ASSALAMUALAIKUM.
Syukur Alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 hari kita berpuasa. Terasa cepat benar masa berlalu.
Syukur juga kepada Allah, sehingga hari ni masih lagi diberikan kesihatan untuk melalui bulan Ramadhan ni. Di harap kawan- kawan juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan ni.
Ni bukan la menu sue semalam, ni menu tertunggak ya. Rasanya menu iftar 8 ramadhan hari tu. Kebetulan cuti, so boleh la masak yang berat- berat sikit. Sue sharekan disini masak lemak cili api cara sue. cara campak-campak. Tu pun syukur sangat yang cik serai dan kunyit sue masih hidup subur lagi. So boleh la sue guna untuk masak. Esok-esok kita masak kari pulak ya..sebab cik kari pun mula mengeluarkan daun yang banyak. (^_^).
Bahan-bahan
Ayam secukupnya ( sue punya ni 5 ketul dah siap2 goreng sekejap)
*2 biji cili besar
*1/2 biji bawang besar
*10 biji cili Api/ padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
*sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 batang serai ( ketuk)
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang puti (hiris) - x nak letak pun x pa
2 cawan susu kreamer ( brand ideal)
1 biji kentang ( potong 4 saja)
Air
sedikit garam
1 helai daun kunyit
cara- caranya
1. Kisar halus bahan bertanda *, kemudian tumiskan dulu bawang merah dan putih sampai naik bau dan curahkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah diketuk tadi, kacau .
2. Selepas itu masukkan air sedikit ( agak2 saja lah ya) dan kentang.
3. Kemudian masukkan susu kreamer tadi, kacau sebentar baru masuk ayam. biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Siap!
Kita padankan dengan ikan pekasam dan sambal. Peh!..memang boleh menambah dua tiga kali nasi. Tapi alhamdulillah sue boleh menahan diri lagi. Syukur sangat sue makan ala kadar saja. Bulan puasa ni, dapat minum air dan kurma pun dah kenyang. Tapi, untuk hb dan adik ipar kena lah masak berat- berat juga. Untuk sahur, lauk ni juga lah ya..Jimat dan senang kerja sue... (^_^)
Published with Blogger-droid v2.0.6
14 comments:
Salam kak sue! sedapnya masak lemak cili api! kita suke betul masak ayam mcm ni tp skrg cuti ler nak masak2 lauk mcm ni takut terlebih makan masa berbuka ehehe... terliur sudah :D
Salam cik kak sue....wahhh masak lomak cili api....podas lah kn....kite puasa ni pedas2 kureng sikit...nk buat sndiri kena adjus tang kepedasan tu...almaklum lah...budak pun nk mkn skli kan...:-)
Nnti leh le try resepi cik kak ni ye..,:-)pssstttt...kite dh update blog...tpi menu tertungggak jugak...heeeeeeeee....
kalau masak lemak semua sedap . faberet keluarga tu.
Wkslm ika cayang.
Akk ni x ble cuti dik. Kn jg masak lauk berat mcm ni. Kalo stakat layan tekak diet akak ni bahagia hidup. Ni tak, ada anak2 tekak lain yg nak di jaga. . Huhuhuuuu
Nieda: kan kan kan. . Lagi lemak lg sedap. Terutama kalo pakai santan. Heee
Suru_masury: sat lg nak skodeng. Ada nmpk kek lapis yg nak dicuba. Heeee
makanan yg sedap kalau dihidang atas pinggan yg cantik akan berdouble-double seleranya... kan
sedap tu ayam masak lemak cili api, sepanjang umur aku ni sekali je aku penah masak camtu tau.
Assalam Sue, waah 1st time akak sampai dapur Sue ni...sedap2 masakan diaa...ni puasa2 lg ngences tgk semua nak....hehe, thanks ya sudi singgah selalu ke dapur akak...xdan sgt nak blogwalking...
Sue, k.gee nk datang berbuka sini boleh...
SudipVSsenduk: yang tu sue setuju. Tgk ja la geng2 masak yg gambonya cun2 tu. Always bwt kita terguda ja. Heee
Mully. Aku dr mula kawen lg la. Semggu 2 3 kali msk lemak ni. Tuko2 la, ayam. Udang, sotong, sampai kerang pun aku tibai msk mcm ni jg. Laki ku dr x pnh mkn jd suka dgn lauk ni. Lp kan gulai aka kari dia tu. Kikiki.
Wkslm kak ummi. Dapo simple ja kak. Dapo kayu ja. Kikikii. .
K.gee. . Boleh! Nak mkn apa? Kalo nak mkn msk lemak cili api mintak maap la ya kak. Tu menu dah jd baja dah tu. Kikikiiiii
Post a Comment