Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Friday, 7 September 2012

KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah masih diberikan kesihatan yang baik. Selsema sikit- sikit tu biasa saja bagi sue. Still tak menjejaskan aktiviti seharian.

Now masih lagi mood raya
..
Tapi tekak orang kat rumah ni dah mula nak makan menu yang biasa- biasa. Lagi pun hujung minggu adik ipar datang, makanya memang kena masak menu berat- berat juga.

Ni menu dah habis..minggu lepas punya. Tapi saja nak share juga kat sini. Sebab kali ni sue masak kari ikut resepi ya..Hahahaa…biasa tu masak kari main campak- campak ja..Kira ala version sue la. Kali ni try resepi yang ada ala- ala utara gitu…Kira nak sesuaikan dengan tekak utara hb. :D

Meh kita semak resepinya ya… (^_~)


KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
Sumber : Maktehbum @ Myresipi

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
  • 8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
  • 3 biji tomato (belah 4)
  • 4 biji cili merah
  • bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu halba campur
  • 5 helai daun kari
  • 6 sudu minyak masak
  • 1 cawan air asam jawa (1 inci)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.
  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari
  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
  5. kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika
  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan..
 

5 comments:

ijayuji said...

Salam kak! Suke mkn dgn roti klu kari2 gini :D kita minggu dpn ler mkn ringan2 sikit aish! Takut betul nk naik kat timbang uwaaaaaa...

ieda said...

wahh sedap nie ...
akk rajin gak masak kari ngan ikan kembung aje ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Sue...lps raya ni mmg xlalu tgk ayam...daging...jemuuuu.
Klu dapat ikan masin ke...mmg selera sungguh mkn!

nOOrsha said...

saya klo masak kari mesti kene ada sambal blacan..sodap nmpak kari akk tu..pg2 ni terliur sy..cicah ngan roti pun bes tu..uhuhu

HomeKreation said...

Rumah Along mmg tak putus ikan kembung sbb tu ikn yg Along paling suka makan... buat kari ke, msk cabai ke, apa2 ke, goreng gitu je ke pun sodap!

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "