Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 13 September 2012

Tomyam Ala Thai


ASSALAMUALAIKUM.

Sebelum ni sibuk la nak makan tomyam ala thai...Kadang- kadang makan kedai order tomyam..Iskh!..Awat la dia orang masak tomyam sedap sangat ya. Celup tangan ka..kasi sedap..:P
Tu dulu la..But now, sue pun dah boleh dah masak tomyam ala thai gitu..Cepat disediakan lagi hokey ( dasar pemalas nak buat pest sendiri)..Ekekekeke...Tapiii.dengan bantuan pes Tomyam Thai tu...Aci tak?..

Pes tomyam ni cik hb yang beli masa balik Perlis hari tu. Siap tanya akak siam tu..Dia siap ajar lagi cara masaknya. Walau pun senang, saja ja tanya kot ada bahan- bahan magik yang dibubuh sekali masa masak tu.

Now..cik hb boleh order bila- bila masa saja nak makan tomyam.. Sorry korang, now hb sue tak payah makan kedai lagi semata- mata nak makan tomyam ala thai sebab wife dia pun boleh sediakan tomyam yang sedap dan cepat ala- ala kedai gituuu..Ekekekekee..tak dak hal lah kan..ni awek banjar yang tak da ropa siam gitu..Boleh lah..Ngeeee



Meh nak share menu kegemaran sue dengan hb...Tomyam best kalau makan time diet. For me la..Orang lain tak tau.

TOMYAM ALA THAI

Bahan- bahannya:
4 cawan air ( untuk semangkuk)
2 sudu pest tomyam - ikut kemasaman la ya
1 batang serai
2 helai daun limau purut
dua hiris halia
1 hiris lengkuas
sebiji bawang besar (potong 4 or 6 ja)
Bunga kubis, Jagung muda, Carrot Or apa2 saja _ikut suka
Ayam, daging, sotong, udang or apa2 saja.
garam secukup rasa ( tak letak pun tak pa..Tp kalau yg kuat masin boleh la letak ya)

Cara- caranya
- Didihkan air, masukkan pest tomyam, serai, halia dan lengkuas.
- masukkan ayam , daging or bahan2 seafood.
- Masukkkan bawang besar, daun limau purut dan sayur2an. Perasan degan garam  and kalau tak 
   cukup masam boleh perahkan limau/ lemon ya.
- Siap!..Hidangkan. Kalau nak sedap taburkan daun ketumbar. Baru lah rasa mcm makan kat kedai
   tu..


Senang kan...Kira kita main lebur ja semua bahan tu dalam periuk. Senang dan cepat. Bagi orang yang kejar masa or tak cukup masa boleh la beli pes ni ya.








 

12 comments:

ijayuji said...

Salam kak! morningggggggg! tumpang sarapan tom yum kat sini :D kita yg duk kat siam pun agaknya setahun sekali buat tom yum akakaka..... lagiiiiiiiii pemalassssssss, klu nk makan sorang2 boleh ajerr tp tu lerrr mkn mesti terlebih :D ninja kita suke tom yum yg letak santan tuuu kita kureng sikit sbb tu malas buat kikiki...

lemongrass said...

Hidup segala mcm pes yang menyenangkan kerja kita kat dapur!!!!
Dah lah menyenangkan hidup, sedap pulak tu kan, hehehe...
Kesian restoran2 thai kat Msia sbb dah kekurangan 2 orang pelanggan :-).

sury_masury said...

Uhuuuu...diet ke ciksue oiii...nk semangkuk tumpang mkn....hihi...kite pun minat gak tomyam ni...besss kn kalau bhn2 nyer mewahh gitu...:-)

izyantyPersonalTaste said...

aritu p perlis ada beli pes tomyam nie gak, tapi rasa dia kureng lah,kalau kat kedai depa letak susu cair, nak tambah takut jadi lg xsedap lak.

ieda said...

perghh terbaik dikk
dah lama juga akk buat di rumah
hurmmm leh tiru ! .. ;))

JaSSNaNi said...

nyum nyum... sedapnya tomyam.. sedap makan panas2 tu.. time hujan2..perghhh.. syiook betul..

zila norazila said...

pagi td akk pun wt tomuam sue..he hhee boleh sama menu kita nie..tp arinie x sempat nk show kt blog lagi:)..pakai paste mmg mudah kn sue..tp rasanya ttp sedap:)

Gadis Kampung said...

GK baru pas breakfast dengan keow teow tonyam pagi tadi..ingat malam nie nak buat tomyam kaki ayam...

Qasey Honey said...

tomyam sedapnya...QH n hb pon suka jugak tomyam...tp takat ni lum masak sdri lgi..hehe..klau terasa tu makan dikedai la jwpnye...nti bloeh la cuba resepi yg sng n mudah ni..

tun_telani said...

salam kak sue.. tun pun suka makan tom yamm.. lagi pedas lagi lajuuuuu tun makan.. haha.. lagi satu, tun pun guna pes jugak kalau masak tom yam. kui kui....

Azian Elias said...

sedapnya tomyam kalau makan masih panas2 kan.. slurp slurp.. tapi i tak leh makan bebanyak.. nnt heart burn.. kalah sikit lah.

I want to lose weight said...

tomyam paling sedap dengan telur dadar :)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "