Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Terpaksa dibedah kerana main SMS

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya. Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Wahahahaha..lawak pun ada bila baca artikel ni..Tapi sue sendiri pernah melihat habit macam ni..Masa tu sue pergi Tesco..masa dekat part barang2 basah..ada satu family tu...nampak macam kecoh2 skit..mana taknya..anak dia yang kecil tu ala2 lasak gitu..kecoh ja...Yang si abgnya (rasanya dlm ting. 3 atau 4 kot) sambil2 dia terkejar2..kecoh2 jaga adik dia tu..tangan dia sue tengok tak berhenti menaip msg..Sue macam tergamam juga..heran..dia bleh tekan2 tanpa memandang pun tel...Siap sempat lagi bergaduh tu...


3 comments:

cikdiva said...

sgt menarik artikel ni.. nk suh my yaya bacerrr.. skerr sgt sms mcm jualbeli saham...

ibh_sue said...

he..hee..ntah apa la yg dimasg kan depa tu kan..heran juga kadang2..hee..hee

eynda said...

Dulu2 suka main sms...memang dah tau keypad punya position...tak tengok pun boleh taip hehe...tapi sekarang dah malas nak guna sms...taip pun pendek2 jek...rasa lenguh jari...taip kat keyboard pc ni tak lenguh pulak ek :-D

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...