Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Beza Mentega dan Majerin

Huuu...betui ka ni?...meh nak share sama2...Info..juga diperolehi daripada email sahabat sue....

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

Posted by: "Azah" Azah

Sat Feb 2, 2008 11:46 am (PST)



Beza Antara Mentega Dan Marjerin
(Differences Between Butter And Margarine)
Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/>

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi
menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia
menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka
semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang
mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak
menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan
menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah
menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.

Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak
8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan
marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung

pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama
mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan

banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai
banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh
menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud
selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang
dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang
marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans.
Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak
tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL
(kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol
bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah
sebanyak

lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia
juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta
keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI
IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!


Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi
PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya
mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya

dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia
bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul
bahan). Anda boleh
cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam
garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda
akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan
menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada
anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana
ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang
tumbuh atasnya.

Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak
atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke
atas roti anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan
supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang.



1 comment:

Unknown said...

so, which one is mentega and which one is marjerin???

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...