Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 5 March 2012

Pavlova


Assalamualaikum.

Dah berapa hari juga sue tak update blog. Bukan apa, bila mood M tu dah mula datang..biorkan saja lah blog ni bersawang. Agak-agak rajin baru kemas balik..Heeee..merapu la tu.

Idea mulanya nak buat RV, tapi  bahan tak cukup pulak. Ni kes terliur tengok RV Cik Min la ni. Tapi ntah macam mana boleh pulak terbuat Pavlova ni. Ni first time buat. Alhamdulillah menjadi juga walau ada sikit itam bawahnya (hangit la tu)..Tapi ok la, still tak menjejaskan rasanya.

Ok lah..tak mo tulis panjang-panjang. Sat lagi nak blogwalking jenguk dapo orang jap. Hari-hari cuci mata ja la kejanya..hihihiii. meh kita semak bahan-bahannya ya. Resepi sue ambik dari Cik Mat and jenguk-jenguk juga kat My Resepi.




Pavlova

BAHAN-BAHANNYA
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mat gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.-->>> sue main taram ja bubuh. tak pakai cara ni. lain kali boleh try utk hasil yg lg cantik.
  3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

-UNTUK TOPPING-
250g whipping cream
30g gula icing
1/2 sudu kecil esen vanila
  
Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.
Maniskannya dgn gula dan esen vanila

7 comments:

IeRA said...

Salam..

Dah lama teringin nak makan, macamana rasanya benda ni...nak buat tak yakin je

nurul huda said...

nak try jugak lah buat pavlova nie.. huhu

ibh said...

Iera: mula2 tu i jg tak yakin nak buat. Tp senang ja. rasa dia manis tau. tp mmg sedap..:)

ibh said...

nurul huda: Try..jgn x try..heee

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhhh geramnya tengok pavlovatu pagi2 ni...terasa kat tekak dah..hehehe! ;)

Nak semangkuk pavlova ;)

NurMisnan said...

lovely..

ieda said...

wah2 dikk
pandai dah buat pavlova nie
nak semangkukkkkk jadilahh ;)

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "