Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Dah dapat dah



Salam semua...Heee..rasa syok skit...Tadi tengahari cik hb call..Dia kata dia dah dapat budak nak jaga MIL..So boleh la kami balik esok ni...

Tapi ada skit masalah..cik hb kata budak tu baru sampai dan tengah tunggu nak kerja daripada majikan dia....

Satu cik hb cakap....Nak pg rumah sue ni..dia betul2 sehelai sepinggang ja......Tak pa la kot, maybe sue bleh bg baju2 lama sue...

Kedua, dia tak bapa reti nak jaga orang...bab cuci2 rumah boleh la...

Ketiga..adakah dia boleh memasak ( sebab nak tinggalkan dia jg MIL ni..Kang kebuluq lak MIL sue tu)

Ke empat..Nak bagi tidoq mana?..empat2 bilik..semua dah ada penghuni...( i bg cadangan kat cik hb..suh ja dia tido kat sofa ( sofa tu besar tau..sgt2 la selesa)..senang dia dekat dgn mak..bleh sambil2 jaga mak..Tapi cik hb cadangkan dia tido dalam bilik (bilik yg sekarang ni adik sue duduk..and adik sue dia suh duduk bilik kami..smentara kami balik kg ni)...Tapi masih belum tentukan lagi..Balik ni nak tengok dgn keadaan dulu..


Sudahnya...cik hb kata...balik nanti dia suh sue sendiri cakap ngan budak tu..Apa patut dia buat..And tentukan mana patut dia tidoq dan mcm2 lagik lah....
Masalahnya..reti ka sue ni nak bg arahan?...Sue ni kan berjiwa baeikkkk sgt (jangan muntah key dgn statment nih) Ada silap2 haribulan sue yg buat semua tu..and dia goyang kaki ja ( macam bibik kat rumah sis sue dulu la...dia duduk senang lenang..i jdi bibik plak..amboi2..sedap ko ya..tu pasai aku nyampah dgn ko dulu)

Passsttt!!!..agak2 bleh tak sue suh budak tu kemas2 rumah skali ya...Eh!..i bayar you..boleh la kot...jaga MIL pun..bukan susah dah..Semua sue dah sediakan...Bleh ka ya?..Akakakakak..susah betul la kalau hati dah baik sgt nih ( heee...(^_^) )


Dalam Dilema

Salam...
Dah berapa hari tak update n3...Kebizian melanda...
Hari ni sue cuti...Coz nak jaga MIL sue.Malam tadi dia kuar wad dah...

Memang mencabar juga menjaga MIL ni..Sue takut nak tinggalkan dia sorang2 kat rumah..Ya la..makan minum dia kena pantau..waktu makan ubat juga kena jaga...Insulin juga kena cucuk...Sue tak yakin lagi dia bleh buat sendiri...So malam tadi cakap ngan cik hb..sue nak cuti..Dia mula2 tak bg..


Lagi2..dia pun kena biasakan dengan keadaan dia sekarang ni yang kena bergerak menggunakan kaki sebelah...Lepas tu kena sentiasa tengok2 kan dia..Sbb kalau tak dipantau..dia suka makan sesuka hati ja..Sue takut tiba2 gula dia naik...teruk plak kang...


Cik hb..penin juga memikirkan macam mana keadaan skrang ni..Nak bagi dia balik kampung, memang tak la..kami tak kan bg dia balik sekarang ni...29 ni adik lelaki sue nak nikah dan 6 hb 6 ni adik pompuan bungsu sue pula nak nikah..dan majlisnya akan diadakan pada 6 hb 6 ni...Manakala pada 12 hb 6 pula..akan pergi bawa rombongana pengantin ke Terengganu..

Dan kawan2..inilah sebenarnya yang merunsingkan sue dan cik hb dari mula kami dapat berita yg MIL sakit sehingga hari ini. Ya la..macam mana kami nak pg kalau MIL tengah sakit..Sangat2 serba salah jadinya..
Tapi memang seingat sue..masuk ni dah 2 kali situasi mcm ni terjadi..Tahun 2007 dulu jd juga..Masa kami dah plan elok2 nak pg Kelantan dan Terengganu..MIL sakit...Kami ambik..dan masuk wad juga...Tapi masa tu just operate jari..So..kuar wad..kami bawa dia sekali ke Terengganu dah Kelantan..Ok lagi la..Tapi lain situasinya sekarang ni...


Sue serba salah sangat..Nak kenduri ni..sampai hari ni sue langsung tak membantu apa2..Nasib la Mak sue memang betul2 memahami sue...Dia lah banyak bagi sokongan pada sue..Suh sue bersabo banyak2...Mak suh bawak ja MIL tu balik kampung sekali..Tapi cik hb cakap..dia dah paham..mak dia tu tentu tak selesa punya dgn keadaan orang yang ramai nanti...So..macam mana tu...Cik hb dah try tanya budak2 dia..sapa yg nak keja sat jaga mak dia....Kami bayar la ikut hari...Tapi sampai hari ni..tak da sorang pun nak jaga...Penin..penin

So..what to do!...
Sampai sekarang ni sue tak tanya cik hb lagi macam mana..dah dapat ka dia orang nak jaga MIL esok..Cik hb sangat bz hari ni...pagi dia ada metting..kul 3..dia dah kuar pi ambik anak buah dia dari cairo kat KLIA..sampai rumah kul 5.30...Makan2 sat..dia kena kuar balik..hantar anak buah dia pi KLIA balik..sbb tiket fligt nak ker Kedah kul 8 malam..Dia mai ke rumah pun sbb nak jumpa Tok cik dia (MIL sue la)....Sian cik hb...Dia balik nanti sue tanya kot macam mana..ya la..lagi 2 hari ja nak balik kampung ni...Tak kan sue tak pi kot..adik lelaki sue nikah..H.huuuhhh..

Waaa...stressnya


Mood hari ni sangat2 stress....


Dalam dilema sekarang ni.....Huh!..susahnya nak diluahkan....

Yang pasti sue sgt2 stresss

Ya Allah..berilah pedoman dan kekuatan pada hambaMU ini...Aminn



Bz


Ni lah keadaan sue sekarang ni..Bz..bz bantu siapkan keja2 cik hb yg banyak tu.. Sian..kalau tak dibantu... Demi mu cik hb..rela ku penat juga membantu mu.

Sambil2 buat keja rumah..sambil2 sue buat keja2 yang diamanahkan oleh cik hb ni..
Waaa...tak rasa macam cuti pun..2 hari cepat betul masa berlalu..Esok dah nak keja balik...Huu..huu


LUCAH KE LUCU...?



Heee..tengok dulu betul2 baru cakap.....Lucah mula2 ja....

Tapi memang kreatif budak ni....



Pesanan buat suami



Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.




Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Kisah Setianya seorang sahabat di malam raya

Walaupun lama lagi nak raya..Tapi saja nak post gak n3 ni..Untuk renungan semua..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia.

Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.


Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa.


"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah

. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim

.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .


"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.

Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!"


Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik

ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"


Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.


"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.


"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya

jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.


"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !


moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar..Akakakakaa

~ Gambar hiasan semata..ikhsan daripada cik Google~

Waw!!..Cantikkknyaaa...

Alaaaa...seronoknya la kan...ruang mini office di rumah..Dibuat ditepi garden...
Damai ja..
Seronok la nak blogworking macam ni (bleh la merempit taip n3 berdesup2 macam ni..ekekekehhh!!!)



Renung- renungkan ya


Tuhan beri beluncas

untuk kita dapat rama-rama yg cantik


Renung- renungkan , selamat beramal..Akakakakaa...pinjam sat...


Teringin la plak

Salam..selamat petang
kat luar hujan dah berhenti agaknya..tapi kat dalam opis ni sejuknya bukan main.
Perut lapar bila tengok menu minum petang kawan2...


Tetiba teringin nak makan benda kat bawah ni plak. Nak tau apa?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v
v
v





SATA


Mana nak dapat sekarang ni..Tak pa, nanti awal bulan 6 ni sue nak pergi Terengganu..Nak melantak sepuas2nya kat sana..
Sekarang ni cuci mata ja lah dengan menu kat rumah kawan2 semua...(^_^)

STROKE

STR OKE: Remember The 1st Three Letters.... S.T.R.


My good friend sent this and encouraged me to post it and spread the word. I agree.

This is simple and can save lives.

STROKE IDENTIFICATION:
During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .....she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening.

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die.... they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke... totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

There are easy '3' steps - STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke
.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:
S * Ask the individual to SMILE.
T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)

R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS. If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 999/911 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other
, that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this massage sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.



Sharing is caring..Maklumat diperolehi daripada email inbox..

?????

Sorry pada kawan2 yg ada letak komen pd n3..tapi tak nampak..Sue dah modarate..tapi ilang..
Hee..hee.. (salah i ker haa???)

MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport

MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport
Oleh Faiza Zainudin dan Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
2010/05/20

Peraturan, mekanisme lebih komprehensif wujud situasi menang-menang

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membantah keputusan mewajibkan cuti sehari seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia serta membenarkan mereka menyimpan pasport kerana ia boleh menyebabkan majikan menanggung risiko tinggi, termasuk pembantu rumah melarikan diri.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata peraturan itu perlu dikaji semula dan digantikan dengan mekanisme yang lebih komprehensif kerana ia membuka peluang kepada pembantu rumah menimbulkan pelbagai masalah.


Antaranya, mereka terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang akhirnya menyebabkan pembantu rumah perempuan mengandung dan implikasinya ditanggung majikan sudah mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka.


“Kita tak tahu apa yang mereka buat di luar, jika itu berlaku (mengandung) bagaimana hendak tangani. Mungkin mereka akan dihantar pulang dan ada yang berani kata majikan yang lakukan. Bila keluar dengan pasport, tiada jaminan mereka pulang. Akibatnya, majikan menghadapi masalah kerana sudah membayar RM7,000 hingga RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas hasil Rundingan Tahunan Ketujuh antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kelmarin yang bersetuju membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport dan mewajibkan majikan memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia.


Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.


Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.


Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.
Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.

“Mengikut prosedur sekarang, majikan dikenakan penalti jika pembantu rumah lari. Ini tidak munasabah kerana mana ada majikan yang mahu mereka lari,” katanya.

Shamsuddin juga berkata, peraturan itu akan menjejaskan produktiviti dan meningkatkan perbelanjaan majikan kerana pasangan suami isteri yang bekerja perlu melakukan kerja rumah ketika pembantu rumah bercuti, menjadikan mereka terpaksa sepanjang minggu tanpa rehat sehingga menjejaskan produktiviti apabila datang bekerja semula.

“Jika pembantu rumah tidak tahu hendak ke mana dan mahu bekerja pada hari cuti, majikan pula terpaksa membayar kira-kira 15 peratus gaji tambahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin kerajaan dapat berunding dengan Kerajaan Indonesia berhubung perkara itu dengan mengambil kira bantahan pelbagai pihak sama ada secara individu atau persatuan.

“Ini boleh dirunding sebab kita sebagai negara penerima, tidak semestinya terima apa saja yang Indonesia mahu. Kita boleh kurangkan permintaan mereka,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty, pula berkata kerajaan perlu mengkaji semula hak majikan yang kini seolah-olah diabaikan apabila membenarkan pembantu rumah memegang pasport sendiri.

“Kerajaan perlu kaji balik sebab majikan ada hak. Jika dilaksanakan, majikan seolah-olah tidak boleh kawal pembantu rumah mereka. Pasport hanya untuk perjalanan ke luar negara dan tidak perlu disimpan pembantu rumah. Memadai jika mereka memegang kad pekerja asing,” katanya



Yaa..sue pun tak sokong cadangan nak diberi cuti sehari dan bagi simpan pasport sendiri...Besar risiko nya..Huuu..cukup la pengalaman pahit yg sue tengok sendiri macam mana kerenah buruk dia orang ni ( maid kak long sue ). Keja dia orang bukan susah mana pun..Duduk rumah, keja bukan banyak mana pun..rehat ja yg banyaknya...Eiii..tak mo ceritalah..nanti buat sakit hati ja bila ingat balik perangai dia orang ni..Susah nak dapat maid yg betul2 baik dan ikhlas datang sini nak carik rezeki halal...Yg banyak buat hal adalah...belambak... Kita layan diorang macam familly..tapi akhirnya dia pijak kita balik...


Dah agak dah


Syazwani juara Top Host

PETALING JAYA: Syazwani Diyana Mohd Isa, 24, diumumkan juara program realiti, Top Host 2010 yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, malam tadi.

Kemenangan Syazwani diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Sri Farid Ridzuan selaku ketua juri yang disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Dia mengalahkan empat peserta lain iaitu Fadhil Mohd Isa, Za’im Helmi Zaini, Nur Liyana Adnan dan Nabihah Mohd Rosdi.

Syazwani meyakinkan juri profesional dipilih sebagai juara dan membawa pulang RM10,000 dan berpeluang mengacara program baru di TV3.

Sumber: Harian Metro



Yeeahhh!!..dah di agak pun..Dia memang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan penyampai2 di TV3..Tengok la muka pun..ada iras2 penyampai TV3 juga
( paten sama jaa..)...
Dari siaran pertama lagi sue dah jangka..dia akan menang..
Dan
Akhirnya..
KEMENANGAN tu berpihak padanya juga..
Tahniah Syazwani




Lagi2 kes kematian

JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang ibu melihat bayinya dua kali menyedut nafas dalam-dalam sebelum kaku di pangkuannya ketika dalam perjalanan ke klinik bagi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak sedarkan diri itu.

Sebaik sampai di klinik swasta, Aqil Adam Azrul, tiga bulan, yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan di Taman Impian Emas di sini disahkan sudah tidak bernyawa lagi apabila tidak memberi tindak balas selepas 10 minit diberikan bantuan pernafasan.


Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Noor Sarima Ruslan, 28, mendakwa menerima panggilan daripada petugas pusat jagaan kanak-kanak pada jam 2 petang Isnin lalu, mengatakan bayinya tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu.


Menurutnya, dia bergegas ke pusat jagaan berkenaan kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya bersama seorang rakan.


“Ketika panggilan dibuat penjaga terbabit mengatakan anak saya sudah tak bernafas dan ketika sampai saya dapati Aqil dalam keadaan lemah manakala muka serta bibirnya pucat sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.


“Sejurus sampai, doktor memberikan bantuan alat pernafasan. Selepas menunggu lebih 10 minit dia mengatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan terlewat mendapatkan rawatan.


“Suami yang tiba kemudian tidak berputus harap lalu menghubungi hospital. Sebaik ambulans tiba, pasukan paramedik melakukan CPR, namun kesudahannya jururawat memaklumkan Aqil tiada lagi,” katanya sayu.


Sarima berkata, terdahulu pada pagi kejadian, dia berasa berat hati untuk meninggalkan bayinya ditambah pula dengan perangai luar biasa abang Akil, Amirul Adam Azrul, 3, yang merengek seperti tidak mahu ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.


Bagaimanapun, Sarima cuba menyedapkan hati dengan menganggap itu perkara biasa sehingga menerima panggilan petugas pusat asuhan berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bernyawa.

Katanya, ketika ditanya penjaga terbabit mendakwa kejadian itu akibat anaknya dihempap bayi lain berikutan ada dua lagi bayi dihantar ke pusat jagaan berkenaan, bagaimanapun kenyataan wanita berusia 20-an itu mencurigakan.


Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.


Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.


“Apa yang saya kesalkan tindakan pusat jagaan terbabit yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil mendapatkan rawatan segera selepas didapati tidak sedarkan diri kononnya kerana dihempap bayi lain.


“Kami tidak puas hati berikutan pusat jagaan terbabit seperti menyembunyikan sesuatu apabila enggan memberitahu punca sebenar kejadian dan kenyataan diberikan mengelirukan,” katanya.

Sumber : Harian Metro



Ya Allah..tak habis lagi kejadian macam ni..Memang la kematian tu ditangan Allah..tak dinafikan..
Tapi..kan memang dah tau..bb mana boleh dibiarkan menyusu sendiri..Dan dah tau kan..bb lepas nyusu kena sendawakan...Kalau dibiarkan letak botol susu kat mulut bb..pastu tinggalkan..memang la tersedak susu budak tu...Dah selalu sangat dengar kes macam ni..Tak kan la staff kat nursery tu tak tau pasai ni..Sue ni tak dak anak pun tau..apa perlu dibuat..Lagi pun..tu kan bb..Maksudnya..adalah dia bukan bleh buat apa2 sendiri pun..BB maa...

You are 76% addicted to blogging.

Ni terjebak bila tengok kat rumah kak eynda la ni



76%

Lets101 - Free Online Dating





You are 76% addicted to blogging.
You will soon be a famous blogger!!!


Akakakakaa.....

Syukur dah selesai

Baru lepas tengok MIL kat wad..Dia baru kuar dari bilik ot dalam kul 8. 30 tadi...

Sampai sana..nampak dari jauh cik hb duduk kat luar wad sambil tersandar kat bangku..Kat tangan dia ada pegang 1 paper kaler kunin...Sampai ja..sue tanya..kertas pa tu...
Hee..dia tunjuk..Laaa kad kematian..Huiiss!!..kejut gak...Lupa la..ni kan operation buang anggota..So..kena tuntut angota tu kat bilik mayat...Cik hb dah penin..tak tau cara mana nak buat..Sue apa lagi la..memang fist time..tak tau.


Sat lagi cik hb nak try tanya budak2 kat bilik mayat tu..cam mana cara nak buat tu...Oh lupa nak habaq!..operate tadi buang sampai betis dia ( cik hb la yg cakap..sue tak tgk pun..takutttt)
Lepak sat dekat wad..bagi MIL makan dan minum dulu baru balik rumah..Ya la..kebuluq dia..dari pagi tak makan papa...Posa dari pagi..Operate buat kul 5 lebih..Mana tak lapaq orang tua tu...Sian tau

Tak pa la..yang penting sekarang ni semuanya dah selamat..Syukur Alhamdulillah..

Now..sue nak balik rumah..nak rehat2..( sian adik ipaq kat rumah tu..macam mana lah makan minum dia..esok nak peksa lagi lak tu ).

Operation

Hari ni mood MIL dan stabil ....masa tengok dia tadi..dah bleh gelak2 bila berborak ....


Cik hb..call dalam kul 11 lebih..bagi tau yang operation MIL akan dibuat jam 12 tengahari...
Jenguk dia tadi dalam kul 1 tengahari ..... duk teman dia sampai kul 3.30 petang, belum pun dibawa lagi kebilik ot..

So..sue turun balik office dulu la..Cik hb akan rojer kalau MIL dah dibawa ke bilik ot ( kebetulan cik hb..memantau kerja dekat wad berdekatan saja..so senang la dia pg tengok2 kan) .Sekarang ni ( jam 5.30..) cik hb call bagi tau yang MIL dah dibawa ke bilik ot..
So rasanya tak perlu sue pg sekarang..tunggu dia dah siap operation ja nanti baru pg tengok.


Operation kali ni mungkin melibatkan kaki sebelah kirinya dipotong terus..Cik hb kata..mak dia sendiri yg tandatangan surat setuju untuk operation tu..So..kalau ada mana2 pihak yg pertikaikan nanti..boleh la kata..bukan kami yg setuju sepenuhnya dengan cadangan doktor tu.
Tapi..cik hb dah bincang dan tanya pendapat Timbalan dekan lagi pasai hal ni..Dia juga beri pendapat yg sama..iaitu the best choice adalah potong sahaja...Kadang takut tengok kes2 macam ni..Bila dah teruk..alternatifnya adalah operation..

Makcik katil depan MIL tu, dalam dua minggu ni saja dia dah buat 2 operation..Dua2 kakinya dah dipotong sampai paras peha...Sempat borak juga tadi..Dia kata..Lega..sebab dah tak sakit dah...So..banyak pengajarannya disini..Kencing manis ni bahaya kalau tak dikawal...Jangan ingat kita yg muda ni tak bleh kena kencing manis ya..So..jaga kesihatan masing2 ya..
Cik hb pun kena beringat sekarang ni..coz dia ada sejarah familly yg menghidap kencing manis...

Sue on diet sekarang ni...Alhamdulillah setakat ni..walau penat macam mana pun..diet sue still ok lagi..Hope sue akan terus kuat untuk berdiet (takut hooo...orang gemuk mudah kena penyakit..ayak!)





Hari yang memenatkan

Alhamdulillah..setakat ni semua rancangan berjalan dengan lancar. Sue gerak dari KL ke Perlis Jam 10 lebih..dan sampai di kampung jam 8 pagi lebih kurang...Sampai2..terus bantu SIL tolong MIL mandi..Walau pun badan emang letih sesangat, tapi sian tengok SIL..sue bantu juga tolong mandikan MIL ( MIL nampak teruk juga..dia hanya bleh mengesot..coz luka dikakinya dah teruk)



Tengok macam tu kedaan MIL, cik hb cakap..kena gerak balik KL malam tu juga..Sebab nak bawa MIL cepat2 ke Hospital...So, pada hari yg sama..kami gerak balik ke KL padam jam 8.45 malam...So..bermulalah macam2 situasi...

Bagi memudahkan perjalanan..kami cadangkan MIL pakai pampers ja..coz dia kerap kencing dan susah juga nak ker toilet...Dia berat juga nak ikut cadangan kami tu...tapi bila dipujuk..dia pakai juga...Kakinya juga cik hb..suh balut dengan plastik coz lukanya dah mula busuk dan berbau..(bukan sebab pa..duduk dalam keta kan..kang ada pula yg pengsan..tp serius la..bukan sue saja yg tak tahan..cik hb pun tak tahan..tu pasai dia beria2 suh mak dia balut dengan plastik)


Sampai dekat satu petronas..MIL dah tak tahan..gatal katanya pakai pampers..so..dengan cengeinya dia buka pampers..Cik hb..tak bleh nak cakap pa dah..sbb mak dia dah bukak pun..


Sampai dekat tempat rehat Bukit Gantang rasanya ( rasa2nya..maklum la mamai kan..tak betui sangat..sebab terlalu letih )..MIL, bunyik dia nak kencing..Hadoii laa..kan dah cakap..memang payah la...Pe lagi..memunggah barang la kami pepagi buta tu ( jam dalam kul 2 lebih ) coz kusi roda dalam bonet bersesak dengan beg2. Sian cik hb..nampak sangat keletihannya..so..sue bantu MIL ke tandas..memang merasa la payahnya menjaga orang yang sakit ni rupanya..Sakit pinggang yang belum ok lagi ni..jadi bertambah sakit jadinya...Dan macam2 lagi kerenah2 sepanjang perjalanan dari perlis ke KL tu..


Alhamdulillah..kami sampai ke KL dekat kul 5.15 pagi...Memang tak sangka..cepat juga sampainya...Lepas solat..sambung tidur dulu...

Kami bawa dia ke Hospital dalam kul 1 lebih...Sepanjang disana..sue tak follow pun masuk ke bilik rawatan kat kecemasan tu...sue tunggu kat luar ja...Cik hb..tinggal sat sebab da nak pi jenguk keja dia kat opis sat..So, sue kan tunggu kalau2 doktor panggil waris masuk..Sue tunggu dekat kul 4 lebih..tapi still tak panggil2 lagi..Call cik hb...suh dia pi masuk tengok..kenapa lama sangat...Last2..cik hb pulak tak muncul2 . Pukul 6.45 petang cik hb kuar..dia cakap mak tak mo duduk wad..My MIL buat hal rupanya..dia marah2 tak mau duduk wad..tak mo cuci kaki siap tarik2 wayar kat badan dia...( salah dr tu juga..pasai pa la dia habaq yg kaki mak tu kena dipotong juga..Mau tak meroyan orang tua tu).

Sue masuk..cuba pujuk MIL..kami duduk bincang baik2 lama juga...kasi psyiko skit..Akhirnya dalam kul 7.15 malam..dia setuju juga masuk wad...Lega rasanya...Selesai urusan sepenuhnya di wad dalam kul 8 lebih...

Tak habih lagi...sue tak balik rumah lagi...Pi plak opis cik hb..tolong dia siapkan keja..Coz report perlu disiapkan..sebab esoknya big bos nak tengok..Teman dan tolong cik hb sampai jam 11 lebih..Keja tak siap pun..tp cik hb ajak balik ( dia sian kot tengok sue..nak bukak mata pun tak larat dah..)


Sampai rumah..tak pikir dah nak iron baju ka apa..biaq pi la..sok pagi2 bleh iron..Yang penting tilam dan bantal dah melambai2...

Sekian cerita carca marba sue sepanjang cuti hujung minggu lepas...Alhamdulillah..syukur sangat sue tengok cik hb sangat2 la bersabar dalam melayan kerenah ibunya..Sue juga sentiasa tiup dalam diri sue..untuk sentiasa bersabar berhadapan dengan kerenah MIL sue...

Secara kebetulan..sebenarnya..mak sue juga sudah berada di KL juga sekarang ni..sebab dia pun ada cheak up kat PPUM..Tak pa la..kakak ada untuk bantu mak..Lagi pun mak dah pesan pada sue..Jaga lah MIL tu..layan baik2 dan banyak2 bersabar...hal dia jangan dirisaukan...
Hu..huu..itulah mak sue..dengar suaranya pun dah boleh beri semangat dan kekuatan pada sue..
Tak pa mak..nanti kalau sue free..sue pi tengok mak kat rumah kak uda ya...


Balik Kampung dan MIL

Salam jumaat

Malam ni sue akan bertolak pulang ke kampung cik hb di perlis..Balik sebab ada tujuan..Selasa lepas dalam pukul 1.15 pagi..sue terima panggilan daripada kakak ipar sue..dia cakap MIL nak datang duduk dengan sue..sebab dia dah tak boleh tahan lagi sakit...Untuk makluman, MIL sue ni dulu pernah duduk 2 bulan dengan kami disini sebab dia sakit kencing manis dan buat rawatan di sini...Kandungan gula dalam darah dia tinggi hingga menyebabkan 2 jari kakinya terpaksa dipotong kerana telah "gangreen"...Huuu...


Dekat 2 bulan duduk disini....and than..dia yg minta kami hantar pulang sebab dah tak tahan denga rutin harian disini..maklum la..kalau disini semua benda sue dan hb akan pantau..and dia kena ambil insulin ( sehari 3 kali kena cucuk..sue la jadi misinya..tukang cocok).

Sudahnya bila dia balik ke kampung..memang suka hati la..sebab dah tak ada siapa yang nak pantau dia...Insulin pun dah tak mo ambik...Tukar pada pil saja..makan langsung tak jaga...Sudahnya, sue diberitahu sekarang ni sakitnya menjadi lagi..sampai tak boleh berjalan katanya ( sue belum lihat lagi bagaimana keadaanya)
Now..dia sendiri yg menyerah diri minta kami bawa dia kemari ( tu tandanya dia dah tak tahan la tu or dalam kepala otak sue ni dah pikir..tentu paras gula dia memang dah tak terkawal la tu).

Sampai sini..off coz la, tentu dia kena duduk wad lagi...

Yang jadi masalahnya...MIL sue ni kira byk kerenah juga lah..Cik hb pun minta sue banyak bersabar dengan kerenah dia nanti....Sue amat2 berharap dan berdoa..mudah2an sue boleh sabar dan sentiasa ikhlas menjaga dia semasa dia berada di sini. Sue juga setuju kerana sue mahu hb sue berbakti dan menunaikan tanggungjawabnya kepada ibunya selama dia hidup lagi..Lagi pun..bagus juga lah sebab adik ipar sue yg bungsu ( yg sue jaga sekarang ni) boleh berada dekat dengan ibunya juga...

Sue tahu..memang lepas ni rutin hidup sue akan berubah...Kerja2 opis memang akan terganggu skit..Tapi sue akan cuba buat sebaiknya..semuanya demi hb dan MIL..

Kawan2..doakan sue ya..Semoga sue banyak bersabar dan berjaya mengurus keadaan ni dengan baik...


Habis sudahhhh


Habis sudah slot Adamaya...memang ala2 feeling gitu masa tengok...Sue tengok awal skit..Kul 6.15 dah tengok melalui laman web dramamelayu.com..Ingat memang dah frust juga, sebab dah kul 6.15 still tak balik lagi..Sib baik cepat bukak blog..Tengok n3 cik min pasal siri akhir adamaya ni..Tak sangka rupa2nya kat web dramamelayu.com cita ni dah bleh tengok..ingat bleh layan cita yg dah terlepas ja....so, apa lagi..gelak besar la...Kira bleh layan awal la...


Siap canang lagi kat bos..Akakakka...kebetulan dia pun balik lambat ( maklum la..tadi petang hujan sangat la lebatnya..jadi ramai yg balik lambat, termasuk la my bos)


Apa laie..sue bg la link web tu..akakakaa....tak kuar bilik dia..layannn cita adamaya juga...
Kesimpulannya...cita ni memang best..Errr...cita apa pulak la lepas ni..Adakah akan sehebat cerita adamaya nih?...heeee

p/s...Sapa2 nak tengok cerita2 melayu yg lain bleh la layan kat web dramamelayu.com ni
ya...sue pun sempat juga layan cerita sayang cendana..ekekekee...


Perhatian!..perhatian!

Tak tau la sama ada nak percaya atau tidak..
Tapi kalau ambil tahu pun tak salah rasanya.
Sue ada terima massage dari seorang sahabat..Masagge ni berbunti macam ni
Ada new drug..nama DURUNDANGA, bentuk powder..yang akan diletakkan atas business card dengan pewangi..Biasa lelaki guna cara ni untuk rogol mangsa mereka..perempuan akan hidu kad tu dan selepas beberapa saat, akan pengsan dan hilang ingatan. Kes ni dah berlaku dijohor..



So..kawan2 becareful la ya..kalau terima name kad dari orang yang tak dikenali, jangan la dok hidu2 plak (ha..haa..tuju pd diri sendirik jugak ni..sbb suka hidu2 kalau wangi..heeee)..kang tak pasal2 terkena..Eiii..mintak2 dijauhkanlah…
Ok..sharing is caring kan..Daaaa….



Selamat Hari Jururawat


Sempena hri Jururawat hari ini..Sue nak ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang berada di mana2 sahaja..Semoja sentiasa bekerja dengan ikhlas dan dedikasi semasa menjalankan tugas..And yang penting sekali sentiasa SENYUM selalu..Senyum tu penawar juga kepada pesakit tau..Heeee..




Teringinnyaaaaa

Teringinnya nak makan spaghetti..Diet bleh makan ka? Bleh kot..kena tengok pa kandungannya lah ni...
Ni kes tertengok spaghetti sardin kak hana la ni ...Terliur rasanya...teringat2 nih!..
Sib baik tak ngandung..Ekekekekee!!!!!


Adakah malam ni, ini akan menjadi menu sue?....Ha.haa.haa...Tak kot?..

~ Gooogle~


( merembes ayaq liur tau..Eiii..tapi tak la sampai macam tu tau....Sangat tak senonoh ini gambo kan..heeee.)



UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...