia 20-an itu mencurigakan.


Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.


Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.


“Apa yang saya kesalkan tindakan pusat jagaan terbabit yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil mendapatkan rawatan segera selepas didapati tidak sedarkan diri kononnya kerana dihempap bayi lain.


“Kami tidak puas hati berikutan pusat jagaan terbabit seperti menyembunyikan sesuatu apabila enggan memberitahu punca sebenar kejadian dan kenyataan diberikan mengelirukan,” katanya.

Sumber : Harian Metro



Ya Allah..tak habis lagi kejadian macam ni..Memang la kematian tu ditangan Allah..tak dinafikan..
Tapi..kan memang dah tau..bb mana boleh dibiarkan menyusu sendiri..Dan dah tau kan..bb lepas nyusu kena sendawakan...Kalau dibiarkan letak botol susu kat mulut bb..pastu tinggalkan..memang la tersedak susu budak tu...Dah selalu sangat dengar kes macam ni..Tak kan la staff kat nursery tu tak tau pasai ni..Sue ni tak dak anak pun tau..apa perlu dibuat..Lagi pun..tu kan bb..Maksudnya..adalah dia bukan bleh buat apa2 sendiri pun..BB maa...

2 comments:

...aida... said...

Sepatutnya nursery bertindak pantas kalau ada hal-hal kecemasan dan lebih bertanggungjawab bila diberi kepercayaan menjaga anak orang ni. Bukan setakat nak raih keuntungan semata-mata. Semoga ibu bayi tersebut tabah dan reda atas kejadian yang berlaku ini dan yakin ada hikmah terbaik dari Allah di sebalik dugaannya ini.

ibh_sue said...

Tu la kan kak..sian ibu bapa kanak2 tu..Mesti terkilan sgt rasanya tu

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...