Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Marble Chocolate Cheese Cake

Hahahhaha..Maaf la ya..Ni memang n3 basi ya. Mana tak nya..bukak-bukak, sue tengok ada lg n3 yang tak dipost. Makanya..sue rasa N3 ni harus dipost untuk rujukan sue juga nanti...

Masa ni Mood membaking tengah mari kan..makanya layan ja la. baru nak try buat kek ni. Tak bapa jadi tapi ok la..Yang penting sedap. Separuh bawa pi opis, bagi budak-budak opis rasa. Ok la..komen positif...semua kata sedap..harus la kan..sebab ada cheese..hahahahaa...meh layan resepinya nya. Sue copy kat umah Kak Yatie...


Resepi -  Kak Yatie 
Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

5 comments:

cheqna said...

kalau rajin buat..kalu malas??hahahaha x mo jawab

ijan said...

Salam kak Sue,
Kite pun dah lama tak mengekek cheese2 ni. last time teringin nk makan p kedai je beli sepotong. hehe... :)

Akak Kembang said...

nyum..nyum..

Muzik Hati said...

alahai, sedap niii... nnt nk try wat ^_^

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...