Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

~ picture from Google ~

ASSALAMUALAIKUM...

Meh nak bagi tau....Cheqqqqq dah jumpa blog Ustaz Don...Ngeeeeee...sowiieee..Sue memang minat dengan Ustaz Don..Ni gara-gara segment 30 minit bersama ustaz Don yang ditayangkan di Tv Alhijrah ...

Lagi best..sebab dah berdepan dengan dia face to face kan..Fuhhhhh...lembut ja mukanya...Ops!!!...lupa diri sat..Hahahahahaa... Cita face to face jumpa dia tu, kita cerita lain kali na.

Ok..Sapa nak Like page dia KLIK SINI..and nak pi tengok blog dia KLIK SINI na....


Suka dengan cara dia berdakwah...(^_^)

Khamis sudahhhh..

ASSALAMUALAIKUM..
Morning semua...Hari ni kompem huru hara skit..Selsema tak baik-baik..pala nyut-nyut juga..Kira BONUS tak habis lagi..keja melambak atas meja...
Hadoiiiii...cepat la..Jumaat..
Nak cuti..nak rehat....Ngeeee

EN hb..nak bagi tau ni..."SAYA PERLU PERGI BERCUTI"....Jom arrrr....(^_^)...

Kek Coklat again


ASSALAMUALAIKUM.
Tak mo tulis banyak-banyak....Ni hasil membaking semalam. Siap ja semalam, terus up kat fb...Sudahnya ramai yang teringin. Tak pa la..memang selalunya apa yang sue buat kawan-kawan office akan dapat rasa..Rezeki dia orang..


Lagi pun kalau untuk makan sendiri, kompem mau  dua tiga hari juga nak habis. Bawa pi office, tak sampai 5 minit dah licin. Puas hati.

Mood membaking dah mula mari, makanya macam-macam perancangan ada dalam kepala otak ni. Semua nak try..semua nak rasa. Lagi pun, sue masak sebenarnya lebih kepada untuk kepuasan sendiri..Ni salah satu cara untuk sue hilangkan tension. Bila bz buat benda-benda ni semua, tak da masa nak fikir tentang masalah lagi...And yang pasti, puas hati sangat bila apa  yang dibuat tu menjadi.

Kalau orang yang tersayang puji, lagiii la PUAS HATI...Kompem senyum lebor ja. 
Tu la cara senang nak tawan hati orang tersayang kan. Kita kenyangkan perut dia orang dengan masakan kita yang sedap-sedap. Sue tak la kata sue pandai masak. Tapi boleh la untuk jamu keluarga...Tak la sampai ke tahap Mastercheff...But sue akan terus belajar untuk menyediakan hidangan terbaik buat keluarga sue yang stakat kami berdua ni ja..Ngeeee . Tabik pada kakak-kakak dan adik otai masakan..Kak Nor, Kak CT, Kak Dayang, Kak Ana..sapa la ye..Ika Bangkok, Jiya, Ros..dan lain-lain lagi .Korang la sumber inspirasi sue dalam bidang masakan ni ( ceh!..bunyik macam chef ja)... Hahahahaa..La ni kalo masak, harus nak ambik gambo tau...Tapi tak bleh lawan gambo-gambo food dia orang la...But u all memang tebaik...TABIKKKK..(^_^)

Erk!..tadi kata tak mo tulis banyak-banyak..Ngeeee....tetiba lancar pulak jari ni..K..sue stop dulu ya. Daaa.

Bubur @ Moi tuk org tak sihat + Sambal Ketuk




ASSALAMUALAIKUM.

Ya..saya memang tak sihat hari ni. Hidung sakit dah ni..asyik duk sok sek sok sek..Hidung berair.....badan tak sihat hari ni, makanya sue cuti kan diri hari ni..Demam selsema ni, menangkap ke kepala sakitnya. 

Walau tak sihat.....Tapi tak boleh duduk saja membiarkan perut ni memberontak kelaparan. Makanya kena juga masuk dapur masak sesuatu. Kunun nak buat lempeng, tapi macam leceh. Kalau bleh nak yang tak perlu kena sentiasa jaga. Tadi masa duk merayau ke rumah Alin..ternampak bubuqdia yang simple tapi cukup menyelerakan. Bagus la..kena la dengan keadaan sue sekarang ni...Tak sihat + malas masak.

Masuk dapur, pi reneh bubuq dulu.Lawan dengan sambal ketuk. Terbukak skit lobang idung ni..kikikikiii..Tapi..bubuq i bukan sebarang bubuq...Still tak mo kalah juga tu, tekak kena diutamakan. Dalam bubuq, bubuh carrot + rencah soto ADAMI...Haaaa..kompem la sedap. 

Elok-elok bubuq masak, gas lak habis...Hahahahahhaaa...nasib lepas juga siap masak.kalo dak kempunan la.  Dah la..nanti sue update sempurna skit. Gambo pun just letak yang tu ja. Tu pun ambik kat fb ja..tak edit-edit letak watermark pun. Nanti-nanti sue upadate lek lok skit ya....Huk!..Huk!...sok..sek.sok sek..hingus nak leleh ja ni...Stop dulu ya..




Sambal Ketuk ~ Sumber : Alin Marlini 

Bahan-Bahan :

15 biji cili padi - sue guna 6 biji ja...pedas nanti bleh cirit birit lak...kikikii
segenggam ikan bilis
minyak masak
secubit garam

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan.
  3. Tumbuk cili padi (jangan terlalu lumat)
  4. Masukkan ikan bilis. Tumbuk (jangan terlalu lumat)











   

Ombak Rindu

Assalamualaikum.
Apa khabo u all semua..Pejam celik pejam celik..tup tup dah masuk Disember kan. Cepat betul masa berlalu.
Ok! sebut pasal Disember..Semua duk sebut pasal Ombak Rindu kan...Ombak rindu?..What?!..N3  ombak rindu again?..hehhehehhe ...Sue pun tak mo ketinggalan sama juga hokey... Duk terhegeh-hegeh juga nak pi tengok cerita tu. Ya seperti yang diharapkan...Ombak Rindu memang best, Tak rugi la sue pi tengok kat panggung.



Bukti ni....Pi cilok kat fb kawan..Hahhahaaa..dia cakap, ni bukti kita pi awal tengok cerita ni..hahahhaa


Tak mo kalah ok....Tu..tengok bukti..hahahhahaa..Gila ja kan..duk berkejar nak pi tengok cerita semata. nasib la time tu sue " coming moon " ..hahahhaha..so, tak rasa bersalah hokey duk tengok wayang lewat petang.

Komen!...Ya..tangkap leleh..Untuk orang yang berjiwa halus macam sue ni la..Ngeee (^_^)..  Dah stop dulu.. mau sambung baca buku dia balik ( hadap juga nak baca balik..saja sebab mau peling2..hahah.)...Ngeeee...

Daaaaa (^_^)

Ombak Rindu

La ni dah banyak cerita drama or filem hasil daripada adaptasi novel.. Ombak Rindu yang bakal masuk panggung nanti juga adalah adaptasi daripada novel juga...Teruja nak tengok cerita Ombak Rindu ni. Dah plan dengan member nak rehatkan pala duk tengok filem ni...Adakah ceritanya sma seperti dalam novel?... Fuhh...tak sabo nak tunggu dia kuar. Kalo tengok trailer dia, macam best.  Lagu Hafiz dan Adira tuk filem tu pun best juga..kira kena la tuk cerita tu.

Kita tunggu ja lah ya bila cerita ni ditayangkan nanti. Lepas tu baru boleh komen, best ka tak best (^_^).

Ustaz Don -



Kenai sapa Ustan Don?...Ada yang minat tak?...Apa motif letak video ni?...Hehehhehee..selain dengar ceramahnya... Paling suka sebenarnya..'Awat la Ustaz Don ni hensem beno..Heeee... Siyes...kalo dia tak pakai jubah and serban..lagi hensem tau... Sejuk ja mata mandang..hahahhaaa..


Ngeee..sengal ja kan...:P Tak sedaq diri betul la...:P

Teringin

Assalamualaikum...Ntah apa mimpi, pepagi lagi dah meroyan teringin nak makan Mee Udang.
Memang lama tak buat pun. Last buat masa raya pose hari tu. Siyes, semenjak dapat resepi mee udang Ros ni, sue dah jadi penggemar Mee Udang dah. Sebelum ni, sue tak pernah pun minat nak makan Mee Udang..sebab tau dalam tu ada udang kering. Tapi rupanya, walau ada udang kering..sangat sedap hasil kejadiannya rupanya..kikikikiii...Thank's Ros sebab bagi resepi yang sangat sedap..memang kena dengan selera akak.

Layan gambo ja la jawabnya...Nak resepi rujuk sini na...Ujung minggu ni baru bleh projek masuk dapur balik...Hujung minggu baru nak pecah diet..Bagi peluang kat diri makan sedap...Ngeeeee..Duiiii..Dapppnyaaaaaa.... (^0^)

Macaroni Sup Meriah

ASSALAMUALAIKUM.
Salam hujung minggu tuk semua...Lama sue tak update pasal masakan kan...Bukan apa, selain dah jarang masuk dapur ..mood nak berblog and berfb pun dah kureng..tapi tu lah..mana boleh tahan..kalau hari-hari bila bukak fb, tengok kakak-kakak semua up gambo makanan ja...Tak jadi nak pencen berblog jadinya..Heeeee..


Pagi tadi kui 6am sue dah bukak laptop..Skodeng dapur orang...tetiba mood nak masak mari..Pi dapur kuarkan ayam yg keras kejung dalam esbox dulu...Pas tu baru fikir nak buat apa...Heee..


Sebab sue still diet lagi..akhirnya menu sup juga jadi pilihan. Lagi pun menu macam ni tentu-tentu hb suka.Walau bahan ntah apa-apa... syukurrr, hasilnya sedap juga...Maka terhasil lah  menu " Makaroni Sup Meriah"..Kenapa sue letak nama macam tu?..Ngeeee....
Tengok la gambo tu...meriah tak meriah sup tu..hahahhahaha...harus dah lari dari konsep diet...Siap ada kentang goreng pedas, ayam goreng racik,teluq rebus dan sambal kicap lagi....

Hb layan semangkuk beso tadi...Sue?..Ngeeee..walau guna mangkuk kecik..tapi setakat ni dah 2 kali sue makan..hahahahahhaa...

La ni..pala tengah ligat pikir nak buat apa...harus kena buat sesuatu..Takut nanti duk ngadap semangkuk lagi...(^_^)...Cadang tadi nak kuar berkebun..Tapi sebab hujan la pulak..makanya situasi adalah sangat bahaya... Nasib internet ni tak lembap hari ni..So..boleh la gunakan waktu ni untuk merayau-rayau ke rumah kawan-kawan blogger...Daannn..ter update juga la blog ni hari ni..Walau pun merapu ja banyaknya...kikikiiii...

Ok lah...memang dah merapu betui ni...Layan gambo sup sue tu ya...Resepi, seperti biasa. Sue masak main campak-campak, makanya kalau nak update resepi..kena tunggu sue ingat-ingat balik la ya..Tu pun kalau sue rajin nak update..Ngeeee....
Dahhh!!!....Moh kita layan fb plak....:P



Elyana Makin Lawo laaaa

Sangat setuju dengan Abg Nara...Awat la artis - artis ni lepas bersalin, cepat beno slim nya....Elok la..Abg Nara korek apa rahsia diaorg ni ya...Kikikikiiii...

Meh layan pic Elyana and baby dia... Picture credit to Abg Nara ya.. Nak tengok lain-lain gambo pi masuk rumah Abg nara or Blog Elyana sendiri.





Suka tengok gambo tu kan....Seri ibu tu menyerlah....Yang pasti, sue tak sabo nak dapatkan Majalah Harmoni tu sekarang..Sue memang penggemar majalah ni.











   

Marble Chocolate Cheese Cake

Hahahhaha..Maaf la ya..Ni memang n3 basi ya. Mana tak nya..bukak-bukak, sue tengok ada lg n3 yang tak dipost. Makanya..sue rasa N3 ni harus dipost untuk rujukan sue juga nanti...

Masa ni Mood membaking tengah mari kan..makanya layan ja la. baru nak try buat kek ni. Tak bapa jadi tapi ok la..Yang penting sedap. Separuh bawa pi opis, bagi budak-budak opis rasa. Ok la..komen positif...semua kata sedap..harus la kan..sebab ada cheese..hahahahaa...meh layan resepinya nya. Sue copy kat umah Kak Yatie...


Resepi -  Kak Yatie 
Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...