ASSALAMUALAIKUM.
Syukur Alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 hari kita berpuasa. Terasa cepat benar masa berlalu.
Syukur juga kepada Allah, sehingga hari ni masih lagi diberikan kesihatan untuk melalui bulan Ramadhan ni. Di harap kawan- kawan juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan ni.
Ni bukan la menu sue semalam, ni menu tertunggak ya. Rasanya menu iftar 8 ramadhan hari tu. Kebetulan cuti, so boleh la masak yang berat- berat sikit. Sue sharekan disini masak lemak cili api cara sue. cara campak-campak. Tu pun syukur sangat yang cik serai dan kunyit sue masih hidup subur lagi. So boleh la sue guna untuk masak. Esok-esok kita masak kari pulak ya..sebab cik kari pun mula mengeluarkan daun yang banyak. (^_^).
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan
Ayam secukupnya ( sue punya ni 5 ketul dah siap2 goreng sekejap)
*2 biji cili besar
*1/2 biji bawang besar
*10 biji cili Api/
padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
*sedikit kunyit hidup
atau kunyit serbuk
1 batang serai ( ketuk)
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang puti (hiris) - x nak letak pun x pa
2 cawan susu kreamer ( brand ideal)
1 biji kentang ( potong 4 saja)
Air
sedikit garam
1 helai daun kunyit
cara- caranya
1. Kisar halus bahan bertanda *, kemudian tumiskan dulu bawang merah dan putih sampai naik bau dan curahkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah diketuk
tadi, kacau .
2. Selepas itu masukkan air sedikit ( agak2 saja lah ya) dan kentang.
3. Kemudian masukkan susu kreamer tadi, kacau sebentar baru masuk ayam. biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
4. Setelah
masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Siap!
Kita padankan dengan ikan pekasam dan sambal. Peh!..memang boleh menambah dua tiga kali nasi. Tapi alhamdulillah sue boleh menahan diri lagi. Syukur sangat sue makan ala kadar saja. Bulan puasa ni, dapat minum air dan kurma pun dah kenyang. Tapi, untuk hb dan adik ipar kena lah masak berat- berat juga. Untuk sahur, lauk ni juga lah ya..Jimat dan senang kerja sue... (^_^)
Published with Blogger-droid v2.0.6