Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 10 September 2012

Kek Lapis Alwani



ASSALAMUALAIKUM..
Letih la nak menaip panjang- panjang.. hehehehe.. Oklah ni kek buat semalam...Kebetulan mood membaking tu datang. Bawa turun la pengukus yang dah terperuk simpan atas kabinet.
Akceli kek ni pada sue senang dibuat dan sedap..Sebab tu kek ni yang kerap menjadi pilihan sue. Dah berulang - ulang kali sue buat. Mual - mula buat tu lapisannya tak cun..Alhamdulillah kali ni menjadi cantik juga..Boleh la, nampak juga line lapisannya tu..Kalau tak huduh betul rupanya..heheheh..Korang boleh tengok SINI dan SINI ya untuk kek- kek sebelum sebelum ni..
Resepi seperti biasa..dari kakak ku yang comei itu..Kak Dayang.


KEK LAPIS ALWANI
Sumber : Kak Dayang

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Akceli dah macam kek lapis asam masin pun ada juga ni..sebab sue tak guna kismis. Sue gantikan kismis dengan hawfalkes ..hehehehee..



 

6 comments:

ijayuji said...

Salam kak sueee!!! da makan belum??? kita tgh makan sorbet laici hihihi... nak kek tu sepotong sbb kita tahu akak makan byk akakakaka..... kitanyer kek lapis dah abis lah kak, bdn pun makain berat jer nii huh!

sury_masury said...

salam cik sue...nk sepotong..meh tukar ngn kek kite ni...:-)

Norhaizan said...

Saya pun suke buat kek ni..cepat siap dan paling penting, sedap.

zila norazila said...

salam syg sue..
he hhee akk lbh tua dr sue nie..sue umur berapa erk..rajin btl wt kek lapis tue..nampak sedappp jew sue:)

eynda said...

Nak kena pegi rumah sue ni... nak rasa masakan sue :-)

yan's cottage said...

salam sue.....
cantik dan menarik lah....!!!!!! kek sue buat mesti sedap kan...????

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "