Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Almond Cookies


ASSALAMUALAIKUM...
Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa. Cukup lah seminggu dah..Syukur Alhamdulillah.
Mood membuat biskut tu dah mula datang, bila tengok ramai kawan-kawan blogger  yang dah mula buat biskut...Terutama cik Sury kita tu...Dia la yg buat sue terbako ja..hihihihih

So, wa tu rehat ja.. Luangkan sikit masa untuk skodeng dapur- dapur geng bloger yang terer masak. Selongkar punya selongkar..ada la beberapa resepi yang agak senang (ni wajib ya..maklum la i kan rajinnn..:P) sue pilih. So, yang pertama sekali sue cuba adalah  Almond Cookies..Hasil skodengan kat dapur kak CT kita yang comei tu.



Almond Cookies
Resepi dari Kak CT

Bahan-bahan:
120 gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm badam kisar
180 gm tepung gandum
badam flake (ct guna badam cincang)
kuning telur untuk sapuan

Cara-cara:
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.

5. Tekan dengan acuan kesukaan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.








Lihatlah hasil kejadiaannya ya...Tak la comei mana pun. Bila dah nak buat biskut, baru sue sedar yang rupanya..sue tak ada satu pun acuan biskut yang kecik comei. Yang ada semuanya besar- besar.
Kebetulan juga almond flake pun dah habis rupanya...Macam manalah sue boleh lupa ya, ingakan ada lagi..Heeee Tak pa, seperti biasa, terpaksa menderhakakan resepi..Alaaa..sikit ja sue derhaka..Ngeeee.


Now..rasa macam nak melapis pula...Haaaa..ni pun cik Sury juga yang bako sue...Lagi-lagi bila dia sebut pasal Kek Lapis India..Jenuh la sue mengoogle macam mana rupa kek lapis india tu..Hahahaa..rupanya Kek Lapis Cadbury...Tak pa, dah jumpa pun kat dapur Kak Dayang... Next time nak try juga..Tapi nak kena beli barang dulu. Banyak benda sebenarnya yang sue nak kena tambah lagi. Heee..Eh!..Dah lebih ni..Melalut ke Kek Lapis pula ya..

Okeh!..Stop dulu...Sapa nak try buat biskut tu. Sila cuba lah ya..Or sapa rasa nak order kek lapis, pergi ke cari cik sury kita tu..Dia jual kek lapis ya..Heee. Pada sue memang sedap biskut ni..






22 comments:

ijayuji said...

salam kak sue! selamat pagiiiii!! kita dtg raya ni sbb tgh cuti kikiki.... nak kukis tuuu jugak!!! nak jugak!!! buatkan kita eak hadiah ari raya :D

gerhana luka said...

;P oooO ni la sekut yang ko buat tu ya, rajinnya ya. aku nak start buat skut raya gak ni tapi lewat2 sikit bila ada pembantu dapur datang umah la kalau tak jenuh aku nak kawal Dak Tecik aku yg dah merangkak tu, kang dia lak membiskut sama kik.kik.kik.

kurus said...

tu dia .. cookies sudah marii ;)

inahar ali said...

fuiyooo..akak pung nk oder 2 balang?? hehe!!

Unknown said...

wah baru seminggu puasa dah ada biskut raya ni boleh lah tempah dari Sue saja ni boleh tak ??? nmpak cantk dan menarik lah biskut tu Sue..

sury_25february said...

Salam cik sue....wahhh sudah tayang sini sekut tu ye...kite x sempat nk tayang lg sekut yg di buat tu...nnti jgn lupa buat kek lapis pulak ye...sudah berkobar2 semangat tu haaaa....:-) tq tlg promote ye....:-)

...aida... said...

Rajin sesungguhnya la sue ni... Akak buat biskut tak pernah menjadi. Nak buat kuih tunjuk2 kat sini pun kurang berjaya sbb member2 pun terer buat kuih tunjuk2 jugak...

ibh_sue said...

Hai lah ika. Ko tau kan Akak ko ni rajin la sgt. Tgk la ya. Klu antu rajin akk menyerap. Sampai la kukis ke sn. . Heeee

ibh_sue said...

Ha ah la mully. Bleh byg ko membiskut dgn dak kecik tu. Kang sekut hangus sp mau jwb? Kikikiii

ibh_sue said...

Kak ieda, kukis ramadhan aka kukis pra hari raya gitu. . Hihiiii

ibh_sue said...

Wahahaa. . Kak Ina. Bleh! Nak anto kat klinik or rmh? Hihiii. Ntah2 sendiri punya pun x lepas sebalang. Cam no tu nak pos kat org. Ngeh ngeh

ibh_sue said...

Kak Noor. . Ni namanya sekut pra hari raya. Wah! Jauh tu kukis selebet sue nak terbang. Order dr brunei. Ngeeee :))

ibh_sue said...

Cik sury, tu lah. Sue dah manjang skodeng resepi kek lapis india tu. Kot jd cantik ble bwt bis jg. Wahahahaa. . Blum papa dah verangan :p

Unknown said...

wahh,..bestnyer terasa dah kemeriahan nk raya tgk biskut ni..org merantau ni gak tak buat apa lagi.lemau jer nak beraya kat tempat org ni..sabar jer la kan)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Sue..tgk sue buat biskut..cam semangat lak.Mood nak beraya dah mai ya..:D

zila norazila said...

salam sue.
wahhh bahang raya nie..masing2 dh show kukis kan..jeless he heh nk seketuii:)

Qasey Honey said...

nmpk mnarik la cookies tu...ade masa nti nk try jugak la...

ibh_sue said...

Kak aida, ni sbb mood R ja ada. Cuba kalau dah mood M tu datang. Hapa pun x buat kak. Kompem tunjuk2 jg. Hehehee

ibh_sue said...

Nieza!. Sabar lah ya. Kat sn mungkin akan ada jg kemeriahannya. Cuma mgkin x la semeriah di negara sendiri kan.

ibh_sue said...

Wkslm kak azatiesayang. . Ni mood pra raya ni. Realitinya, satu apa pun x buat apa2 lagi. Baju raya x da lg tau. Heeeee

ibh_sue said...

Wkslm :)
Sila sila. . Meh kita mkn sama2 ya. Heee

ibh_sue said...

QH. . Cookies QH buat lagi la menarik. Sue dah copy siap2, tp tggu masa ja nak buat. ;)

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...