Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 23 July 2012

Ayam Tumis Pedas menu iftar ke2

Assalamualaikum
Alhamdulillah lepas sudah hari kedua, now hari ketiga.
Nih cerita basi, semalam punya menu. Baru dua hari dah mula kering idea plus kering bahan-bahan pun juga..Makanya hari ni balik kerja kena pi topup barang-barang yang kurang kat dapur tu.

Dah!..Tak mau celoteh banyak-banyak. Meh jamu mata dengan menu semalam ya, merangkap menu bersahur juga la ni.

Ayam masak pedas version campak-campak.Biasa la, sue ni masak main campak2 ja bahan yg ada..kasi balance rasanya, kira ok dah la..(^_^).


Bahan-bahan
Ayam - pandai2 la ya nak banyak mana
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
1 cwn cili kering kisar
1 labu bawang besar
  air
minyak utk menumis dan mengoreng ayam
garam dan sedikit gula=>jika perlu


Cara-cara

  1. Ayam dibasuh, toskan dan gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.... goreng separuh masak dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 bertanda *sehingga wangi dan kemudian tumiskan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.- kena masak betul2 baru sedap ya. Oh! ya..sue bubuh kiub pati ayam sikit.
  3. Perasakan dengan garam dan gula ( pandai2 la ya kasi balance rasanya). Nak cair boleh la tambahkan sedikit air
  4. Masukkan ayam  dan bawang besar dan kacau lagi. Biarkan sehingga ayam sebati.
  5. Siap.
Fuhhh!!!..berterabur taip resepi. Kan dah cakap, sue ni bab-bab tulis resepi hancusss.. Dah jenisnya, masak main campak-campak ja kan..Huuuu...


Haa..ko..Hambek!!..Tu la menu semalam ya. Nak penuh juga la dulang. Ayam goreng (nih tetap ada sebab ada yang hantu ayam gorang), Ayam masak pedas, Kacang tumis kicap, Sambal kicap dan Agar-agar Milo..

Untuk sue..just jamah ayam goreng, sambal kicap dengan Kacang tumis kicap ja... Still tak ambik nasi ya. Tak pa lah, dapat pahala masak  untuk orang yang berpuasa kan. Erk!!..

Untuk sahur, kasi ulang menu tu ja lah ya....Ok! Daaaa... Nak jalan-jalan cari resepi untuk hari ni pulak. Tekak rasa macam nak TEMPE. Adakah dapat tempeee..Huuuuu


Published with Blogger-droid v2.0.6

5 comments:

sudipVSsenduk said...

sue ni jawa ke? complete dgn sambal kicap & teringin nak makan tempe, hihihi..

Qasey Honey said...

slm ramadhan Sue...tgk lauk ayam tu dh tau...tentu sedap tu...slmt bpuasa yer..

ibh_sue said...

sudip VSSenduk: Sue bukan jawa, tapi banjar..Hehehe..Dulu mmg tak suka sungguh dgn tempe. Tapi sekarang dah jd paberet..Tempe cicah sambal kicap..Sedapp..Ngeee

ibh_sue said...

QH: Selamat berpuasa dan Selamat berbuka puasa (^_^)

nOOrsha said...

salam kak..sedapnye nmpak ayam tumis pedas tu..nyumnyum..pedas2 mmg peberet ai ler... sket kak..hehe ;)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "