Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Berangan laiee


Teringin nak tanam pokok Malberry nih.. Nak jadikan taman botani lak kat rumah ni...Hadoii la..asai hujan jer..mesti nak berangan..

Serch tenet..carik maklumat pasai pokok nih. Soo nak share skit info paai pokok nih...

KELEBIHAN DAUN MALBERRY


Mulberry (Morus alba L) dikenali sebagai makanan utama ulat sutera. Namun, kegunaan tanaman yang berasal dari Cina dan dinamai 'sangye' ini tidak terbatas dimanfaatkan oleh penternak ulat sutera sahaja. Dari segi kesihatan tanaman yang dikenali oleh orang Sumatra sebagai kerta, atau kitau ini, juga berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit.


Untuk keperluan mengubati penyakit, yang digunakan adalah bahagian daun, ranting, buah, dan kulit akarnya. Pada iptek.net.id disebutkan daun mulberry berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam selsema dan malaria, batuk, sakit kepala, sakit tekak, sakit gigi, rematik, darah tinggi (hipertensi). Juga untuk penyakit kencing manis (diabetes mellitus), untut (elephantiasis tungkai bawah), sakit kulit bisul, radang mata merah, memperbanyak air susu ibu (ASI), muntah darah, dan batuk darah akibat badan panas.


Kulit akar mulberry dapat menyembuhkan sakit gigi, tidak datang haid, batuk berkahak, sesak napas (asma), muka bengkak (ederna), kencing tidak lawas dan susah (disuria), dan cacing kerawit. Sementara buahnya berkhasiat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi), jantung berdebar (palpitasi), kencing manis, rasa haus dan mulut kering, sukar tidur (insomnia), batuk berkahak, kurang pendengaran dan penglihatan kabur, telinga berdenging (tinnitus), tuli, tujuh keliling (vertigo), hepatitis kronis, dan sembelit pada orang tua.


Ranting mulberry memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit rematik, tangan dan kaki terasa sakit, sakit pinggang (lumbago), kejang pada tangan dan kaki, tekanan darah tinggi, dan menyuburkan pertumbuhan rambut. Untuk pengobatan ini ada dua cara yang boleh digunakan. Dengan cara diminum dan sebagai obat luar. Jika diminum, pilih bahagian tanaman mulberry lalu dibersihkan dan dikeringkan. Jika yang digunakan akar ambil sebanyak 10-15 gram. Jika yang pakai daun, ambil seberat 5-10 gram, direbus, disaring, kemudian diminum.


Sedangkan untuk penggunaan luar daun mulberry yang masih segar dilumatkan sampai halus kemudian ditempalkan pada bahagian kulit yang sakit (terkena gigitan serangga atau luka). Tanaman mulberry boleh dibuat teh. Mengkonsumsi teh mulberry secara teratur bisa memperkuat daya tahan tubuh terhadap berbagai penyakit, dan membuat awet muda. Teh mulberry tidak mengandung zat racun tehine maupun peptisida kerana daun mulberry yang digunakan adalah daun mulberry yang biasanya dijadikan makanan ulat sutra.


Kalau di Jawa disebut mulberry atau besaran, di Vietnam dinamakan may mon atau dau tam. Di Inggris tanaman ini memiliki banyak nama, di antaranya morus leaf, morus bark, morus fruit, mulberry leaf, mulberry bark, mulberry twigs, white mulberry, dan mulberry. Bunga murbei termasuk kategori bunga majemuk yang berbentuk tandan. Sedangkan buahnya mengandung air dan rasanya enak. Tanaman murbei tumbuh dengan baik pada daerah dengan ketinggian lebih dari 100 meter di atas permukaan laut. Agar boleh tumbuh dengan baik mulberry memerlukan sinar matahari yang cukup

info credit to http://traclangkawi.ning.com
.

No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...