Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 6 August 2012

Best Ever Chocolate Cookies

Assalamualakum..
Syukur Alhamdulillah, Sedar tak sedar dah 17  hari rupanya kita berpuasa.
Sue pun mula la dah sikit- sikit panas kan enjin untuk prepare apa yang patut.

Maklum la 16 hb sue dah cuti dan maybe akan terus gerak balik ke kampung hb.

So, masa tak banyak lagi untuk sue buat preparation.
Cadang tahun ni nak bawa balik biskut hasil buatan sendiri. Tak nak beli dah. Bukan apa, kalau beli tu warna dan corak macam- macam, menarik hati..tapi rasanya semua sama ja pada sue. Agaknya, sebab adunannya lebih kurang ja kot..Cuma di buat kelainan dengan warna dan corak saja..Huhuhuuu…

Ni projek  semalam…rajin kan juga diri untuk  masuk dapur. Dapat buat satu jenis biskut pun ok dah.Tengok biskut ni masa duk merayau kat rumah Tun..Terus terpikat. Best Ever Chocolate Cookies.. memang best lah…Kira kena lah dengan namanya, sebab biskut ni penuh rasa coklat.
Meh kita semak resepinyanya..Thank’s Tun Telani, akak copy dan share di sini pula ya…


Sekut ku yang berkematu..heeee


Best Ever Chocolate Cookies
Sumber: Tun telani

Bahan- bahannya :

  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla



Cara- caranya :

  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis.
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas :)


20 comments:

ijayuji said...

Salam kak! jelesnyerrrrrr dia dah buat sekut :( kita satu sekut pun tak pkir lagi nak buat :D nak try resepi ni jugaklah budak2 kompem suke :D

Qasey Honey said...

tgk pon dh tau sedap biskut ni...QH kalau coklat mmg jalannn...kalau biskut raya ni smua nk yg coklat..ikut selera sdri..hihi..

Alin Marlini said...

mesti budak2 suka sb coklat

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhh dah mula mengukis ye dear. Aiks mcm baru je start berpuasa kan..time flies!

Sedap nampak kukis coklat ni..hearts! :)

zila norazila said...

sue..chumill2 lap2 lg:)..akk pun plan nk start buat malam nie..insallah klu kerajinan tue sampai..takut lps berbuka dah jem hahhaa:)

inahar ali said...

waduh..bila laa akak leh stat mengukis nih..akak oder jerla ngan sue 2 balang ek..hehe!

gerhana luka said...

sedap ya nak try la jugak, meh sample sekut seketul dua kik.kik.kik

HomeKreation said...

Alaaa.... dah buat sekut dah ya.... kita satu pun lum lagi ni...

ibh_sue said...

Wkslm ika. Alaa. . Baru dua jenis ja. Ika kang kejap ja tu. Klu dah start enjin nnti, kalah akk. Ika! Mmg pun. Sbb pnuh rasa coklat. Mesti diaorg suka

ibh_sue said...

QH. Mmg sedap pun. Sue pun lebih kurang la. Lg2 klu coklat campuq almond, lg la laju ja mknnya. Heee

ibh_sue said...

Alin: Bkn bdk2 ja. Mak budak pun suka jg. Sbb coklat kan. Heeee

ibh_sue said...

Love. Baru ja dua jenis. Slow sgt enjinnya. Hihihii. . Kan love, sue pun rasa mcm baru ja start puasa dah nak raya rupanya. Ngeee

ibh_sue said...

Kak zila. . Dah buah jgn lp posing ya. Kot2 ble jd inspirasi. Tgh cari idea jg ni nak bwt sekut apa.

ibh_sue said...

Kak Ina! Nak bwt sebalang pun jenuh kak. Ekekekee. . Duk terkejar2 masa. Meh! Meh! Sue jamu mata ja lah ya. Yg tu pun dah x penuh balang dah. Masuk mulut ja byknya dah. Heeee

ibh_sue said...

GL @mully. . Nak sample sblum pose ma. Ni bln pose x bg sample dah kikikiii. Try la. . Senang dan sedap.

ibh_sue said...

Along. .
Alaaa, along tu klu dah start enjin nnti, . Kejap ja dah berjenis2. Sue ni enjin manual kak. . Slow sgt, tu yg sementara mood ada ni, layan kan sj lah. Nnti takut dah ujung2 mood sendu2 plak. . Kikikiiii

ieda said...

wah menarik
akk x buat lah choc cookies nie
sbb anak2 x suke choc ..
kalau tidak hurmmmmm ;))

kasihredha said...

sama le kita...akak pun start cuti 16hb.
Cantik biskut ni sue...anak2 suka mkn biskut coklat ni

mia-ina said...

aduih rajinnya kak sue wat biskut raya...keluarga mia x mula lagi..isnin depan kot

eynda said...

Nak order satu bekas boleh? hehehe...

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "