ASSALAMUALAIKUM.
Sekejap saja dah jumaat kan. salam jumaat semua. tapi tak pa la, esok sabtu pastu ahad..huuuu..i like it. Kepala ni dah bersusun macam-macam projek nak buat hujung minggu ni..Membaking pun sama..dah rasa macam lama sue tak membaking.. Ingat nak buat sekut lagi. Boleh juga buat kudap-kudapan kat office. :p.
Ok. hari ni just nak post pasal maggie ja sebenarnya. Mesti ada yang senyum kan..Alaa maggie pun nak post juga...Hadoii..harus la...blogger macam ni la... Ya ka?..ka sue ja yang jakun macam ni..heheheheee . Tak lah..sekurang-kurangnya..boleh juga jadi rujukan untuk masa akan datang (ceh! masak maggie pun ada yang nak rujuk jg ka..huuuu).
Ni menu dah basi pun..masak untuk menu malam rabu hari tu. Malas nak masak maggie yang macam biasa sue buat tu..kali ni buat stail Cik Ina punya meggie goreng pula. Peh!..tak sia-sia selongkar dapo Cik Ina. Walau pun sempoi..tapi sedap. Sue kan memang suka resepi-resepi yang sempoi-sempoi ni..Lagi pula ada peminat maggie kan kat rumah ni..makanya harus dipelbagaikan cara memasaknya. :P Ngeeeee
Ok!..meh kita semak resepinya ya. kalau nak yang bergambo, pi la masuk rumah Cik Ina ya. Siap ada gambo lagi..(^_^).
MAGGIE GORENG
Resepi : Blog Cik Ina Do Do Cheng
Bahan-bahan
1 biji bawang putih- cincang
2 biji bawang merah- hiris (sue tambah)
1/2 batang carrot dimayang sederhana
3 biji telur
2 tangkai daun bawang
secawan isi ayam/ udang/ sotong or apa2 saja
Cili besar - utk hiasan saja.
2 paket Maggie kari - dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan
guna tapis,akhir sekali gaulkan sekata ngan 1 paket perencah kari.
Cara-cara
- Tumiskan bawang putih n bawang merah hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi
kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan) >>>> tak letak minyak bijan ya
- Masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
- Masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
- Pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
- Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau
mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan ( x letak).Kacau, masukkan daun
bawang, kacau sekejap, kemudian angkat
dan sedia dihidang.
Maggie goreng siap!..(^_^). Sorry Cik Ina..sue ubah skit.Heeee
9 comments:
Salam kak sue!!! kita dtg ni nak mintak maggi kari 2 kotak! antor siam yerr ehehe.. maggi kari kita dah abessssss! tak cek lagi kot2 ada terselit selit ke kan hihihi... ngidam maggi lah pulakk huhu..
tima kasihlah guna resepi kak memon.sedap ke, kak memon main campak je. : )lenkali cuba masakan yg lain plak ye.
Wkslm ika. Weh! Dua kotak tu. Kikikii. cer carik dulu kot betul ada lg yg terselit celah mana. :p
Cik ina. . Yg gemo maggie nya adalh cik hb. Tp yg ni sue pun suka jg. Apa2 pun. . Mamak pun kalah. Maggie goreng buat sendiri lg sedap dan lg meriah. Lein kali buat menu simple2 lg ya. Sue mmg gemor la yg mudah2 ni. :))
waaaa ina dah cube menu cik ina yee, hurmmm akak kena cuba gak nie, sure sedap kan dik, cik ina tuu dah ala2 chef dahhh, menu dia semua buat org x keruan je :-)
Betul tu kak ieda. . Menu dia simple ja. Tp sedap.
Kikikiii. . Kdg2 tgk dah ncm chef wan pun ya jg. Masak dgn celoteh dia tu wat kita rasa kelako ja. . Hihihiii
Salam Sue,,,maggie pun sedap tau
waduhh lapar lak tgk maggie ni lama tak mkn terliur pulak..:)
Assalamualaikum sue...
Maggi goreng kalau makan sekali sekala mmg best kan sue..
Post a Comment