Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 31 July 2012

TIP UNTUK MENDAPAT BE DARI NUFFNANG

ASSALAMUALAIKUM.
Ecececee..tengok tajuk tu macam la tuan tanah ni pemes sangat..Padahal, belog pun suam-suam kuku ja..BE pun bleh kira..hihihiii

Walau tak bapa arif sangat pun pasal menda-menda ni..Tapi tertarik juga dengan info yang disampaikan Gadis Kampung ni.. Thank's la GK share info tu...Banyak juga yang sue tau..Hihihiiii..

Dah!..sapa nak tau juga tips tu, sila lah ke rumah GK ya..



Passtt: Dan dan tu juga nak bukak nuffnang..Siyes, sue pun tak tau status sue apa...Hehehee

Friday, 27 July 2012

Almond Cookies


ASSALAMUALAIKUM...
Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa. Cukup lah seminggu dah..Syukur Alhamdulillah.
Mood membuat biskut tu dah mula datang, bila tengok ramai kawan-kawan blogger  yang dah mula buat biskut...Terutama cik Sury kita tu...Dia la yg buat sue terbako ja..hihihihih

So, wa tu rehat ja.. Luangkan sikit masa untuk skodeng dapur- dapur geng bloger yang terer masak. Selongkar punya selongkar..ada la beberapa resepi yang agak senang (ni wajib ya..maklum la i kan rajinnn..:P) sue pilih. So, yang pertama sekali sue cuba adalah  Almond Cookies..Hasil skodengan kat dapur kak CT kita yang comei tu.



Almond Cookies
Resepi dari Kak CT

Bahan-bahan:
120 gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm badam kisar
180 gm tepung gandum
badam flake (ct guna badam cincang)
kuning telur untuk sapuan

Cara-cara:
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.

5. Tekan dengan acuan kesukaan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.








Lihatlah hasil kejadiaannya ya...Tak la comei mana pun. Bila dah nak buat biskut, baru sue sedar yang rupanya..sue tak ada satu pun acuan biskut yang kecik comei. Yang ada semuanya besar- besar.
Kebetulan juga almond flake pun dah habis rupanya...Macam manalah sue boleh lupa ya, ingakan ada lagi..Heeee Tak pa, seperti biasa, terpaksa menderhakakan resepi..Alaaa..sikit ja sue derhaka..Ngeeee.


Now..rasa macam nak melapis pula...Haaaa..ni pun cik Sury juga yang bako sue...Lagi-lagi bila dia sebut pasal Kek Lapis India..Jenuh la sue mengoogle macam mana rupa kek lapis india tu..Hahahaa..rupanya Kek Lapis Cadbury...Tak pa, dah jumpa pun kat dapur Kak Dayang... Next time nak try juga..Tapi nak kena beli barang dulu. Banyak benda sebenarnya yang sue nak kena tambah lagi. Heee..Eh!..Dah lebih ni..Melalut ke Kek Lapis pula ya..

Okeh!..Stop dulu...Sapa nak try buat biskut tu. Sila cuba lah ya..Or sapa rasa nak order kek lapis, pergi ke cari cik sury kita tu..Dia jual kek lapis ya..Heee. Pada sue memang sedap biskut ni..






Tuesday, 24 July 2012

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah 4 hari dah kita berpuasa. Cuaca diluar tu masa sue nak sampai tadi dah mula hujan rintik2..Subhanallah, begitu damai ja terasa cuaca masa turun kereta tadi..

Ok!.Just nak share ni ja .Pagi2 tadi dalam keta sempat juga jenguk wall Prof Dr Muhaya... Ternampak ni, So..sue share pula disini.



See...Banyaknya ganjaran puasa di bulan Ramadhan ni kan. Ya Allah! semoga diperkuatkan lah iman hambamu ini. Diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang dipinjamkan ini ya Allah.

Monday, 23 July 2012

Ayam Tumis Pedas menu iftar ke2

Assalamualaikum
Alhamdulillah lepas sudah hari kedua, now hari ketiga.
Nih cerita basi, semalam punya menu. Baru dua hari dah mula kering idea plus kering bahan-bahan pun juga..Makanya hari ni balik kerja kena pi topup barang-barang yang kurang kat dapur tu.

Dah!..Tak mau celoteh banyak-banyak. Meh jamu mata dengan menu semalam ya, merangkap menu bersahur juga la ni.

Ayam masak pedas version campak-campak.Biasa la, sue ni masak main campak2 ja bahan yg ada..kasi balance rasanya, kira ok dah la..(^_^).


Bahan-bahan
Ayam - pandai2 la ya nak banyak mana
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
1 cwn cili kering kisar
1 labu bawang besar
  air
minyak utk menumis dan mengoreng ayam
garam dan sedikit gula=>jika perlu


Cara-cara

  1. Ayam dibasuh, toskan dan gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.... goreng separuh masak dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 bertanda *sehingga wangi dan kemudian tumiskan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.- kena masak betul2 baru sedap ya. Oh! ya..sue bubuh kiub pati ayam sikit.
  3. Perasakan dengan garam dan gula ( pandai2 la ya kasi balance rasanya). Nak cair boleh la tambahkan sedikit air
  4. Masukkan ayam  dan bawang besar dan kacau lagi. Biarkan sehingga ayam sebati.
  5. Siap.
Fuhhh!!!..berterabur taip resepi. Kan dah cakap, sue ni bab-bab tulis resepi hancusss.. Dah jenisnya, masak main campak-campak ja kan..Huuuu...


Haa..ko..Hambek!!..Tu la menu semalam ya. Nak penuh juga la dulang. Ayam goreng (nih tetap ada sebab ada yang hantu ayam gorang), Ayam masak pedas, Kacang tumis kicap, Sambal kicap dan Agar-agar Milo..

Untuk sue..just jamah ayam goreng, sambal kicap dengan Kacang tumis kicap ja... Still tak ambik nasi ya. Tak pa lah, dapat pahala masak  untuk orang yang berpuasa kan. Erk!!..

Untuk sahur, kasi ulang menu tu ja lah ya....Ok! Daaaa... Nak jalan-jalan cari resepi untuk hari ni pulak. Tekak rasa macam nak TEMPE. Adakah dapat tempeee..Huuuuu


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, 22 July 2012

Sup ayam Ikan pekasam

Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah, lepas sudah sehari kita berpuasa.
Semoga kita semua diberikan lagi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk terus melalui hari- hari seterusnya.
Ok! Puasa tak mau cakap banyak- banyak. Meh nak share menu iftar pertama kami yang sangat simple.

Untuk dia orang kat rumah ni, sue jusat masak sup ayam ADAMI. Digandingkan dengan ikan pekasam dan sambal kicap ja.

Menu sampingan merangkap menu untuk sue, sue buat cucur jejari ketam dan cicahnya, sue buatkan kuah kacang ayam.

Alhamdulillah, habis juga. Tak la membazir semalam.

Resepi sup ayam ADAMI simple sue:

1mangkuk isi ayam, air secukupnya, rempah soto ADAMI 3 sudu, perencah bihun sup adabi 2 sudu, kentang, halia, 2 biji bawang putih(ketuk ja).Reneh ja semuanya.

Agak2 dah menggelegak masukkan sikit lada puti, 4 cili api diketuk, bawang besar, batang saleri, buah tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap.

Sebenarnya, sue tak tentu. Kadang- kadang apa ja bahan sue masuk ja semua. Ada serai pun sedap juga. Wangi lagi. Dah mcm ala- ala sup mkn kat kedai yang ala2 thai gitu. Nak- nak pulak klu malas sangat, masuk terus sayur dalam tu. Biasanya sue letak sayur bunga kubis, carrot dengan tomato ja. Makan hirup macam tu saja. Heeee. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum.
Selamat tengahari dan salam jumaat buat semua. Esok kita dah puasa kan. Syukur Alhamdulillah sampai hari ni masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan semoga diberikan lagi kesempatan untuk melalui Ramadhan untuk tahun ni. Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu. Semoga kita semua dapat memenuhi waktu dengan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni.

So, dikesempatan ni sue nak mohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan maya sue ni.
Thank's pada yang sudi berkunjung ke sini. Walaupun tak ada apa yang menarik dalam ni, tapi korang masih sudi juga singgah sini.

Jika ada kesalahan baik yang sengaja  ataupun tidak sengaja sue mohon maaf. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini kita semua mendapat rahmat dan keberkatan
dariNYA...Amin.

Cantik kan Masjid di Kuala Perlis ni. Insyaallah kalau panjang umur, tahun ni sue akan pulang beraya di Perlis . Sudi2kan lah ambik kad ni ya tanda ikhlas dari sue.


Wednesday, 18 July 2012

Terpaksa mengigih balik

Parah betul lah bila opis dah mula nak bwt aktiviti " The Biggest Loser". Diaorg ni tak bg chance langsung tau. Mcm terhidu2 ja aktiviti sihat sue sekarang ni.
Yang buat sakit ja ati tu ialah. . Bila fikir nak naik penimbang tu. Kompem2 la timbangan sue naik dgn jayanya. Seteresss i tau.

Tak kena masa betul la. . Tggu la berat sue ni turun dl, baru start TBL tu. . Heeee. . Mesti ada yg pelik kan. Np pulak sue x gemar opis bwt program tu. Bkn apa, for me bila dibuat mcm tu akan buat body sue sgt deprest. . Bila tertekan kompem 1 kg pun x mo turun.

Sebelum ni sue dah try diet n senam secara rilek. Tak mo memikirkan sgt soal nak kurus cepat. And my weight. . Turun dgn jayanya. Walaupun penurunannya lambat but puas hati coz bdn pun x gelebeh. Lg pun sue senang lg susun jadual aktiviti sue sendiri. Pelbagaikan aktiviti utk berpeluh. Akhirnya. . Sue berjaya menyusutkan berat bdn dgn ukur lilit sekali.

But now berat sue mula naik semula. Silap sendiri jg,coz terlalu selesa dgn keadaan dan selalu lambat sedar. Layan sanagt kebizian diri sampai lupa pd matlamat nak kurus semula tu. (peh! Target x menahan. Nak kurus cam anak dara semula. . Ngee )

Now dah dekat dua minggu sue start balik la jaga makan dan senam sikit-sikit. Penurunan walaupun sedikit tapi sue puas hati. Yang penting, sue dapat ajo balik perut ni supaya dapat terima makanan dalam kuantiti yang sikit. Bagus juga untuk persedian nak menghadapi bulan Ramadhan ni. Apa yang penting air putih kena banyak ambik ya.


Apa yang pasti sangat bersyukur sebab dengan adanya cik penimbang yang baru ni makin semangat nak kurus..Heeeee....Now, mau kumpul kupon banyak -banyak lagi..Ada benda yang nak dibeli lagi..Ngeeee.

Okeh!..Apa-apa pun, matlamat sebenarnya sue bukan nak kurus saja. Tapi penting untk jaga kesihatan. Takut woo kalau muda-muda lagi  (ciss muda lagi kerr) diserang sakit macam-macam...Takutnyaaaa.

So, kawan-kawan marilah kita sama- sama jaga kesihatan, jaga pemakanan, kawal stres dan lakukan aktiviti yang menyihatkan. Kesihatan tu adalah aset yang paling bernilai. Nak tau bernilai ke tak, try la sakit dulu..huhuhuuuu....Okeh!..Daaaaa...




Published with Blogger-droid v2.0.6

Kita diam saja ya. .

Assalamualaikum.
Ntah apa- apa tajuk n3 kan. Padahal just nak tulis.
Hp rosak! Senang ja kan.
Seteress juga bila hp langsung tak boleh pakai.
Ok! Ok! Tau la orang dah tak pakai hp macam i nih.
Tapi apa kesah. . Janji boleh buat panggilan keluar masuk dan sms sudah. .  Eh! Hp ni kira hokey jg la. Boleh ambik gambo ( byk gambo2 food sue ambik gn hp ni) online fb n blogging pun buleh apa.

So, kawan- kawan buat masa ni tak payah la call dan msg ya.
Nanti ada yang marah pulak, kata sue tak mo reply msg. Huhuuuu
Kita VIBER ja lah ya. Tak pun ym ja. Tu pun nasib ada tab ni yang boleh jadi penyelamat. :)

Ok! Tu saja pesanan penaja untuk pagi ni. Daaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 13 July 2012

Sila fokus okey!

Jangan jadi macam ni ya.
Pengajaran untuk pagi ni.
Sila fokus bila buat kerja.
Hadiah dapat pagi ni.
Free- free ja bagi iron perangat jari sekali.
Huhuhuuu. . . Sakittttt. . .
Nasib sikit ja. Kalau tak, cacat i. »»»»» over melampau

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 9 July 2012

Puding Kentang Karamel

Assalamualaikum, selamat pagi semua.
Sedar tak sedar 9hb dah, cepat betul masa berlalu kan.
Lama juga tak update resepi kan. Eh! ya ka..Hehehee.. Ya la, kalau up guna tab, memang kompem sue tak update resepi sekali, maleh nak taip panjang-panjang. Nanti banyak sangat taiping erernya..kui kui.kui..Tangan beso bagak la kan..

Ok!..Nak update cepat-cepat ja. Meh sue nak kongsikan hasil kerajinan sue malam tadi.
Teringin nak makan puding, dan kebetulan pula kena bawak potluck untuk offfice kan.
So, sekali harung la ya. Buat dua loyang sekali Puding Kentang Karamel.
Senang ja nak membikinnya...

Seperti biasa, sue memang dah suka dengan resepi karamel dari Kak Dayang ni. Memang kena lah dengan tekak sue..Heee....(^_^)..  Thanks Kak dayang untuk resepi yang mabless pada tekak sue ni..Heeee



Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :

  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :

  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :


  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.


Saturday, 7 July 2012

Sabtu yang bz

Capati n Kari Sardin
Macaroni bakar
Assalamualaikum.
Hari ni super bz sikit. Banyak kerja- kerja rumah kena buat.
Tu la kalau hari- hari rajin tak la sabtu banyak benda nak kena buat kan. Heee. .
Kain dah berbakul tak disusun. Bilik- bilik tak dijenguk, kompem berabuk. So, rutin hari ni. Kemas 4 bilik, cuci 3 bilik air, cuci 4 biji kipas siling (i manjat hokey. . Walau gayat pun, harung jg :p). Mop lantai. . Siram bunga, kemas- kemas laman sikit. Cuci lantai poach. Basuh baju. . Sidai baju. .
Dan now, phengsan!. Kui 1 lebih baru siap. Gila lah, super penat lo. Huuuu. . Ada lg tak settle. Langsir x pasang lg ( yg i bukak pg td ) dan kain x lipat dan susun lg. Yang ni petang- petang ble buat.
Tenghari tak masak ya. Cik hb pi keja. Agak- agak lapo makan ja menu bfast pg tadi. Bfast pun super heavy jg pg td. Tp sue just ambik sikit ja bfast pg td. Tak rasa lapo pulak.
Ok! Nun di atas tu menu bfast kami. Kalau update n3 gn tab, mcm ni la. Gambo x ble susun. Still x tau lg mcm mn nak bg gambo tu tersusun. X habis xplore lg tab ni. Tp hokey la janji boleh bukak tenet. Boleh jg blogwalking rumah kawan2.
Ok! Nak layan industan ni. Mcm best pulak. Heheheee
Selamat berhujung minggu ya (^_^) Daaaaa. .
Psstt : Utk semua penat lelah pg ni. Just dapat mengurangkan 0.6 kg ja berat i. But, hokey la tu. . Sikit2 lama2 jd bukit. . Erk! Cam gitu plak ya. . Ngeeee
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 6 July 2012

Aiskrim buah segera.

Malam- malam tekak tetiba nak makan eskrim.
Malangnya esbox mmg x da eskrim.
Dapat idea. . Meh kita buat eskrim segera yg orang malas tp tekaknya x malas2 nak makan ni.

First, potong buah. Sue gn buah kiwi.
Cairkan coklat. Sue cairkan coklat  almond bar ja.
Cucuk buah dgn lidi or nak cantik lg gn batang eskrim.
Celup dalam coklat dan sejuk kan dlm esbox.

Dan hasilnya. . Taraaaaa. . Nunnnn spt di atas. Korang boleh buat elok2 lg. Suenya tu sememeh betul. X cantik langsung. Dah la x bp keras lg dah nak ngap. Tak nyabor. .  X pa la, masuk tekak sedap jg. Heeee. .

Sekian! Ngeeeee. .

Pssttt!!- dah mcm stoberi celup ceklat lak ya. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kitchen

- pic kredit to Google -

Ohhh!!!
Saya teringin sangat nak kitchen macam ni.

Puas main masak-masak . >>>>>> ciss!!!..macam kaki masak..:P

Tu..tu..kat luar tu siap tanam pokok- pokok herba and sayur-sayuran...

Lol..Verangaaannnn. (^_^)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "