Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Demam denggi

Meh kita sama2 tambah pengetahuan mengenai DEMAM DENGGI ni...



Demam Denggi


Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor). Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus.


Denggi terbahagi kepada 2 jenis i) Demam Denggi biasa (DD) ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD)


Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4 Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia.


Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya.


Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari. Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.



Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.


TANDA-TANDA


- Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.

- Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)

- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala

- Pesakit memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami pendarahan

di hidung dan gusi serta kencing berdarah. Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah

menjadi DDB/SRD.


DEMAM DENGGI BERDARAH


Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati dan kegagalan sistem perdedaran darah.



Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit perut.


Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi berdarah,petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo- sitipenia,leukopenia dan peningkatan aras hematokrit.


Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembab dan dingin,bibir yang lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD)


Sumber : Pamplet frm KKM




bersambung..nanti sue cita tentang nyamuk denggi lak ya....


No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...