Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 20 March 2012

Bihun Sup Simple


Assalamualaikum.
Biasa la..n3 basi..tapi nak kongsi juga..Ni menu malam tadi.. Malam hokey..Dah!..Tak payah nak baca ulang2..memang malam tadi makan lewat sikit..
Semalam balik kerja terus ja balik rumah. Tak menyinggah mana-mana pun....walaupun pada mulanya ingat nak ajak cik hb pi Giant kejap. Cik hb tak sedap badan..tekak sakit. Ok lah!..Sedap la, boleh rehat-rehat tengok tb..hehehee.. Tanya dia, nak makan tak. Tak mo katanya, tapi just buatkan air kopi panas saja. Ok la..Sue hidangkan kopi panas and biskut  nestum kismis ( ada baki sikit ja lagi...). Laku juga sekut  ku..hehehehee. Tapi tak boleh blah betul..dia boleh pulak bunyi.." cuba buat kuih semprit ka, baru la abg makan". Loo SEMPRIT dimintaknya. Tengokkkk korang..ni tak kira raya dah ni..Kompem esok-esok sue membiskut lagi ni..kui..kui..kui.

Ok..balik pada menu di atas ya..Dah! sian pulak. tak kan hidang kopi dengan biskut ja kan. Sue pun reneh la sup ayam bodo-bodo ja. Tapi tu lah, kalau sup ayam semata..perut sue mungkin la kenyang kot. Tapi cik hb, kompem tak kenyang nanti. Makanya, sue celurkan bihun  buat sambal kicap and pegedil udang. Sorry ya..sue memang kalau masak sup main campak-campak ja semua. Apa bahan yang ada ja sue bubuh. Janji sedap ditekak..huhuhuu.


SUP AYAM SIMPLE ALA SUE


Bahan-bahan
Semangkuk daging ayam (buang kulit)
Air secukupnya
Halia
Bawang besar ( belah 6 )
Bawang putih (ketuk)
2 sudu serbuk bihun sup adabi
1 sudu perencah soto ADAMI
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Lada putih - optional
Salery or Daun sup - masuk last sekali la ya

Cara-cara
Bubuh ja semua bahan tu dalam periuk. Siap.




Simple ja kan. Rasa-rasa nak masam-masam korang perahkan ja lemon or letak buah tomato. Terpulang la ya nak bubuh segala bagai sayur-sayuran dalam tu pun ok juga. Biasanya sue letak sekali lobak merah, bunga kubis n tomato. Tu sayur peberet sue..heeee. Tengok sup tu berminyak juga bila letak pegedil..sihat la sangat..kui.kui..kui...
Sebab tu sue masak sup kejap ja...main campak-campak ja apa yang ada...Ngeee..Layannn. Alhamdulillah..kenyang cik hb malam tadi..(^_~)

9 comments:

hamzah ian said...

simple tp nmpk sedak.. hehe

cikmanggis said...

jika sakit tekak atau tak sedap badan menu gegini sangat sesuai.makan ketika masih panas.Hirup kuahnya.insyallah berpeluh peluh.Sihat la lepastu kan :)

ibh said...

Biasa2 ja tu hamzah ian :))

ibh said...

Betul tu CM. Sue pun suka hirup sup panas2 . Kasi keluar peluh skit. . Heee

gerhana luka said...

senang jer buat bihun sup ya main campak2. aku sebenarnya tak pandai buat bihun sup yang aku tau bila sup ayam tak abis aku celur bihun makan je ngan sup ayam hee... tak boleh blah betul kan.

ibh said...

Hahaha. . Lebih kurang aku ja juga. Sllu jgbuat mcm tu pun. :))

Cik Ina Do Do Cheng said...

yang simpl tu lah sedap sue. kak memon suka sup ayam , ko campur bihun ye .

ibh said...

Betui tu kak. Main campak ja kan. Simple ja. Celur bihun ja kak... Tp klu malas sgt or pesen nak mudah, sye campur ja terus bihun skali dlm sup. . Heheheee

Diana @ Melley Mey said...

Bihun sup tu nampak sedap ler sue... Yg simple2 gini ler yg sedap.. Lagi2 makan semasa ianya masih panas... Sedap sgt!

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "