ASSALAMUALAIKUM.
Sekarang ni sue tengok, akak-akak sue yang pames itu semuanya dah membizi kan. Jarang dah update blog. Tak pa, kita tunggu lepas raya ni..Kompem berderet- deret N3 diaorang..Hehehehee..
Sue ni pun online kadang- kadang sebab nak mencari resepi ja..Ngeee..
Okeh!..Meh terus pada sekut ni ya. Ni namanya German Cookies, tersedak kawan sue yang nick namenya German Botak..kikikiiii.....
Resepi asal dari rumah Rima ( comei ja sekut dia) dan yang ni sue skodeng dari rumah Ros...Hari tu ternampak juga Ika buat biskut ni. Sebab tengok sana- sini orang buat biskut ni, tu yang sue buat juga. Ternyata memang sedap juga biskut ni...Sama macam Ros, sue juga tiru dak Ika tu..letak colour- colour kat atasnya..
GERMAN COOKIES
Sumber: Rima, Ros, Ika
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) - ni ros tak letak
untuk topping gula, sedikit gula castor dan beberapa titik pewarna pink, digaul sebati. Untuk topping ni ikut ika juga.
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak. * ni akak ikut Ros juga ya
Maaf la ya kalau N3 sue berterabur. Sue biasanya guna tablet untuk update, lepas tu edit balik bila ada pc. Tu yang n3 berterabur salah eja kadang- kadang. (^_^)
Ok..selamat membiskut semua.
Published with Blogger-droid v2.0.6
7 comments:
salam Sue
wah dah ada german biskut ni akak sorang je belum buat lagi entah lah macam dah tk sempat je nak buat semuanya jamu mata kat sini je lah ya cntik sekut tu ada kaler lagi
Wkslm kak noor. Sbb tgk sana sini bwt biskut ni, tu yg sue terikut jg. Lg pun sbb bhn2nya sng ja. Sue pun rasanya mcm x larat dah nak bwt sekut lg. Byk betul keja disaat2 akhir ni.
As'salam Kak Sue....
comel nyerrr dan yang penting Nina SUKA tang colour PINK tuuu..!!
reseoi yang mudah dan simple so.. masuk list Nina~~ :)
(entah bila laaaa nak membuatnya)
hehehe . . .
salam dikk
rajin tul sue buat cookies ..
akk buat gakk .. buat yg tunjuk2 tuu ekkee ;)
Salam Kak Sue....
teringin sgt nak buat biskut nie...sama la mcm K.Noor...xtau sempat ke dak buat....huhuh
sue dah berapa jenis buat kuih?
oleh kerana ko dah membuatkan si German Botak tersedak nampak gayanya raya ni ko kena hantar sekut German ni pd German Botak kik.kik.kik.
Post a Comment