Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 20 September 2012

KeK CoKlaT KukUs MuDah




ASSALAMUALAIKUM.
Meroyan pasal berat naik tu satu hal lah..Tapi still nak post juga makanan. Akceli senang juga untuk rujukan sue pada masa akan datang.Ececeh..Heeee

Ni buat sama hari dengan sue buat kek lapis alwani hari tu. Tapi semput nak update. Bercinta betul. Line internet dari lepas raya hari tu sampai sekarang, semput ja memanjang. Letih tau..macam nak merajuk ja. 

Oklah..melalut ja. . Dah alang-alang keluarkan pengukuskan..Sekali harung la dua tiga bijik kek..heee..Resepinya sue google ja kat internet "kek coklat kukus mudah"..Haa ko..nak yang mudah saja..ngeee..So, jumpa la resepi ni kat kat Blog Dari Dapur Ummi.  Thank's pada tuan punya resepi.Meh semak resepinya...

KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Sumber : Blog Dari Dapur Ummi
By : Sue @ Suemiezi

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola - sue guna minyak jagung. Blasah
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe - sue tak letak ni
3 biji telur
1/4 nestum - sue tambah


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
- ayak bersama 2, 3 kali

Cara- caranya.
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Toping Mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
- kacau rata semua bahan dan tuang atas kek.

Selain daripada tu boleh juga kalau nak gunakan resepi coklat ganache ni untuk toping.

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega


Tapi untuk kek coklat kali ni, sue belasah ja buat toping sue sendiri.

1 cawan coklat bar
1/2 cawan coklat DAIM
1/3 cawan susu cair
2 sudu makan mentega




Published with Blogger-droid v2.0.8

14 comments:

JaSSNaNi said...

eh.. tak nampak plak tulisan kat resepi kek tu... agaknye tulisan wane putih kot...

tapi kek coklat mmg the best.. sedappppp sangat.. kan kan...

ibh_sue said...

Ekekekek..Cik JaSSNaNi cepat sgt komen..Sue dah update balik resepi tu..Ingat nak keja senang td..Copy bulat2 ja..Ropanya kena juga taip balik..hehehehe

inahar ali said...

waduh..mengancamm woo kek cekelat sue nih!!

ibh_sue said...

Kak Ina..Orangnya tak mengancam ka?..Ekekekekee...:P

zila norazila said...

salam sue,
akk dh lama x buat kek coklat nie..mcm malas btl nk godeh2 h ehhee tgk sue punya coklat tue..melampau2 kecurr:)

ibh_sue said...

Wkslm Kak Zila..
Uih!!!...jann meleleh kat sini...lap lap..hihihiii.. Kek ceklat mmg sedap terutama bg pengggemar coklat kan.. :))

ijayuji said...

Salam kak sueeeeeeeeeeeeeeeee!!!!! org siam dah dtg nak cekut kek cekelat sikit buat balik nanti ni hihihi.... ni budak2 lerr paling suke since kita dah kurang dgn coklat kita makan sikit jer kak buat jamah2 nanti kempunan kita lari naik tongkang pecah sbb merajuk kikiki...

sury_masury said...

Dh habis ke....ingatkn nk mintak setengah loyang mbak hntar sini...hihi...:-)

ibh_sue said...

Wkslm ika..
iskh!..kuat majuk tak baik tau. nnti cepat tuee..kikikii
Sejak bila ko kurang dgn coklat ni ika..Ooo..paham..DIET erk!..Ngeee

ieda said...

wahhh touching lahh tgk kek tuu
kalaulahh anak2 akk suke
dah lama akk belajar buat ;)

ibh_sue said...

Sury_masury. . Tu dah jd baja pun. Kek ceklat x ble lwn kek lapis pun. Kek lapis lg best. Hihihiii

ibh_sue said...

Kak ieda, jarang bdk2 yg x suka kek ceklat kan. Tak pa, akk bwt kek lain la. Kek yg lg best.:)

Bicara Kak Noor said...

terliur akak tengok kek tu berkilat2 kalau dekat mmg dah serang dari atas bumbung rumah Sue hahaha

cikmanggis said...

salam Sue ..ni satu lagi ubat "pam" badan hehe...memang sedap..Cm suka kek coklat tak kisah lah kukus ke atau bakar....bila makan tak sedar diri:)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "