Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Puding Kentang Karamel

Assalamualaikum, selamat pagi semua.
Sedar tak sedar 9hb dah, cepat betul masa berlalu kan.
Lama juga tak update resepi kan. Eh! ya ka..Hehehee.. Ya la, kalau up guna tab, memang kompem sue tak update resepi sekali, maleh nak taip panjang-panjang. Nanti banyak sangat taiping erernya..kui kui.kui..Tangan beso bagak la kan..

Ok!..Nak update cepat-cepat ja. Meh sue nak kongsikan hasil kerajinan sue malam tadi.
Teringin nak makan puding, dan kebetulan pula kena bawak potluck untuk offfice kan.
So, sekali harung la ya. Buat dua loyang sekali Puding Kentang Karamel.
Senang ja nak membikinnya...

Seperti biasa, sue memang dah suka dengan resepi karamel dari Kak Dayang ni. Memang kena lah dengan tekak sue..Heee....(^_^)..  Thanks Kak dayang untuk resepi yang mabless pada tekak sue ni..Heeee



Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :

  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :

  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :


  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.


22 comments:

zila norazila said...

salam sue..nampak sedap la..x pernah buat yg ada kentang camnie..keep resepi yer nnt2 nk try jgk:) thnks

Love2cook Malaysia said...

Kak Dayang's pudding recipe memang selalu mantop! You made it so perfect dear!!! Mintak few slices...:)

Unknown said...

salam Sue..
nampak sedap karamel tu bahan2 mudah ja kan mesti akak nk try jugak ni dah lama jugak tak buat ni,,

yan's cottage said...

salam sue.......
tenguk pun best....!!!!belum rasa lagi .....!!!!!

inahar ali said...

salam sue..waahh sedaapnye puding nih..bak akak sepotong..nyum..nyum!

kasihredha said...

sedapnya...makan sejuk2 lagi le sedapnya

ibh_sue said...

Zila norazila. . Mmg sedap. Sue x bp suka puding karamel. Tp yg version ni mmg sue suka.

ibh_sue said...

Kan kan kan love. Kak dayang punya resepi puding mmg terbaik. Sila lah ambik sendiri ya :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Sue.. waduhhh sure rasanya lemak manis.. tak pernah cuba buh kentang mesti lemak dan enak.. sedap sedapppppppp :))

Akak Kembang said...

mesti sedap ni :)

...aida... said...

Sedapnya!!! Kompem nak buat esok!! Thanks sue. :)

Unknown said...

as salam sue..wah bestnya kalau virus r datang..lama dah tak buat caramel

ibh_sue said...

Wkslm kak noor.
Mmg sedap pun dan senang nak buatnya. Mkn sejuk sgt sedap :)

ibh_sue said...

Kak aida. . Mmg sedap kak. Dah terbukti semua kwn sue pun kata sedap.

ibh_sue said...

Wkslm kak ina.
Kan kak kan, klu virus R tu dtg mmg best. Mcm2 projek nak bwt. Heee

ibh_sue said...

Wkslm kak sha.
Sedap kak. Sue gerenti hee

ibh_sue said...

Ha ah! Sue mmg sejuk kan dl. Baru la mables. . Heeee

ibh_sue said...

Alin! Gerenti sedap :)

ibh_sue said...

Kak ina. . Sila sila. . Ambik sendiri ya. Heheheee

ibh_sue said...

Wkslm yan.
Try la. . Mmg best heee

ijan said...

Salam Kak sue,
sungguh menggiurkan puding tu... lama benar tak buat ni..

Suhana Shuib said...

karamel my febret..nyum3

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...