Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Roti Puree

Assalamualaikum.
hari ni baru sempat nak masuk rumah kejap. sapu-sapu sawang. Rumah kalau kena tinggal dua tiga hari pun, kompem berabuk juga kan..Ngeeeee.
Dah! Mengarut ja lebih ni. Okey..Ni menu dah basi pun sebenornya. Menu hujung minggu tadi. Ingat boleh la masak tu saja untuk pakej tengahari sekali. Ropanya hari tu, cik hb boleh pulak mintak sue masak nasi tengahari tu. Erk!.. So roti puree ni sue yang hadap sampai petang. Cis!..makin bolat la sue nampaknya. huhuhuh.

Pernah dah dulu makan sekali, kakak yang buat. Tu yang tau roti ni sedap ( harus la sedap kan..digoreng..).
Ni kali ke dua la rasa. Malam tu dah terskodeng roti ni kat rumah norlieharumaini ( Ilham Masakanku). Tu yang mekar balik ingatan pada kesedapan roti ni..Ngeee..Alaa senang banget buatnya pun. 


ROTI PUREE
Resepi : Ilham Masakanku

Bahan-bahan
2 cawan tepung
2-3 sm planta (jangan banyak sangat)
air panas mendidih - ikut kelembutan dan tidak melekat di tangan.
secubit garam
minyak untuk menggoreng (banyak)

Cara-cara
ramaskan tepung dan planta jadikan seperti serbuk roti.
masukkan garam dan air panas. uli hingga menjadi doh sebesar bola golf/pingpong.
ambilkan seketul doh dan roll dengan pengelek seperti buat karipap. * jangan terlalu tebal.
panaskan minyak dan gorengkan satu persatu adunan yang telah dileperkan tadi.
goreng sehingga nampak mengelembung permukaan roti puri. balik balikkan.
angkat dan toskan


Sedap tau...sue gandingkan dengan kuah kari sardin hancur. Peh!..tah berapa keping sue bedal..hohohooo..

No comments:

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...